trending_flat

Kawasan Greater Bay: Ekonomi Macao Berkembang Dengan Pembangunan Diversifikasi

MACAU, China, 2 Julai 2024 (Bernama) -- Menurut data yang dikeluarkan oleh Kerajaan SAR Macao, jumlah pelancong yang melawat Macao pada suku pertama tahun 2024 mencapai 8.876 juta, menunjukkan peningkatan sebanyak 79.4% berbanding tahun sebelumnya. Kadar penghunian hotel purata melebihi 85%. Selain itu, KDNK Macao meningkat sebanyak 25.7% dalam istilah sebenar, kadar pengangguran menurun kepada 2.1%, dan pendapatan kerja median penduduk bekerja meningkat sebanyak MOP 1,000 berbanding tahun sebelumnya. Dalam laporan kerajaan tahun fiskal 2023, kerajaan SAR Macao memperkenalkan strategi "1+4" untuk pembangunan diversifikasi sederhana bagi memupuk empat industri utama. Sepanjang tahun lalu, kerajaan telah mengejar lebih sedozen pelan pelaburan dalam sektor sains dan teknologi, menyokong beberapa pencapaian penyelidikan saintifik dengan prospek transformasi dan aplikasi.Dalam industri kewangan moden, Macao telah memanfaatkan status "pelabuhan bebas", memberi tumpuan kepada kawasan kewangan khusus seperti bon, pengurusan kekayaan, kewangan hijau, dan pajakan kewangan. Pasaran bon […]

trending_flat

Laluan jalur rempah, khazanah Melaka-Indonesia

Oleh MOHD FAIZ ABU HASAN / MELAKA HARI INI BANDARAYA MELAKA 2 Julai – Melaka akan terus memperkukuh kerjasama dengan Indonesia dalam usaha memartabatkan warisan seni dan budaya yang telah dijalin sejak sekian lama. Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia termasuk usaha memartabatkan kembali sejarah laluan jalur rempah nusantara yang menjadikan negeri ini tersohor sebagai pusat perdagangan ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka. Jelas Ketua Menteri, Kerajaan Negeri menyokong penuh usaha yang dilaksanakan republik itu, sekali gus mengangkat kembali sejarah kegemilangan nusantara untuk diwariskan kepada generasi muda. “Kita mesti berusaha untuk membongkarkan rahsia lama dalam sejarah laluan jalur rempah ini kerana dahulu Melaka dan Indonesia adalah pusat perdagangan bagi jualan rempah bagi pasaran Asia Barat serta Eropah. “Ia dilaksanakan supaya dapat mengimbau semula sejarah ini dan diwarisi generasi muda. Malah hubungan ini juga dapat diperkukuhkan seperti mana […]

trending_flat

Melaka persinggahan pertama pelayaran Muhibah Budaya Jalur Rempah

Oleh NURSALIAWATI SALBERI / MELAKA HARI INI BANDA HILIR 1 Julai 2024 – Hubungan sejarah yang panjang antara Indonesia dan Malaysia menyaksikan Melaka menjadi destinasi pertama persinggahan pelayaran Muhibah Budaya Jalur Rempah di luar negara kepulauan itu. Direktor Jenderal Kebudayaan Kementerian Pendidikan Kebudayaan, Riset dan Teknologi Indonesia (Kemendikbudristek) Hilmar Farid berkata, pelayaran yang dimulakan sejak 2017 itu adalah usaha pihaknya menjejak tinggalan jalur rempah yang bermula di negara itu sejak 2000 tahun yang lalu dan dibawa sehingga ke Timur Afrika. Katanya, tiga pelayaran dibuat dalam perairan Indonesia dan Melaka menjadi persinggahan luar pertama, selepas ini jelajah itu akan diteruskan ke negara lain. “Beberapa aspek diambil dalam pemilihan Melaka sebagai lokasi pelayaran Muhibah Budaya Jalur Rempah ini, antaranya berdasarkan hubungan sejarah yang panjang antara Malaysia dan Indonesia termasuk Melaka pernah menjadi pusat perdagangan terkenal dunia suatu masa dahulu. “Selain status Melaka […]

trending_flat

TMM2024: Lima acara pelancongan sepanjang Julai

Oleh NORAFIQAH JAMAL / MELAKA HARI INI AYER KEROH 30 Jun – Lima acara pelancongan menarik disusun bagi memeriahkan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) sepanjang Julai. Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, lima program terbabit turut disertakan dengan pelbagai tawaran menarik buat pengunjung bertuah. Katanya, antara lima program terbabit adalah Muhibah Budaya Jalur Rempah: Kapal Dewa Ruci Indonesia pada 30 Jun hingga 3 Julai 2024 yang merupakan persinggahan kapal bersejarah Indonesia ke Melaka. “Acara kedua, Ceramah Perdana oleh Ustaz Abdul Somad sempena sambutan Maal Hijrah 1446H peringkat Negeri Melaka pada 6 Julai 2024, di Stadium Hang Jebat. “Acara ketiga adalah Melaka Heritage Festival sempena Sambutan Ulang Tahun Melaka Bandaraya UNESCO pada 12 hingga 14 Julai 2024 dengan pelbagai pengisian seperti Fiesta Kebaya Nyonya, Pementasan Teater “Tuah – Sahmura Lagenda” yang akan berlangsung di Jalan Kota, Bangunan Stadhuys […]

trending_flat

Tourism Malaysia Lancar Pakej Agropelancongan Durian Tourism 2024/2025

LENGGENG, 27 Jun 2024 – Dalam usaha merancakkan lagi sektor pelancongan negara, Tourism Malaysia hari telah melancarkan sebanyak 62 pakej agropelancongan Durian Tourism 2024/2025 bagi memeriahkan serta mempromosikan musim durian di Malaysia menerusi kerjasama dengan 27 pengendali pelancongan tempatan. Menurut Tourism Malaysia, pakej yang ditawarkan bermula serendah RM70 seorang untuk aktiviti makan duriandi Relau, Kedah sehingga RM4,450 bagi itinerari 3 Hari 2 Malam (3H2M) di Bentong Bilut Hills, Pahang. Pelbagai aktiviti lain yang ditawarkan termasuklah lawatan ke dusun durian, pengalaman mengutip serta menikmati durian dan buah-buahan tempatan, mengikuti kelas memasak, membuat tempoyak, berakit, merasai pengalaman tinggal di kampung selain menaiki kereta api dan bermain golf. Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Encik Saidi Bundan berkata pakej-pakej yang dibangunkan pada kali ini meliputi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan dan Sabah bermula Jun 2024 untuk tempoh […]

trending_flat

Tourism Malaysia Lancar Pakej Pelancongan Sarawak Delta Geopark & Gawai 2024

KUCHING, 2 April 2024 - Tourism Malaysia hari ini melancarkan Pakej Pelancongan Sarawak Delta Geopark & Gawai 2024 bagi mempromosikan keunikan produk pelancongan geopark serta sambutan Hari Gawai di Sarawak kepada pelancong tempatan dan antarabangsa. Sebanyak 37 pakej pelancongan telah dibangunkan dengan kerjasama 13 operator pelancongan dari Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang antara lain menawarkan lawatan ke geotapak, tapak biologi dan tapak budaya di sekitar geopark merangkumi daerah Kuching, Bau dan Padawan. Antara pakej-pakej yang ditawarkan termasuklah Pakej Geological, Heritage & Exploration @ Sarawak Delta Geopark, Pakej The Hidden Prehistory & Geological Sites @ Sarawak Delta Geopark, Pakej Cloud Glamping @ Sarawak Delta Geopark, Pakej Nature & Cultural @ Sarawak Delta Geopark, Pakej Gawai Open House at Matop Longhouse, Pakej Babulang Festival in Limbang serta Pakej Irau Aco Lun Bawang Festival. Kesemua pakej pelancongan tersebut telah dimuatkan di dalam sebuah […]

trending_flat

Forest City berpontensi sebagai hab pelancongan komprehensif – Tiong King Sing

JOHOR, 31 Mac 2024 - Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato' Seri Tiong King Sing dan pasukan dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah turun ke negeri Johor bagi meninjau beberapa destinasi yang berpotensi dijadikan lokasi penganjuran Forum Pelancongan ASEAN 2025 (ATF2025). Tahun hadapan adalah giliran Malaysia menjadi tuan rumah bagi acara berprestij tersebut. "Pada akhir bulan Januari lalu, saya telah menghadiri ASEAN Tourism Forum 2024 yang diadakan di Laos. Penganjuran ATF2025 ini tentulah dapat menyumbang ke arah usaha kita dalam mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026). Lawatan kerja saya diiringi Exco Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy" kata Tiong dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau. Kredit Foto : Facebook Dato' Seri Tiong King Sing Kata Tiong lagi, hasil tinjauan di Forest City di Johor Bahru, pantai di negeri Johor menawarkan pemandangan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation