trending_flat

Subsidi telur ayam gred A, B dan C diteruskan mengikut mekanisme sedia ada

KUALA LUMPUR, 14 Mac 2024 - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah memantau harga ayam di peringkat ladang secara bulanan dan hasil pemantauan menunjukkan harga ayam adalah stabil. Menurut beliau ketika sesi jawab lisan di Parlimen pagi ini, purata harga ayam di ladang yang direkodkan di seluruh Semenanjung Malaysia semenjak November 2023 adalah seperti berikut: November 2023 ialah RM5.85/kg; Disember 2023 ialah RM6.39/kg; Januari 2024 ialah RM6.13/kg; dan Februari 2024 ialah RM6.03/kg. "Pada masa ini, Kerajaan berpandangan subsidi serta kawalan harga bagi telur ayam gred A, B dan C diteruskan dengan menggunakan mekanisme sedia ada. Sebarang perubahan dasar akan mengambil kira semua faktor khususnya trend bekalan semasa. Kerajaan juga akan sentiasa memantau pengeluaran di peringkat ladang bagi memastikan bekalan telur mencukupi, khususnya ketika musim perayaan." kata Mohamad.

trending_flat

KPKM pandang serius impak El Nino kepada sektor Agromakanan

KUALA LUMPUR, 11 Mac 2024 - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memandang serius mengenai kesan fenomena El Nino kepada sektor agromakanan khususnya terhadap sub sektor padi dan beras kerana ianya boleh menjejaskan bekalan makanan negara. Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup ketika menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Beufort di Dewan Rakyat pagi ini, KPKM telah dan sedang mengambil beberapa langkah bagi menampan impak fenomena tersebut. "Pertama, Kementerian menerusi agensi dibawahnya iaitu MADA, KADA dan IADA telah mengambil inisiatif awal seperti mengagihkan pam backwards dan pam mudah alih berkuasa antara 7hp hingga 30hp, membina telaga tiub, memperbaiki rumah pam dan sebagainya bagi membekalkan air memandangkan bekalan air dari pengairan utama berada pada tahap minimum. Kedua, Memperbanyakkan parit jejari dan mendalamkan saliran sawah sedia ada bagi membantu mencukupkan bekalan sumber air ke dalam sawah. Ketiga, beberapa kawasan juga telah […]

trending_flat

Rumpai laut Sabah sumbang kira-kira 54% pengeluaran akuakultur nasional

SEMPORNA, 10 Mac 2024 - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu hari ini mengadakan lawatan kerja rasmi ke Sabah bagi melihat dan melawat tapak pengeluaran rumpai laut di Semporna. Menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), lawatan itu bertujuan melihat salah satu penyumbang industri akuakultur kepada profil industri perikanan negara. "Negeri Sabah yang merupakan pulau ke-3 terbesar di dunia, mempunyai kawasan seluas 72,500 kilometer persegi, dikelilingi oleh Laut China Selatan di bahagian Barat, Laut Sulu di bahagian Timur Laut dan Laut Celebes di bahagian Timur. Negeri ini juga berada dalam lingkungan Segitiga Batu Karang (Coral Tiangle) yang merupakan kawasan biodiversiti tinggi. Memiliki perairan yang luas dan terlindung dari ombak kuat serta subur, Sabah adalah penyumbang utama kepada pengeluaran rumpai laut negara melalui aktiviti akuakultur. Spesies utama yang diternak di perairan di Sabah ialah Kappaphycus dan […]

trending_flat

Usahawan MyAP berjaya tembusi pasaran antarabangsa

SHAH ALAM, 13 Februari 2024 - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad Sabu hari ini mengadakan lawatan kerja ke Projek Industri Asas Tani (IAT) Keropok House & Industry Sdn Bhd. Lawatan kerja tersebut adalah bertujuan bagi meninjau perusahaan pemprosesan produk berasaskan ikan yang telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa ke Australia, Singapura dan Brunei. Bertapak sejak 23 tahun lalu, syarikat yang menjalankan perusahaan keropok lekor di Parlimen Kota Raja itu merupakan usahawan myAgropreneur Perikanan (myAP) di bawah bimbingan Jabatan Perikanan Negeri Selangor. Keropok House & Industry Sdn Bhd menerima bantuan dari jabatan pada 2016 dan 2022 melalui bantuan Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan Pengembangan (SPEKS) sebanyak RM43,500 bagi mempertingkatkan hasil produk yang dipasarkan. Syarikat milik Bumiputera itu juga telah memperolehi pensijilan Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP), kualiti dan mutu produk keluaran syarikat turut diperlengkap dengan penerimaan […]

trending_flat

KPKM nafi wujud kartel tentukan harga padi, beras dan benih padi

PUTRAJAYA, 4 Januari 2024 – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui satu kenyataan yang diedarkan semalam, menafikan dakwaan kewujudan kartel atau mafia yang menentukan harga padi, beras dan benih padi. Menurut kenyataan itu. melalui Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522),KPKM melaksanakan aktiviti kawal selia melalui pelesenan dan penguatkuasaan untuk memastikan industri padi dan beras berkembang secara sihat dan teratur. Akta itu juga memperuntukkan kuasa kepada Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras dalam mengeluarkan lesen dan permit bagi urus niaga padi dan beras meliputi pengilangan, pemborongan, peruncitan, import/eksport dan pemindahan antara negeri. "Merujuk kepada dakwaan kewujudan kartel atau mafia yang menentukan harga padi, beras dan benih padi, KPKM menafikan kewujudan kartel atau mafia tersebut seperti didakwa. Ini kerana jumlah pengeluaran sebanyak 39,000 pelbagai lesen seperti Lesen Borong Beras, Lesen Eksport, Lesen Import, Lesen Kilang Padi, Lesen Membeli […]

trending_flat

Tema “Keterjaminan Makanan Untuk Masa Depan” telah dipilih sebagai tema bagi HPPNK 2023

IPOH, 11 November 2023 - Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Fadillah Yusof telah hadir merasmikan sambutan Hari Peladang Penternak Dan Nelayan Kebangsaan yang diadakan di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak semalam. Kehadiran Fadillah adalah bukti kepada iltizam Kerajaan Perpaduan untuk menghargai jasa dan sumbangan peladang, penternak dan nelayan yang disifatkan sebagai wira tani dalam memastikan bekalan makanan negara sentiasa cukup dan terjamin. Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) merupakan acara tradisi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Sambutan secara dwi-tahunan ini merupakan perantara bagi Peladang, Penternak dan Nelayan untuk mendapatkan pendedahan baharu, mengembangkan jaringan kerjasama serta membuka peluang strategik kepada potensi perniagaan sepanjang sambutan ini berlangsung. "Sehingga kini, sebanyak 48 kali sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) telah diadakan. Tema “Keterjaminan Makanan Untuk Masa Depan” telah dipilih sebagai tema bagi HPPNK 2023. Ini bertepatan dengan […]

trending_flat

KPKM akif aksanakan program pembangunan sektor agromakanan di Sarawak

KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2023 - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) terus aktif melaksanakan program pembangunan dalam sektor agromakanan bagi membantu petani, penternak serta pesawah terutamanya di kawasan pedalaman negeri Sarawak. Menurut Menterinya Datuk Seri Haji Mohamad Sabu ketika menjawab soalan lisan dari Dato Henry Sum Agong [Lawas] di Parlimen hari ini, i bawah Rolling Plan Ketiga (RP3), RMKe-12, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM21.5 juta bagi pelaksanaan pelbagai program pertanian di negeri Sarawak di mana ia melibatkan seramai lebih dari 1,000 orang petani yang menerima manfaat hasil pelaksanaan program-program tersebut. Di antara projek yang dilaksanakan adalah seperti berikut: Program Pembangunan Industri Buah-Buahan di pelbagai Daerah di Sarawak, antaranya Bau, Lundu, Samarahan, Serian, Siburan, Saratok, Sibu, Selangau, Daro, Subis, dan Lawas; Program Pembangunan Tanaman Sayuran dan Kontan di pelbagai Daerah di Sarawak, antaranya di Samarahan, Asajaya, Simunjan, Gedong, Sri Aman, […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation