Industri biojisim perlukan peneraju khusus
Oleh: Prof Madya Ts. Dr. Zul Ilham Zulkiflee Lubes Berdasarkan data terkini daripada Suruhanjaya Tenaga Malaysia, Malaysia kini berupaya menghasilkan lebih 450 MW tenaga daripada biojisim. Sungguh pun kedengaran besar jumlahnya, ini hanyalah berkadaran dengan 1.2% daripada tenaga elektrik yang dijana di Malaysia dan penggunaan tenaga biojisim ini telah berjaya mengurangkan pelepasan hampir 400 Gigagram karbon dioksida (CO₂) berkadaran ke udara. Malaysia mampu mendepani industri biojisim masa hadapan, berbekalkan pengalaman bersama sektor komoditi kelapa sawit (Wikimedia Commons) Baru-baru ini juga kerajaan melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi telah memperkenalkan Pelan Tindakan Biojisim Negara 2023-2030. Ini mengukuhkan lagi kedudukan biojisim sebagai sumber yang mampan untuk penjanaan produk berasaskan bio baharu seperti biotenaga, biobahan dan baja bio. Setakat ini, China dan Brazil mendominasi penjanaan biotenaga menggunakan biojisim di peringkat global. Walaubagaimanapun, sumber biojisim yang digunakan mereka adalah amat berlainan dengan negara kita. Di […]