trending_flat

Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2024 dan Pelancaran Senam Seni 2.0 Memeriahkan Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR, 17 September 2024  (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  (JKKN WPKL) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Persatuan Sukan Tradisional Malaysia menganjurkan Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2024 bermula 13 hingga 16 September 2024 (Jumaat-Isnin) bertempat di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Majlis Perasmian Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2024 telah diadakan pada 15 September 2024 (Ahad) jam 8.30 pagi di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan disempurnakan oleh YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bersama YB. Dr. Zaliha bt Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan). Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2024 atau ringkasnya FPM@KL 2024 merupakan acara dibawah Kalendar Pelancongan Budaya yang diadakan setiap tahun bagi mengenengahkan keunikan seni budaya negeri.  Seramai 2378 peserta terdiri daripada badan beruniform, sektor korporat dan terbaharu institusi pengajian tinggi terlibat di dalam […]

trending_flat

Istana Budaya OTM On The Street Melebarkan Sayap Memeriahkan Program Melaka Bila Larut Malam Edisi September

MELAKA, 31 Ogos 2024 – Istana Budaya menerusi program Jangkauan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM): Sounds of Malaysia – OTM ON THE STREET @ BANDA HILIR MELAKA kini melebarkan sayap bersama memeriahkan program Melaka Bila Larut Malam Edisi September atau “Melaka Nightlife” semalam yang bermula dari jam 8.30 malam hingga 12.30 pagi. Kejayaan OTM ON THE STREET yang pernah diadakan di Pavilion Kuala Lumpur pada 13 Julai 2024 yang lalu telah menjadi satu fenomena luar biasa dan kini kembali menghangatkan tourist centre of attraction di Banda Hilir Melaka. Keistimewaan program Melaka Nightlife edisi September ini dianjurkan dengan suntikan semangat patriotik seiring dengan sambutan Hari Kebangsaan pada malam 31 Ogos 2024. Tetamu kehormat yang turut hadir bersama adalah YB Dato’ Azhar Haji Arshad - Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman - EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya […]

trending_flat

Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi Menjemput Rakyat Malaysia Menjelajah Melangkaui Kembara Rohani

KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2024 - Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi (STA) kini kembali dengan rangkaian dagangan terbesar di Malaysia, NUSUK, pada 27th Ogos, bertempat di Mandarin Oriental, yang membawa wakil delegasi lebih daripada 40 pemegang saham terkemuka dan 500 agensi pelancongan daripada pasaran Malaysia dan Asia Tenggara. Dengan kehadiran tetamu kehormatnya, Tuan Yang Terutama Dr. Tawfiq bin Fawzan AlRabiah, Menteri Haji & Umrah Arab Saudi, pameran ini membolehkan STA menjalin hubungan dengan Syarikat Pengurusan Destinasi (DMC), hotel-hotel, pengangkutan, dan rakan kongsi pelancongan utama. Matlamat pameran ini adalah untuk memahami secara lebih mendalam dan memperhalusi tawaran, produk dan pakej bagi meningkatkan perjalanan rohani pengembara Malaysia yang mengerjakan Umrah dan memudahkan penerokaan destinasi-destinasi Saudi yang lain. Sepanjang pameran ini dijalankan, STA juga akan mengumumkan beberapa kolaborasi utama dan inisiatif yang akan dilancarkan dengan rakan kongsi perniagaan mereka, termasuklah: Pengalaman Eksklusif Jelajah Andalusia […]

trending_flat

Malaysia dan Republik India Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama dalam bidang Pelancongan dan Program Persefahaman dalam Bidang Kebudayaan, Seni dan Warisan

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Republik India, TYT Shri Gajendra Singh telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama dalam Bidang Pelancongan serta Program Persefahaman dalam Bidang Kebudayaan, Seni dan Warisan sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Republik India pada 19 hingga 21 Ogos 2024. Pertukaran kedua-dua MoU ini telah diadakan dalam Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman yang disaksikan oleh Anwar dan TYT Shri Narendra Modi, Perdana Menteri Republik India. Majlis yang berlangsung di New Delhi, India ini menandakan satu langkah penting dalam usaha kedua-dua negara untuk terus memperkukuh hubungan diplomatik serta kerjasama strategik dalam bidang kebudayaan dan pelancongan. "Pemeteraian Perjanjian Kebudayaan ini berupaya mempertingkat kerjasama dalam bidang kebudayaan melalui pelaksanaan pertukaran kepakaran selain sinergi dalam bidang latihan, penyelidikan dan persembahan kebudayaan ke arah pembangunan produk dan perkhidmatan […]

trending_flat

Balai Seni Negara adakan sesi Dialog Penggiat Seni bersama Timbalan Menteri MOTAC

KUALA LUMPUR, 19 Ogos 2024 – Balai Seni Negara telah mengadakan “Dialog Penggiat Seni Visual Bersama YB Tuan Khairul Firdaus Akhbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)” bertempat di Auditorium, Balai Seni Negara semalam. Turut hadir adalah Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) Encik Shaik Rizal Sulaiman, Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Encik Amerrudin Ahmad, pegawai-pegawai kanan MOTAC, jabatan serta agensi. Sesi dialog tu diadakan dengan matlamat untuk mewujudkan platform komunikasi dua hala antara Timbalan Menteri MOTAC dan para penggiat seni tempatan dalam mengutarakan cadangan dan pandangan mereka berkaitan seni. "Sesi dialog yang berlangsung kira-kira satu jam ini dihadiri seramai 200 orang, terdiri daripada penggiat seni, wakil persatuan seni, galeri seni awam dan swasta serta warga akademik. Pertemuan antara YB Timbalan Menteri MOTAC dan para penggiat seni tempatan ini secara langsung dapat membuka ruang bagi membincangkan pelbagai […]

trending_flat

Program Festival Tarian Singa 2024 Semarakkan Industri Seni Budaya dan Pelancongan Negara

KUALA LUMPUR, 1 Ogos 2024 (Bernama) - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak menganjurkan Festival Tarian Singa 2024 selama tiga (3) hari bermula pada 26 hingga 28 Julai 2024 bertempat di Kuching Waterfront, Sarawak.Program ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan untuk menyemarakkan kegiatan ekonomi di negeri Sarawak di mana ia melibatkan ramai pihak, terutamanya industri pelancongan, seni, budaya dan warisan. Festival ini juga bertujuan mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), sekaligus menjadikan tarian singa ini sebagai daya tarikan utama untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara.Festival yang pertama kali dianjurkan oleh MOTAC ini merupakan salah satu usaha penting kerajaan dalam menyatupadukan rakyat dalam mengekalkan kemakmuran negara termasuk meningkatkan taraf hidup dan status sosioekonomi masyarakat, selari dengan teras keempat Malaysia MADANI.Pemilihan Bandaraya Kuching juga sebagai lokasi festival adalah sangat sesuai kerana penganjuran festival seperti ini akan dapat meletakkan Sarawak sebagai destinasi pelancongan […]

trending_flat

Cuka matang Shanxi menghasilkan perisa baharu

TAIYUAN, China, 26 Julai 2024 (Bernama) - Apabila orang memikirkan mengenai wilayah Shanxi di China, "Cuka Matang" purba dengan sejarahnya yang meliputi lebih 3,000 tahun terlintas di fikiran. Cuka unik ini, yang terkenal kerana rasanya yang masam, wangi, manis, cukup masak dan segar, menjalani lima langkah utama dan 82 prosedur, termasuk mengukus, menapai, mengasap, membasahi dan menua. Proses itu boleh mengambil masa dari satu tahun hingga lebih 10 tahun untuk diselesaikan. Pepatah yang menyebut "Sedikit cuka di rumah anda, tidak perlu lagi berjumpa dengan doktor" mencerminkan pengiktirafan yang sekian lama terhadap manfaat kesihatan cuka oleh penduduk Shanxi. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Shanxi telah memperkenalkan produk kesihatan berasaskan cuka dan produk homologi perubatan berasaskan makanan, sekali gus meningkatkan lagi manfaat kesihatan bagi Cuka Matang Shanxi. Sambil mengekalkan rasa tradisional bagi Cuka Matang, Shanxi telah meneroka budaya cuka secara mendalam, yang membawa kepada kemunculan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation