trending_flat

EBC Financial Group Membuat Penampilan Pertamanya di Pentas LaLiga dengan Perkongsian FC Barcelona

By -E NEWS September 10, 2024 -4 Mins read Meluaskan Kehadiran Global Merentasi Pasaran Utama dan Menempa Sempadan Baharu dalam Sukan dan Kewangan SINGAPURA, Sept. 10, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — EBC Financial Group (EBC), peneraju global dalam pembrokeran kewangan terus mengukuhkan perkongsian strategik 3.5 tahun dengan FC Barcelona, ​​salah satu kelab berbilang sukan paling ikonik di dunia. Kerjasama ini, yang bermula pada April 2024, bukan sahaja telah meningkatkan kehadiran global EBC tetapi juga menandakan babak yang signifikan dalam penyepaduan kewangan dan sukan. Kehadiran EBC Financial Group di pentas LaLiga adalah bukti kekuatan perkongsian ini. Sebagai rakan kongsi rasmi FC Barcelona merentasi APAC, LATAM, Timur Tengah dan Afrika, EBC telah ditampilkan secara ketara semasa perlawanan LaLiga baru-baru ini di Greater China, menjangkau jutaan peminat bola sepak di negara itu. Pendedahan ini bukan sahaja mempertingkatkan keterlihatan jenama EBC tetapi turut mengukuhkan nilai […]

trending_flat

Sembilan Pasukan Masuk Gelanggang, Rebut Piala YB Helmy

MOHD Noor Helmy (tengah) bergambar bersama pasukan pertama yang menyertai perlawanan itu selepas dilancarkan di Padang Bola Taman Seri Duyong 2. DUYONG 3 September – Sembilan pasukan diwakili anak muda sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong akan beraksi pada Liga Bola Sepak #Duyongkita Piala YB Helmy. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, sepak mula Liga Bola Sepak #Duyongkita Piala YB Helmy berlangsung 1 September lalu membabitkan enam pasukan di Padang Bola Sepak Taman Seri Duyong 2. Mohd Noor Helmy yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, pelawanan dijadualkan setiap Ahad sepanjang bulan ini dengan aksi final dijangka pada awal Oktober nanti. “Perlawanan dibahagikan kepada dua sesi iaitu jam 8 pagi dan 4 petang dengan penyertaaan 135 anak muda sekitar DUN Duyong yang mewakili sembilan pasukan. “Sebagai Adun kawasan, […]

trending_flat

Kejohanan Bola Sepak Anak-anak Merdeka 2024 Berlangsung dengan Penuh Semangat dan Perpaduan

Kira-kira 24 pasukan bola sepak telah berentap dalam Kejohanan Bola Sepak Anak anak Merdeka 2024, mempamerkan semangat dan tenaga anak-anak muda kita pada hari yang bersejarah, Hari Kemerdekaan ke-67 Malaysia. Kejohanan ini bertujuan memupuk bakat sukan serta menyemarakkan semangat perpaduan dan patriotisme dalam kalangan generasi muda. Program yang dianjurkan oleh Kelab Sukan Rekreasi Padang Polo (PPSRC) ini melibatkan penyertaan kira-kira 288 peserta terdiri daripada golongan muda yang bersemangat untuk mempamerkan kemahiran mereka di atas padang. Matlamat utama program ini adalah untuk menyemai nilai-nilai kerjasama, semangat kesukanan, dan menghormati kepelbagaian dalam kalangan peserta, selaras dengan semangatMerdeka. Bola sepak menjadi simbol penyatuan yang menghubungkan kita tanpa mengira kaum, agama, atau budaya. Di samping bersukan, kejohanan ini juga bertujuan menyemai semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. Melalui penyertaan dalam aktiviti seperti ini, mereka belajar bahawa kerjasama, toleransi, dan kefahaman bersama adalah kunci kepada […]

trending_flat

Pelajar Polisas Raih Kemenangan dalam Sukma 2024

KUANTAN – “Saya amat teruja dan bangga apabila dapat mengibarkan bendera negeri dan mendengar lagu negeri Pahang berkumandang di dalam stadium tempoh hari ”, ujar Nur Ayu Rohma Mohd Insan, 19, yang berkongsi perasaan ketika diumumkan sebagai pemenang Pingat Emas acara Pencak Silat Kategori Tanding - Putri Kelas A (45kg-50kg), pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak baru-baru ini. Beliau yang merupakan pelajar semester satu, Diploma Teknologi Makanan Pengurusan Halal, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) telah menceburi pelbagai bidang sukan bermula dengan sukan taekwando , olahraga balapan dan padang serta mula berjinak-jinak dalam bidang silat pada tahun 2021, ketika berusia 16 tahun. “Saya dilahirkan dalam keluarga yang bergiat aktif dalam bidang silat di bawah bimbingan Persatuan Seni Silat Gerak Pusaka Alam Pahang. Selain dorongan berterusan oleh keluarga dan jurulatih, saya juga berminat dalam bidang silat ini kerana latihan silat […]

trending_flat

Fadillah ucap tahniah kepada Kontinjen Sarawak

SARAWAK, 24 Ogos 2024 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Fadillah Yusof mengucapkan tahniah kepada Kontinjen Sarawak yang berjaya muncul sebagai juara keseluruhan SUKMA XXI 2024. "Syabas dan Tahniah kepada Kontinjen Sarawak yang muncul juara keseluruhan SUKMA XXI 2024, selepas pernah menjuarai kejohanan sama pada 1990, 1992 dan 1994." kata Fadillah yang juga merupakan Ahli Parlimen Petra Jaya menerusi halaman Facebook beliau. Beliau turut menucapkan tahniah kepada perenang Selangor, Andrew Goh dan penembak Negeri Sembilan, Gan Chen Jie, yang masing-masing diumumkan sebagai penerima Anugerah Atlet Kategori Lelaki dan Anugerah Atlet Kategori Wanita SUKMA 2024. "Paling membanggakan Sarawak selaku tuan rumah SUKMA Ke-21 telah membuktikan kecemerlangannya dalam menganjurkan kejohanan berkenaan yang disifatkan penganjuran paling meriah dan terbaik setakat ini. Selepas acara perasmian penuh gilang gemilang pada 17 Ogos 2024 yang lalu, majlis penutupan SUKMA […]

trending_flat

Malaysia menterai MoU dengan India bagi pembangunan belia dan sukan

Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan India dalam bidang belia dan sukan telah ditandatangani di Hyderabad House, New Delhi, India. Menurut Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Malaysia telah diwakili oleh Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Mohamad Hasan manakala India telah diwakili oleh TYT B.N Reddy, Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia. "MoU berkenaan memberi penekanan ke atas kerjasama strategik antara kedua negara dalam bidang pembangunan belia dan sukan. Antara bidang fokus MoU tersebut adalah inisiatif program pertukaran belia Malaysia-India dan anti-doping. Pemeteraian MoU selama 5 tahun antara kedua-dua negara ini dilihat dapat meningkatkan lagi hubungan dua hala Malaysia dan India." kata KBS.

trending_flat

‘Petanque shooting’ hadiahkan emas kelapan buat Melaka

Oleh : Norafiqah Jamal / MELAKA HARI INI AYER KEROH 18 Ogos – ‘Petanque shooting’ lelaki menyumbang satu pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak semalam. Aksi cemerlang Khairul Amirul Zamrulhisham menerusi acara ‘Petanque shooting’, sekali gus menyumbang emas kelapan buat Melaka. Khairul Amirul pada acara terbabit meraih kutipan mata 37 menewaskan atlet dari Selangor yang meraih pingat Perak, Ayzek Hakimi Safingan yang mendapat 28 mata. Bagi kedudukan pingat setakat jam 1.38 petang semalam, Melaka berada di tangga keempat di belakang Sarawak; Wilayah Persekutuan dan Terengganu. Untuk keseluruhan, Melaka mendapat lapan pingat emas; lima pingat perak dan enam pingat gangsa menjadikan jumlah 19 pingat. Terdahulu, tujuh pingat emas buat Melaka berjaya dihadiahkan oleh kem Wushu negeri menerusi acara Nanquan (lelaki dan wanita); Daoshu (wanita); Gunshu (wanita); Nandao (lelaki dan wanita); Wushu Lelaki 60 kilogram (kg).

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation