trending_flat

JBSN laksanakan pencarian bakat OKU melalui INSPIRE i-Talent

KUALA LUMPUR, 24 Oktober 2023 - Populasi OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajiakan Masyarakatsetakat 31 Januari 2023 adalah sebanyak 637,537 orang, ataupun 1.85% daripada populasi Malaysia. Statistik tersebut belum lagi ditolak had umur dan bilangan mereka yang berminat dan melepasi klasifikasi sukan para. Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, pada tahun ini, penyertaan atlet para dalam kejohanan sukan prestasi tinggi (sekurang-kurangnya peringkat PARA SUKMA) adalah seramai 1,781 orang. "Dalam tempoh masa 10 tahun dari sekarang, KBS menyasarkan peningkatan peratusan penyertaan atlet para kejohanan sukan prestasi tinggi di pelbagai temasya sukan antarabangsa." kata Hannah ketika menjawab soalan lisan dari Ahli Parlimen Batu di Dewan Rakyat hari ini. Tambahnya, KBS melalui beberapa agensi mempunyai skop tugas yang berbeza dalam pembangunan sukan dan Kebajikan Paralimpik dan Pesara. "JBSN melaksanakan program pencarian bakat dalam kalangan OKU di setiap negeri melalui INSPIRE i-Talent di […]

trending_flat

Hari Sukan Negara MINDEF meriah, libatkan aktiviti indoor dan outdoor

KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2023 - Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato' Seri Utama Haji Mohamad Hasan telah merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2023 peringkat Kementerian Pertahanan (MINDEF) bertempat di Padang Kawad, Kem Kementah, KualaLumpur. Sambutan Hari Sukan Negara tersebut telah melibatkan penyertaan seramai lebih kurang1,300 orang yang terdiri daripada warga tentera ATM dan juga warga awam MINDEF. "Hari Sukan Negara HSN 2023 ini menggunakan tema Fit Malaysia dan merupakan satu hari ikonik tahunan rakyat Malaysia yang dilaksanakan secara serentak bagi meraikan dan mengiktiraf aktiviti sukan, seterusnya menjadikan ianya sebagai pembudayaansukandalam kalangan warga tentera ATM dan juga warga awam MINDEF." kata MINDEF. Sempena sambutan HSN itu, MINDEF telah menganjurkan dua (2) aktiviti melibatkan aktiviti indoor dan outdoor. Aktiviti indoor telah dilaksanakan pada 13 Oktober 2023 (Jumaat) bertempat di ruang Foyer Wisma Pertahanan iaitu permainan E-Sport FIFA, Dart, Karom, Catur, Batu Seremban, […]

trending_flat

Pemberian penggunaan fasiliti sukan secara percuma disambut baik sekolah-sekolah – KBS

PUTRAJAYA 7 Oktober 2023 - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah mengumumkan pemberian penggunaan secara percuma fasiliti Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk kegunaan Sambutan Hari Sukan Sekolah tertakluk kepada kekosonganjadual tempahan fasiliti. Pemberian tersebut adalah bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke 25 Kuala Lumpur Sports City (KLSC) pada25 Julai lepas. Menurut KBS, antara fasiliti yang terlibat adalah penggunaan trek dan fasiliti di Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City dibuka untuk penggunaan sekolah, penggunaan gelanggang bola jaring dan boling padang di Kompleks Sukan Bukit Kiara serta padang Stadium Hoki Tun Razak di Kompleks Sukan Jalan Duta. "Inisiatif ini telah disambut baik oleh pihak sekolah di Malaysia. Sehingga ke tarikh hari ini, sebanyak 24 permohonan telah diterima oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk tempahan sukan sekolah di Stadium Nasional. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Bandaraya, Kuala Lumpur telah menjadi sekolah pertama […]

trending_flat

Tourism Malaysia Taja Jersi Polka Dot Raja Bukit Le Tour De Langkawi 2023

KUALA LUMPUR, 18 September 2023 – Majlis Sukan Negara (MSN) selaku penganjur PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTDL) 2023, hari ini memperkenalkan Tourism Malaysia sebagai penaja jersi Raja Bukit atau King of the Mountain bagi perlumbaan berbasikal itu yang bakal menyaksik an permulaan saingan di Kerteh, Terengganu pada 23 September ini. Dengan tajaan sebanyak RM1 juta, kehadiran Tourism Malaysia yang mengangkat jenama “Malaysia Truly Asia”, bakal memeriahkan lagi perlumbaan berstatus ProSeries tersebut selama lapan hari sekali gus mempromosikan segmen pelancongan sukan negara. Selain tajaan tunai, Tourism Malaysia turut membawakan persembahan kebudayaan tradisional di setiap lokasi pelepasan selain kemunculan pempengaruh media sosial di beberapa lokasi perlumbaan bagi mempromosikan LTdL secara lebih meluas khususnya di Indonesia. Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkata, kolaborasi penajaan tersebut bukanlah suatu yang baharu kerana pihaknya telah turut sama mempromosikan LTdL sejak awal […]

trending_flat

Adik Aqil Bertemu Pakar Prostetik

Adik Muhammad Aqil Naufal Zahiran, 11, yang kisahnya baru-baru ini menjadi tular apabila klip yang memaparkan dia menamatkan perlumbaan 100 meter menggunakan tongkat telah bertemu dengan pakar prostetik Artalive Sdn Bhd untuk penilaian bagi menentukan jenis prostetik yang diperlukan untuk membolehkannya menyertai aktiviti sukan. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata “Ia bukan tentang menjadi yang terpantas tetapi mengenai keinginan dan keazamannya untuk menamatkan perlumbaan yang mengagumkan saya”. Kementerian Belia dan Sukan melalui Institut Sukan Negara (ISN) akan menyelia pemasangan prostetik adik Aqil yang memerlukan kaki palsu paras pinggul (hip disarticulation prosthesis). “Kami membuat susulan untuk memastikan sokongan jangka panjang dan tiada komplikasi,” kata Dr Ahmad Munawwar Helmi, pakar perubatan sukan di ISN. Dalam video tersebut, adik Aqil pelajar SK Felda Lepar Utara 1 telah menyertai kejohanan olahraga pendidikan khas Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Jerantut 2023. Dia dilihat didorong […]

trending_flat

Malaysia bersedia menjadi hub kecemerlangan sukan bagi bidang kejurulatihan sukan di peringkat ASEAN

THAILAND 1 September 2023 - Malaysia melalui Kementerian Belia dan Sukan yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri dan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN Berkaitan ukan dari 28 Ogos hingga 1 September 2023 di Chiang Mai, Thailand. Menurut KBS, terdapat enam (6) mesyuarat telah diadakan iaitu 14th ASEAN Senior Officials Meeting on Sports pada 28 – 29 Ogos 2023, 6 th ASEAN Plus Japan Senior Officials Meeting on Sports dan 2nd ASEAN Plus Japan Senior Officials Meeting on Sports pada 30 Ogos 2023, 7th ASEAN Ministerial Meeting on Sports pada 31 Ogos 2023, 4 th ASEAN Plus Japan and 1st ASEAN Plus China Ministerial Meeting on Sports pada 1 September 2023. "Pelbagai inisiatif dan program pembangunan sukan yang dilaksanakan oleh Negara Anggota ASEAN dan rakan dialog iaitu Republik Rakyat China […]

trending_flat

Seratus pasukan sertai Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi

PUTRAJAYA 20 OGOS 2023 - Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah hadir menyempurnakan program Kick – Off Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi - Anjuran BaarzSchool Soccer Academy (BSSA) pada pagi hari ini. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyempurnakan program Kick – Off Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi - Anjuran BaarzSchool Soccer Academy (BSSA). Foto-foto kredit Pejabat Timbalan Perdana Menteri Program tersebut telah diadakan di Padang TEP Luar ABC, Presint 5, Putrajaya. Menurut Ahmad Zahid beliau hadir memberikan sokongan moral di atas kapasitinya sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Kabinet Pembangunan Sukan. "Kita telah menjalin kerjasama yang erat antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pendidkan Malaysia […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation