trending_flat

GRAFIK MANUSIA HARI KEBANGSAAN ‘SELAMAT DATANG’ DALAM TIGA BAHASA, BUKAN HANYA MANDARIN

Oleh : JomCheck Tular di aplikasi TikTok satu video yang memaparkan grafik manusia dengan Bahasa Mandarin ketika sambutan Hari Kebangsaan 2024. Video pendek ini telah mewujudkan naratif seolah-olah bahawa Bahasa Mandarin diagungkan ketika sambutan Hari Kebangsaan lalu membangkitkan sentimen perkauman. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Rujukan JOMCHECK terhadap MyCheck Malaysia mendapati bahawa mereka telah membuat semakan berhubung isu ini dan memberikan penjelasan yang menyeluruh. STATUS: TIDAK BENAR PENJELASAN: Grafik manusia yang tular itu membawa maksud ‘Selamat Datang’ dan dihiasi dengan 3 bahasa bermula dengan Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil.

trending_flat

Pasukan Mobile Legends: Bang Bang Malaysia memenangi Kejohanan Esports Dunia (WEC) 2024 buat kali pertama dalam tahun penentu era.

Ia merupakan kemenangan manis buat Pasukan Malaysia setelah juara baharu itu menebus kekalahan kepada Pasukan Filipina pada peringkat kumpulan. RIYADH, ARAB SAUDI, 15 November, 2024 – Pasukan Malaysia hari ini meneruskan tahun penciptaan sejarah dengan memenangi acara Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) di Kejohanan Esports Dunia (WEC) 2024. Mereka menewaskan Pasukan Filipina 2-0 dalam perlawanan Grand Final untuk membawa pulang gelaran kejohanan dan hadiah wang bernilai USD 70,000 daripada kumpulan hadiah USD 160,000. Kejayaan Pasukan Malaysia terasa manis kerana ia disulami dengan pembalasan dendam di mana mereka sebelum ini tewas 1-2 kepada Pasukan Filipina di peringkat kumpulan. Kemenangan Pasukan Malaysia adalah kemenangan pertama Malaysia di acara MLBB WEC, di mana mereka sebelum ini tidak pernah mara ke pusingan Grand Final. Pencapaian mereka menyaksikan lagu kebangsaan Malaysia – Negaraku – dimainkan buat pertama kali di pentas ini. Kejayaan Pasukan Malaysia meneruskan […]

trending_flat

Legasi pendidikan senibina Prof Ezrin untuk negara

Oleh: Sr Dr. Zuraini Md Ali, Dr. Mastura Adam Prof Ezrin (dua dari kiri) bersama pengarang pada satu perhimpunan baru-baru ini Setiap kali melalui Mercu Alam Bina di Universiti Malaya, kita diingatkan kepada seorang pemikir dan visi yang membina legasi ini—Profesor Emeritus Ezrin Arbi, seorang pelopor yang telah mengubah landskap pendidikan seni bina di Malaysia. Sepanjang Bulan Akademik pada bulan Oktober yang lalu, kita bukan sahaja diingatkan tentang kuasa transformasi pendidikan, tetapi juga tentang individu-individu luar biasa yang telah mendedikasikan hidup mereka untuk mendidik generasi akan datang. Kesan mendalam Prof. Ezrin terhadap pendidikan seni bina di Malaysia adalah bukti komitmennya yang tidak berbelah bahagi dalam membentuk pemikiran dan identiti seorang arkitek di negara ini. Pelopor Pendidikan Seni Bina Perjalanan Prof. Ezrin Arbi bermula di Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia, di mana beliau dilahirkan pada 24 Oktober 1936. Laluan akademiknya membawanya […]

trending_flat

Fadillah ketuai Skuad PETRA turun ke Melaka, tinjau isu tenaga dan air tempatan

MELAKA, 16 NOVEMBER 2024 – Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Haji Fadillah bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta agensi di bawahnya telah memulakan siri pertama jelajah PETRA Skuad Zon Selatan bermula di Melaka, hari ini. Menurut PETRA, PETRA Skuad adalah inisiatif turun padang oleh Kementerian untuk meninjau dan mendapatkan maklum balas langsung mengenai isu tenaga dan air tempatan serta mencari solusi terbaik dalam merangka pelan tindakan bagi memastikan bekalan yang berterusan, mampan, inklusif dan selamat demi kesejahteraan rakyat. Kredit Foto : PETRA "PETRA Skuad turut sama menekankan agenda penguatkuasaan dan memperkasa pelaksanaan dasar dalam sektor tenaga dan air oleh PETRA dan agensiagensi di bawahnya." katanya. Majlis Serahan Projek Siap kepada Kerajaan Negeri Melaka di Dewan Bougainvilla, Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Lawatan ke Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) […]

trending_flat

NAMA JALAN YAP AH LOY KEKAL, TUDUHAN PERTUKARAN NAMA ADALAH PALSU

Oleh : JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Talian JomCheck telah diminta untuk menyemak kesahihan tentang isu yang tular di media sosial berkaitan penukaran nama Jalan Yap Ah Loy kepada Jalan Palestin. Isu ini mula tular apabila tersebarnya satu gambar ketika perasmian Jalan Palestin yang disertakan dengan tuduhan bahawa nama Jalan Yap Ah Loy telah ditukar kepada Jalan Palestin. Hasil semakan JomCheck mendapati bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menepis dakwaan ini dan memberi penjelasan terperinci tentang status kedua-dua jalan. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan bahawa Jalan Yap Ah Loy masih kekal dengan nama yang sama dan tiada sebarang perancangan untuk menukar nama jalan berkenaan kepada Jalan Palestin seperti yang didakwa

trending_flat

Perspektif syariah dan undang-undang demi kesejahteraan rakyat

Oleh: Siti Aisyah Samudin, Muhammad Ilhamuddin Arsad Belanjawan 2025 yang dibentangkan baru-baru ini menekankan usaha-usaha penting ke arah pembangunan ekonomi yang inklusif dan berdaya tahan serta komitmen memperkukuh sistem pentadbiran yang lebih cekap. Menerusi tumpuan kepada tanggungjawab fiskal, pengurusan hutang dan penyasaran subsidi, belanjawan ini memberi fokus terhadap kesejahteraan rakyat dan reformasi institusi kerajaan. Namun, apa yang menarik adalah untuk meneliti kesemua langkah ini dari perspektif Syariah dan Undang-Undang. Penyasaran Subsidi dan Tanggungjawab Sosial Salah satu isu yang dibangkitkan dalam Belanjawan 2025 ialah penyasaran subsidi yang lebih bersasar. Subsidi untuk elektrik, diesel dan petrol akan disesuaikan supaya lebih memberi manfaat kepada kumpulan yang benar-benar memerlukan. Ini bermakna subsidi hanya akan disalurkan kepada 85% rakyat yang berada dalam kategori berpendapatan rendah dan sederhana manakala golongan berpendapatan tinggi akan menanggung kos tanpa subsidi. Dari perspektif Syariah, langkah ini selari dengan prinsip keadilan […]

trending_flat

KARAKTER ANAK HEBAT BERMULA DARI RUMAH

Oleh: Nur Shuhada Ya’acob, Pendidikan bukan hanya berlaku di sekolah atau universiti. Sebaliknya, ia bermula sejak kanak-kanak melangkah ke dunia dengan langkah pertama di rumah. Ibu bapa, sebagai pendidik pertama, memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah, nilai, dan sikap anak-anak. Apa yang mereka lihat, dengar dan alami di rumah membentuk asas keperibadian yang akan mereka bawa ke alam sekolah, kerjaya dan kehidupan dewasa.   Tambahan pula, dalam era digital yang penuh cabaran, pendidikan asas dari rumah menjadi semakin penting. Walaupun ibu bapa sibuk bekerja, mereka tidak boleh mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak di rumah. Isu-isu terkini seperti tekanan mental remaja, pengaruh negatif media sosial, dan kelunturan nilai-nilai adab semakin membuktikan bahawa peranan keluarga amat diperlukan dalam membentuk generasi muda. Di tengah dunia yang semakin kompleks ini, asas pendidikan moral dan etika yang dipupuk dari rumah adalah penting untuk membantu anak-anak membuat […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation