Dua kunci mencapai SSL
Oleh: Prof. Madya Dr. Muhamad Shakirin Mispan Isu bekalan beras negara kembali menjadi perhatian utama dalam landskap krisis makanan global, dan Malaysia tidak terkecuali. Sejak krisis beras yang melanda dunia pada tahun 2008, kebergantungan tinggi kepada import beras telah menjadi satu masalah yang semakin serius. Dengan lebih daripada 30 peratus keperluan beras Malaysia diimport, negara kini terdedah kepada risiko ketergantungan luar yang berpotensi membawa kepada krisis makanan dalam jangka masa terdekat. Prof. Madya Dr. Muhamad Shakirin Mispan Penting untuk negara ini bertindak segera dan berusaha untuk mencapai 100 peratus kadar mampu diri (SSL) dalam bekalan beras. Untuk mencapai matlamat ini, dua strategi utama ini perlu diambil. Pengurusan padi yang lebih efisien Pengurusan tanah padi negara perlu ditingkatkan secara menyeluruh. Kini, hampir 10 peratus kawasan tanah padi tidak diusahakan sepenuhnya, terutama semasa penanaman luar musim dan di kawasan bukan jelapang. Langkah-langkah […]