trending_flat

Memberi peluang kedua untuk mereka

Oleh: Dr. Haezreena Begum Abdul Hamid Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 (Akta 847) yang diluluskan baru-baru ini telah memberikan nafas dan harapan baru kepada banduan akhir serta banduan yang telah dijatuhkan hukuman seumur hidup. Ianya juga memberikan harapan kepada ahli keluarga banduan supaya dapat disatukan dengan banduan semula. Ini menjukkan usaha dan komitmen kerajaan Malaysia dalam menegakkan keadilan dan melindungi hak asasi manusia sejagat selaras dengan Artikel 3 Deklarasi Hak Asasi Manusia dan Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan. Dr. Haezreena Begum Abdul Hamid Peranan institusi penjara, peguam, serta Yayasan Guaman Kebangsaan Malaysia juga amat penting dalam mendapatkan semakan semula terhadap hukuman mati atau penjara seumur hidup yang telah dikenakan terhadap banduan. Memandangkan intitusi penjara diberikan tanggungjawab untuk memfailkan Notis Permohon dan Afidavit Sokongan untuk semakan hukuman, adalah penting agar mereka diberikan taklimat […]

trending_flat

Mempertimbang semula pengajian di atas talian di universiti

Oleh: Dr. Mohd. Shahid Mohd. Noh Kualiti rangkaian internet pada hari ini telah memendekkan jarak dan masa antara tempat dan benua yang berjauhan sehingga segala urusan dapat dilaksanakan secara lansung dan waktu sebenar, berdepan secara maya dan telus. Sektor pendidikan adalah antara bidang yang paling banyak menerima manfaat dari segala fasiliti tersebut terutamanya di zaman pasca pandemik. Dr. Mohd. Shahid Mohd. Noh Berkemungkinan perkara itu juga antara hikmah yang dipelajari oleh pelajar dan para pendidik dari zaman pandemik hingga ke hari ini bagaimana memanfaatkan teknologi untuk tujuan pendidikan. Hari ini di separuh kedua tahun 2023, kesemua sekolah, kolej, universiti dan institusi pendidikan telah pun beroperasi secara fizikal sepenuhnya. Pembelajaran secara dalam talian telah menjadi satu alternatif terbaik sekiranya terdapat kekangan dan halangan dalam perlaksanaan fizikal. Terkini, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan bahawa sebanyak 95 program di […]

trending_flat

ICWC ’23 Membentuk Masa Depan Pelancongan Malaysia & Perniagaan Global Melalui Kepelbagaian Budaya

KUALA LUMPUR, 8 SEPTEMBER 2023 - Acara 'A Taste of ICWC' yang menakjubkan yang dirasmikan oleh Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan di dalam lanskap budaya dan perniagaan, sebagai pembuka tirai kepada Persidangan Antarabangsa dan Pameran Budaya Dunia 2023 (ICWC '23). Dianjurkan oleh UDS Media Sdn. Bhd., acara ini memberikan gambaran menarik kepada persidangan yang bakal berlangsung pada bulan November, dengan penekanan yang kuat pada memacu perniagaan melalui pelancongan dan kerjasama merentas budaya. 'A Taste of ICWC' melangkaui pameran kepelbagaian budaya; ia turut membawa para pengunjung menyelami pelbagai budaya dunia. Wakil dari negara seperti New Zealand, Fiji, Australia, Cuba, Ukraine dan banyak lagi berinteraksi secara langsung dengan para pengunjung melalui gerai pameran interaktif yang direka khas bagi menyampaikan intipati budaya mereka yang menjadi asas untuk perkongsian merentas budaya. […]

trending_flat

Perkasa wakaf hijau demi agenda ketahanan iklim negara

Oleh: Dr. Mohd. Zaidi Md. Zabri Pada bulan Julai, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) telah meluncurkan pelan Ekonomi MADANI sebagai wadah untuk mengangkat semula darjat dan martabat Malaysia melalui penstrukturan semula ekonomi ke arah negara peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara. Dr. Mohd. Zaidi Md. Zabri Ekonomi MADANI mempunyai dua pendekatan serampang dua mata yakni ‘menaikkan siling’ sebagai peneraju ekonomi Asia dan ‘menaikkan lantai’ untuk mempertingkat usaha menaikkan darjat hidup rakyat. Asasnya, Ekonomi MADANI menekankan keperluan untuk merombak struktur ekonomi negara melalui tujuh bidang tumpuan. Daripada tujuh bidang tumpuan yang digariskan dalam kerangka Ekonomi MADANI, terdapat dua bidang tumpuan yang mempunyai potensi untuk digembleng secara serempak yakni ‘Peneraju Ekonomi Islam Global’ dan ‘Pertumbuhan Hijau Demi Ketahanan Iklim.’ Menariknya, bagi bidang tumpuan Ekonomi Islam, PMX terlebih dahulu memuji sistem kewangan Islam sebagai peneraju kewangan Islam global dengan menyorot […]

trending_flat

Pakaian seragam sekolah bentuk jati diri murid

Oleh: Dr. Abd. Razak Zakaria Pemakaian seragam sekolah telah sekian lama dilaksanakan semenjak kita mencapai kemerdekaan dan sejak 1970, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memulakan langkah yang lebih tersusun dalam mewajibkan semua murid sekolah rendah dan menengah untuk memakai pakaian seragam sekolah. Ibu bapa saban tahun menjadikan hujung tahun sebagai masa terbaik untuk bersama anak-anak dalam menyediakan kelengkapan persekolahan di samping meluangkan masa senggang bagi menyiapkan anak-anak mereka dengan membeli pakaian seragam sekolah. Menjadi satu kewajipan kepada ibu bapa jika dapat menyediakan pakaian seragam sekolah daripada pelbagai jenama dan seperti satu pesta hujung tahun dengan diskaun menarik diberikan oleh pasaraya bagi memudahkan ibu bapa mendapatkan barangan kelengkapan persekolahan anak-anak. Dr. Abd. Razak Zakaria Menjadi satu kebanggaan juga kepada anak-anak jika dapat memakai pakaian seragam sekolah yang baru di awal tahun berserta lencana sekolah yang menjadi mercu kepada bermulanya persekolahan baru […]

trending_flat

Mari kita tunjukkan jalan perbankan Islam di Rusia

Oleh: Dr. Mohd. Zaidi Md. Zabri Bulan Julai lalu, Parlimen Rusia telah memberikan lampu hijau kepada program perintis selama dua tahun yang bakal memperkenalkan perbankan Islam di empat republik di negara itu iaitu Bashkortostan, Chechnya, Dagestan, dan Tatarstan bermula 1 September depan. Dr. Mohd. Zaidi Md. Zabri Menariknya, keempat-empat republik yang majoritinya menganut agama Islam tersebut mempunyai populasi sekitar 20 juta orang atau hampir dua pertiga daripada keseluruhan rakyat Malaysia. Manakala Malaysia sememangnya dikenali umum sebagai antara peneraju utama industri kewangan Islam global. Terutama sekali dalam pasaran modal Islam melalui terbitan ṣukūk (bon Islamik) yang juga merupakan antara yang terbesar dunia. Malahan, menurut laporan ICD-Refinitiv, Malaysia mengungguli Petunjuk Pembangunan Kewangan Islam (IFDI) 2022 yang mengukur dimensi seperti prestasi kewangan, tatakelola, kelestarian, pengetahuan, dan kesedaran mengenai kewangan Islam. Justeru, pengenalan sistem kewangan Islam di Rusia merupakan peluang yang semestinya tidak boleh […]

trending_flat

Perkhemahan Keluarga tingkatkan hubungan kekeluargaan

3 September 2023 - KBSMalaysia menerusi Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) menawarkan program rintis berbentuk perkhemahan keluarga yang akan dilaksanakan di Kem Wawasan Negara Ulu Sepri, Negeri Sembilan selaras dengan agenda untuk merakyatkan sukan. Di sidang media yang berlangsung di Kem Wawasan Negara Ulu Sepri, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata tujuan pelaksanaan program rintis adalah untuk: • merakyatkan fasiliti KBS dan memberi manfaat kepada orang ramai untuk beriadah • meningkatkan hubungan dan rasa tanggungjawab kekeluargaan dalam kalangan rakyat Malaysia serta memupuk amalan nilai murni dan integriti keluarga demi keharmonian hidup; dan • memupuk keseimbangan kerjaya dan kehidupan (work life balance) Program ini diadakan secara percuma bagi bulan pertama bermula pada 1 hingga 30 September 2023 (setiap Sabtu dan Ahad). Pada masa akan datang akan dikenakan bayaran yang minimum atau pada kadar mampu bayar sebagai salah satu inisiatif […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation