trending_flat

Pendaki Malaysia, Mohd Khafiz berjaya tawan puncak K2

Sejarah tercipta untuk negara apabila Jalur Gemilang sekali lagi berkibar di puncak dunia. Mohd Khafiz Bin Bachok, 45, pendaki negara kelahiran PonFan, Johor berjaya menjejakkan kakinya ke puncak Gunung K2 yang berketinggian 8,611m dari aras laut yang juga merupakan gunung kedua tertinggi di dunia tepat jam 11:52 pagi (2:52 petang waktu Malaysia). Alhamdulillah, sekalung tahniah buat Mohd Khafiz. Impian untuk ke puncak dunia yang disemai sejak 25 tahun yang lalu akhirnya menjadi kenyataan. Mohd Khafiz memulakan pendakiannya dari Skardu dan mengambil masa selama 8 hari untuk sampai ke Kem Induk. Akibat cuaca yang Fdak berapa baik, proses rotasi bagi tujuan penyesuaian diri dengan altitude tinggi hanya dapat dimulakan pada 12 Julai 2023. Proses rotasi dibuat sehingga ke Kem 2 sebelum beliau turun semula ke Kem Induk. Pendakian sebenar hanya bermula pada 22 Julai 2023 di mana beliau sampai ke Kem […]

trending_flat

Isu REE – MB Kedah Tidak Perlu Lagi ‘Sorok di Bawah Karpet’

ALOR SETAR, 25 Julai - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor perlu berterus-terang kepada rakyat berkaitan isu perlombongan Unsur Nadir Bumi (REE) di Sik dan tidak perlu lagi menyorokkannya di bawah 'karpet'. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Muhammad Sanusi juga tidak sepatutnya memberi jawapan kononnya tidak tahu-menahu mengenai urusan pentadbiran Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah sedangkan beliau merupakan Pengerusi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) negeri itu. Ini kerana berdasarkan pengalamannya sebagai Bekas Menteri Besar, sebarang pelaburan atau penglibatan MBI di dalam sesebuah projek, sentiasa dilaporkan kepada Menteri Besar. "Saya fikir tiba masanya untuk MBI bercakap benar dan tidak perlu meletakkan segala-galanya di bawah 'karpet'. Kalau kata projek itu haram, kata sajalah haram dan ada pihak yang bersalah tetapi kalau dikatakan projek itu sah, maka buktikanlah kesahihannya. "Mengenai dua warganegara China itu, beritahu sajalah […]

trending_flat

PRN KEDAH – BN+PH lancar manifesto Khamis ini

ALOR SETAR - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah akan melancarkan manifesto mereka pada khamis ini sebagai tawaran kepada rakyat negeri ini sekiranya mereka dipilih bagi membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. Pengerusi Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, manifesto yang menyantuni semua golongan termasuk nelayan, pesawah, penoreh getah, perindustrian, pelancongan, belia serta wanita itu diyakini mampu membawa kestabilan dan kesejahteraan rakyat. "Ada banyak perkara yang akan dibentangkan dalam manifesto itu. Manifesto tersebut akan menyentuh mengenai perkara-perkara yang mampu memberi kebaikan kepada rakyat secara menyeluruh kerana kerajaan negeri ketika ini bukan saja gagal, malah tak buat apa-apa pun. "Apa yang beliau (Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor) buat selain mengata orang lain? Kalau nak jadi pemimpin, anda kena serius kerana antara kepimpinan negeri dengan rakyat, di tengah-tengahnya ada pegawai kerajaan yang […]

trending_flat

Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) iktiraf jasa dan pengorbanan 545 Veteran ATM

Panglima Medan Barat Tentera Darat Leftenan Jeneral Dato' Tengku Muhammad Fauzi Bin Tengku Ibrahim telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan PJM kepada 545 orang Veteran ATM, balu serta wakil waris di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu, Terengganu. Majlis penganugerahan PJM telah dikoordinasikan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM yang telah bermula pada 3 Mac 2004. Penganugerahan pingat ini merupakan pengiktirafan kepada anggota tentera di atas sifat keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan kesetiaan mereka semasa berhadapan dengan ancaman pengganas komunis suatu ketika dahulu. Sehingga hari ini, seramai 38,559 warga Veteran ATM telah menerima PJM. Kejayaan bekas anggota tentera membanteras ancaman komunis selain memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut, telah melayakkan mereka dianugerahkan dengan PJM: a. Telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama 3 bulan dan ke atas atau telah bertugas secara langsung tidak kurang dari 6 bulan di […]

trending_flat

UM hasilkan elektrolit bateri dari tanah liat

Bateri litium-ion (Li-ion) yang ditemui dan dibangunkan oleh pemenang Hadiah Nobel pada tahun 2019, John B Goodenough pada tahun 1970 dipercayai sebagai kejayaan milenium. Ia adalah pemecut teknologi moden dan pemangkin gaya hidup kontemporari dengan pengunaan yang meluas dalam pelbagai bidang seperti ketenteraan, peralatan elektronik, kenderaan elektrik dan juga aplikasi euroangkasa. Walau bagaimanapun, disebabkan sifat tenaga boleh diperbaharui yang terputus-putus, terdapat keperluan mendesak untuk menyimpan tenaga yang dituai daripada sumber boleh diperbaharui, menjadikan permintaan untuk bateri alternatif meningkat. Bateri natrium-ion (Na-ion) boleh dianggap sebagai salah satu bahan alternatif kerana Na lebih mudah didapati dalam air laut jika dibandingkan dengan Li, dan ianya berpotensi untuk menjimatkan kos. Permintaan untuk bateri berkeadaan pepejal makin meningkat buat masa sekarang, kerana ianya didorong oleh keperluan untuk keselamatan yang lebih baik, kadar hayat yang lebih tinggi dan mesra alam sekitar bagi memenuhi keperluan sebagai bateri […]

trending_flat

Aksi biadap The 1975 : Kerajaan arah pembatalan serta merta Festival Good Vibes 2023

Susulan dari aksi dan kenyataan sangat biadab yang dipamerkan oleh artis dari UK "The 1975" di Sepang malam tadi, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah mengarahkan pembatalan serta merta baki festival Good Vibes 2023 yang sepatutnya berlangsung hari ini sehingga esok, 23 Julai. Penganjur Festival Good Vibes 2023 iaitu Future Sound Asia turut dipanggil beliau hari ini. Screenshot persembahan The 1975 dari YouTube. "Ingin saya tegaskan, pendirian Kerajaan Perpaduan amat jelas. Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang mencabar, memperlekeh serta melanggar undang-undang Malaysia. Justeru, saya telah mengarahkan PEMBATALAN SERTA MERTA baki festival tersebut yang sepatutnya berlangsung hari ini sehingga esok, 23 Julai. Saya faham keputusan ini akan memberi implikasi kepada penonton yang telah membeli tiket. Sehubungan itu, saya juga telah menggesa penganjur untuk mengenal pasti mekanisme ganti rugi kepada pembeli-pembeli tiket." tegas Fahmi. Tambah beliau, Kerajaan sentiasa komited menyokong […]

trending_flat

Salahuddin disahkan mengalami pendarahan otak

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub telah disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar. Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Akhbarnya memaklumkan bahawa Salahuddin kini sedang menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Terdahulu, beliau dikejarkan ke wad kecemasan pada sekitar jam 10.15 malam Jumaat, dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah. Pihak Pejabat Menteri KPDN akan memaklumkan mengenai perkembangan kesihatan beliau dari semasa ke semasa. Pihak Pejabat beliau juga memanjangkan ucapan terima kasih daripada pihak keluarga Datuk Seri Salahuddin Ayub atas semua doa, sokongan, dan ingatan kepada beliau.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation