Yayasan Kebajikan Siswa dan Kementerian Pendidikan Tinggi seiring cakna kebajikan Mahasiswa
SABAH, 26 Ogos 2023 - Timbalan Menteri Pendidikan Tingg, Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal telah meluangkan masa menziarahi Dayangku Siti Mashitah Awangku Sulaiman, mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I semalam. Dayangku Siti Mashitah telah dimasukkan ke hospital sejak 2 bulan lalu dan telah kehilangan keduadua belah tangan dan kaki disebabkan komplikasi penyakit apendiks. Mahasiswa tahun 2 jurusan Hubungan Antarabangsa UMS itu ketika ditanya masih menunjukkan semangat untuk meneruskan pengajiannya. Justeru, KPT bersama UMS akan melihat kaedah terbaik untuk memudahkan urusannya. "Kehadiran pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) adalah sebagai tanda sokongan kepada pelajar dan ahli keluarga mereka serta komitmen keprihatinan berterusan Kementerian terhadap kebajikan dan kesejahteraan siswa kita," Mohammad Yusof Apdal berkata demikian semasa menyalurkan bantuan bagi pihak Yayasan Kebajikan Siswa (YKS) kepada waris pelajar. YKS sejak 2021 aktif menyantuni dan menyediakan pelbagai […]