Pakej 5G RAHMAH dan Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam sempena Bulan Kebangsaan
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) yang terlibat serta dua (2) syarikat pengeluar peranti iaitu Samsung Malaysia dan Honor Malaysia bakal menawarkan Pakej 5G RAHMAH dan Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam. Menurut Menteri Komunikasi dan Digital. Fahmi Fadzil pakej-pakej tersebut ditawarkan sempena Bulan Kebangsaan dan kedua-duanya merupakan pakej perkhidmatan Internet yang lebih murah berbanding pakej sedia ada di pasaran. "Pakej 5G RAHMAH ialah pakej telefon pintar 5G pelan data (device bundle) dengan harga telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G serendah RM240.00 berserta pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60.00 sebulan. Pakej ini terbuka untuk dilanggan oleh seluruh rakyat Malaysia. Bagi golongan B40, sejumlah 100,000 pelanggan terawal akan menikmati Pakej 5G RAHMAH dengan harga telefon pintar serendah RM120.00. Pakej tersebut akan berada di pasaran […]