Ewon yakin KSU baharu dapat jayakan wawasan KUSKOP
PUTRAJAYA, 5 September 2024 - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick yakin Ketua Setiausaha KUSKOP yang baharu Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud dapat membantu menjayakan wawasan kementerian membangunkan usahawan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) dan koperasi di seluruh negara. Ewon berkata, keyakinannya itu berdasarkan pengalaman luas Khairul Dzaimee dalam pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan sebelum ini. Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi “Saya percaya dengan pengalaman besar Dato’ Sri Khairul di Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Jabatan Imigresen akan membawa KUSKOP ke tahap yang lebih cemerlang. “Saya mengalu-alukan kebersamaan beliau dalam keluarga besar KUSKOP serta komitmen bersama untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat dan negara khususnya kepada pemegang taruh dasar-dasar kementerian iaitu PMKS dan gerakan koperasi,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas KSU KUSKOP daripada […]