Salehuddin ketuai “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia – Brunei”
TELUK SEPANGGAR, 23 JUN 2023 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini telah mengetuai “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia – Brunei” – Projek Pembekalan LPG Tidak Bersubsidi ke Negara Brunei Darussalam yang diadakan di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah. Menurut Salehuddin, Program “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei” merupakan satu bentuk kerjasama ekonomi antara Malaysia dengan negara jiran yang bersempadan dengan negara ini dengan menumpukan kepada pembekalan barangan keperluan. Objektif program tersebut adalah bagi meningkatkan keterjaminan bekalan serta peningkatan kerjasama perdagangan antara negara ini dan negara jiran. "Bagi program “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei”, ianya dimulakan dengan pembekalan LPG tidak bersubsidi dari Malaysia ke Brunei dan akan diperluaskan dengan barangan keperluan lain yang akan diperincikan di antara kedua-dua negara pada masa akan datang. PETRONAS menerusi pengeluaran LPG di Loji Teluk Sepanggar, Sabah, […]