EAIC Jalin Kerjasama Dengan Rasuah Busters: Perkukuh Kesedaran Integriti dan Banteras Salah Laku Penguat Kuasa
SHAH ALAM 2 September 2024 - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan Rasuah Busters telah bersetuju menjalinkan kerjasama strategik dalam usaha membina asas yang kukuh untuk memerangi salah laku, penyelewengan dan memperkukuh integriti di kalangan pegawai penguat kuasa. Dalam satu kenyataan, EAIC berkata kerjasama tersebut akan memfokuskan program kesedaran dan pendidikan yang akan dilaksanakan di pelbagai peringkat dan kumpulan sasaran, bermula dari sekolah rendah hingga sektor awam dan swasta ke arah mendidik masyarakat tentang pencegahan salah laku dan pembudayaan integriti yang tinggi. Kredit : FB EAIC "Kerjasama ini adalah langkah penting dalam usaha EAIC memastikan pematuhan integriti dalam agensi penguatkuasaan khususnya di bawah seliaan Suruhanjaya ini. Dengan berganding bahu bersama Rasuah Busters, EAIC komited untuk memupuk budaya integriti dan membanteras salah laku dengan lebih berkesan. Kami percaya melalui program pendidikan dan kesedaran yang lebih baik, kita dapat mencapai sistem penguatkuasaan […]