trending_flat

Belanjawan 2025 Menyantuni OKU, Merintis Masa Depan dan Merancakkan Ekonomi

Oleh: Dr Mohd Zaidi Md Zabri Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia acapkali menghadapi cabaran yang berat dalam memperoleh peluang pendidikan, pekerjaan, serta kualiti kehidupan yang saksama dengan masyarakat umum. Tanpa sokongan yang bersepadu, golongan rentan sebegini akan terus terpinggir dalam arus pembangunan negara. Oleh demikian, Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu menyasarkan untuk merubah situasi ini dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif bersasar bagi meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan OKU. Dalam Belanjawan 2025, kerajaan telah memperuntukkan lebih RM1.3 bilion khusus untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Sementara kebanyakan tumpuan mungkin diberikan kepada aspek kebajikan, terdapat implikasi ekonomi yang lebih besar di sebalik peruntukan ini. Dengan memberikan sokongan kewangan, peluang keusahawanan, dan pendidikan kepada OKU, kerajaan juga merangsang pertumbuhan ekonomi negara. Peningkatan Bantuan Kewangan: Meningkatkan Kuasa Beli dan Pertumbuhan Ekonomi Peningkatan peruntukan bantuan […]

trending_flat

Mahasiswa UM santuni anak-anak tanpa dokumen di Semporna

Sukarelawan bergambar bersama guru Sekolah Alternatif Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) dari Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan (JDPI), Akademi Pengajian Islam UM (APIUM) telah melaksanakan program khidmat komuniti di Sekolah Alternatif, Kampung Bangau-Bangau, Semporna, Sabah yang diasaskan oleh Borneo Komrad. Program ini bertujuan menyantuni pelajar tanpa kerakyatan yang menghadapi halangan untuk mendapat pendidikan formal. Dalam masa yang sama, pengisian program diisi dengan slot yang memberikan sokongan moral dan bimbingan dalam 3M+1 iaitu Membaca, Menulis, Mengira, dan Mengaji, sambil mengukuhkan kefahaman asas Islam dalam kalangan pelajar. Seramai 15 orang mahasiswa menjadi sukarelawan dalam program ini, yang melibatkan hampir 30 pelajar. Dengan tema “Pendidikan Untuk Semua,” para sukarelawan melihat pendidikan sebagai kunci utama untuk mengubah masa depan, sesuai dengan prinsip Islam yang menggalakkan umatnya terus menuntut ilmu. Selain memberi pendedahan akademik, program ini memupuk nilai-nilai kasih sayang, empati, dan kesedaran mengenai kepentingan […]

trending_flat

Rakyat digesa sokong KITA GEMPUR

KOTA KINABALU, 19 Oktober 2024 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini telah melancarkan inisiatif baharu kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) iaitu Gerakan Membanteras Manipulasi dan Ketirisan (GEMPUR) semasa Program MADANI Rakyat 2024 Sayangi Sabah di Pekarangan Kompleks Sukan Likas, Sabah. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, inisiatif yang dikenali sebagai KITA GEMPUR itu adalah satu langkah strategik kerajaan untuk membina gerakan massa bagi menangani isu manipulasi dalam aktiviti perniagaan dan ketirisan yang melibatkan barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi. Kata Armizan, ia termasuk usaha mengekang penipuan perniagaan dalam talian (e-dagang), membanteras monopoli bermasalah dan kewujudan kartel dalam bentuk pakatan harga, pasaran, pengeluaran serta tipuan bida. "Selain memperkasa aspek penguatkuasaan, gerakan ini juga akan memberikan fokus kepada advokasi kepenggunaan dan advokasi Berniaga Patuh Kod Etika […]

trending_flat

Belanjawan 2025 : Peruntukan pembangunan Sabah dan Sarawak tertinggi antara negeri – Fadillah

KUALA LUMPUR, 18 Oktober 2024 - Peruntukan pembangunan Sabah dan Sarawak terus diberi keutamaan dan adalah yang tertinggi antara negeri iaitu masing-masing RM6.7 bilion dan RM5.9 bilion di dalam Belanjawan 2025. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof. Kredit Foto FB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof Menurut Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof Pemberian Khas Sarawak tidak pernah dikaji sejak 1969. "Di bawah MADANI, tahun ini kita telah menaikkan kadar kepada RM300 juta ketimbang RM16 juta (Sarawak) dan RM125.6 juta (Sabah). Mulai 2025, Kerajaan bercadang menaikkan kadar Pemberian Khas Sarawak dan Sabah sekali ganda lagi kepada RM600 juta." kata Fadillah. Katanya lagi, sebanyak 17 pakej kerja Pan Borneo Sabah Fasa 1B telah dikeluarkan SST dengan nilai kontrak RM9.7 bilion. "Ini meliputi jajaran Kota Belud ke Kudat; Tawau ke Kampung Lot M dan Telupid ke […]

trending_flat

Belanjawan 2025 fokus pembangunan sektor tenaga dan air – Fadillah

KUALA LUMPUR, 18 Oktober 2024 - Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menyambut baik Belanjawan 2025 yang turut mengangkat martabat rakyat menerusi lonjakan reformasi ekonomi dari sudut kemampanan sumber tenaga dan air. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA, Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof. Kredit Foto FB rasmi Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof Menurut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA, Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof berkata Belanjawan 2025 memfokuskan kepada pembangunan sektor tenaga dan air, dengan jumlah peruntukan secara keseluruhan sebanyak RM4.95 bilion. Ia meliputi perbelanjaan mengurus sebanyak RM362.67 juta dan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM4.59 bilion. "Dengan situasi semasa perubahan iklim yang semakin ketara hingga mengakibatkan cuaca ekstrem dan mendorong kepada kejadian banjir, PETRA terus komited untuk melaksanakan projek Tebatan Banjirsebagaimana diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2025. Setakat ini, Kerajaan telah berjaya menyiapkan lapan (8) projek Rancangan Tebatan […]

trending_flat

PDRM akan pastikan insentif Belanjawan 2025 dimanfaatkan sepenuhnya dengan beramanah dan urus tadbir kewangan terbaik – KPN

KUALA LUMPUR, 18 Oktober 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik insentif Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri pada hari ini. Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, PDRM sangat menyambut baik dan menghargai usaha kerajaan dalam menyalurkan peruntukan-peruntukan berikut yang bakal dinikmati secara langsung oleh seluruh warga PDRM seperti berikut : Lebih RM2.12 bilion peruntukan aset khusus untuk PDRM dan agensi beruniform di bawah KDN demi menjamin keselamatan dalam negeri melalui usaha bersepadu. Beberapa pejabat polis baharu akan dibina dengan kos RM2.1 bilion antaranya melibatkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan balai polis Tanjung Minyak, Melaka. RM5 juta disediakan bagi membekalkan air bersih secara hibrid menggunakan air hujan dan air bawah tanah susulan kekangan bekalan air di kawasan Esszone, Sabah. Lebih RM1.8 bilion […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation