Shopee Mengukuhkan Keyakinan Pembeli dengan Program Jaminan Tepat Waktu
KUALA LUMPUR, 22 April 2024 - Kajian pasaran ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan Pembeli-belah Generasi Z di Era Digital’ hasil kolaborasi Shopee dan Kantar mendapati 70% rakyat Malaysia Gen Z akan membeli dalam talian jika mereka yakin adanya pengalaman penghantaran yang lancar. Responden yang ditinjau mengutamakan penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum dan boleh dihantar keesokan harinya setiap kali mereka ‘check out’. Dua pertiga Gen Z yang ditinjau mengatakan keyakinan terhadap Shopee adalah kerana praktis pemenuhan pesanan. Mereka sering mengambil maklum tentang pilihan penghantaran fleksibel platform, jaminan tepat waktu testimoni pelanggan tentang penghantaran produk yang diterima dalam keadaan yang baik, dan menggunakan jejak pesanan secara langsung secara konsisten untuk ketenangan minda. Kajian ini juga mendapati 70% Gen Z lebih berkemungkinan untuk beralih dari platform media sosial ke web e-dagang seperti Shopee untuk melengkapkan pembelian. Memahami sifat pembelian yang sering berubah ini, Shopee […]