Hajar ingin bawa masyarakat cakna dengan isu semasa yang beri kesan kepada generasi akan datang
Berbeza dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai, malah turut berpeluang mengetuai, beberapa program yang dianjurkan di sekolah dan universiti. “Memang ramai yang menganggap saya seorang yang pendiam dan ‘introvert’. Namun saya sebenarnya lebih gemar bersuara apabila perlu, terutamanya apabila menyuarakan pendapat yang mampu memberikan impak kepada pemegang taruh di sekeliling, baik warga kampus mahu pun orang awam,” kata anak kelahiran Putrajaya ini memulakan perbualan. Siti Hajar Badzlin Ghazali, mahasiswa tahun akhir jurusan sains bioperubatan di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya ini bukan sahaja aktif di kampus, malah turut mengambil peluang untuk memberi khidmat kepada masyarakat setempat dengan menjadi Ahli Parlimen Belia mewakili kawasan Putrajaya. “Pada mulanya tidak pernah pun terlintas di fikiran saya untuk menawarkan diri untuk menjadi ahli parlimen belia, namun setelah melihat potensi untuk menyumbang kepada komuniti menerusi platform ini, […]