trending_flat

Fadillah kongsi komitmen Malaysia terhadap Pelan Tindakan ASEAN untuk Kerjasama Tenaga (APAEC)

JAKARTA, 5 September 2024 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datoโ€™ Sri Haji Fadillah Haji Yusofย telah menyampaikan Ucaptama di Forum Kelestarian Antarabangsa Indonesia (ISF) 2024 yang pembukaannya telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Bapak Joko Widodo, Presiden Republik Indonesia. ๐—ž๐—ฟ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐˜ ๐—™๐—ผ๐˜๐—ผ : ๐—•๐—ถ๐—ฟ๐—ผ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€, ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ, ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ป๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ฟ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป Dalam ucaptama tersebut, beliau menekankan keperluan kerjasama serantau dalam menangani perubahan iklim โ€” isu yang melangkaui sempadan dan memberi kesan kepada semua aspek ekonomi dan masyarakat. "Saya berkongsi komitmen Malaysia terhadap Pelan Tindakan ASEAN untuk Kerjasama Tenaga (APAEC), rangka kerja yang meningkatkan keselamatan, kebolehcapaian dan kemampanan tenaga. Inisiatif seperti Grid Kuasa ASEAN dan Saluran Paip Gas Trans-ASEAN memainkan peranan penting dalam memacu integrasi dan daya tahan tenaga serantau sambil mempercepatkan penggunaan tenaga boleh baharu. Malaysia komited kepada sasaran 70% tenaga boleh baharu menerusi campuran penjanaan […]

trending_flat

KSN mahu dasar, peraturan dan SOP lapuk diteliti semula

PUTRAJAYA, 5 September 2024 - Ketua Setiausaha Negara (KSN), ย Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar mengingatkan semua KSU, SUK dan Ketua Jabatan supaya meneliti semula dasar, peraturan dan SOP di kementerian, kerajaan negeri dan jabatan masing-masing yang telah lama dan lapuk. Kredit Foto : FB rasmi Ketua Setiausaha Negara (KSN), ย Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar "Pada pagi ini saya telah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola Nasional bilangan 2/ 2024 yang dihadiri oleh Datoโ€™ Sri KPPA, Datuk Peguam Negara, Tan Sri KP SPRM, sebahagian besar KSU dan wakil-wakil dari Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri. Saya memberi perhatian serius berhubung isu tatakelola, salah guna kuasa termasuk kes-kes tatatertib yang melibatkan rasuah dan pecah amanah." kata Shamzul Azri menerusi satu hantaran di halaman Facebook rasmi beliau. Jelasnya, dasar, peraturan dan SOP yang telah lapuk berpotensi untuk membuka ruang dan peluang kepada salah […]

trending_flat

RMK13 : Kementerian Ekonomi akan melancarkan jelajah โ€˜Madani Mendengarโ€™

PUTRAJAYA, 5 September 2024 - Kerajaan menganjurkan Persidangan Permulaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), yang merupakan kesinambungan kepada perancangan RMK-12 pada hari ini. Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan hari ini, ekonomi Malaysia telah berkembang dengan ketara daripada pergantungan kepada getah dan bijih timah semasa pasca kemerdekaan, namun transformasi lanjut diperlukan untuk mengekalkan kelebihan daya saing dandaya tahan dalam dunia yang semakin mencabar. "Kerajaan komited untuk melaksanakan reformasi radikal, berani dan transformatif yang akan memperkukuh asas ekonomi negara, memastikan Malaysia berada dalam kedudukan yang baik untuk memanfaatkan potensi besar rantau ASEAN. Dengan ASEAN dijangka menjadi pasaran pengguna keempat terbesar di dunia dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, adalah penting bagi kita untuk merebut peluang ini bagi mempertingkat dayasaing, memacu pertumbuhan mampan, dan menjamin masa depan yang makmur untuk semua rakyat Malaysia." katanya. RMK13 akan menjadi dokumen […]

trending_flat

Penyelidikan asas atau gunaan?

Oleh: Dr. Muhammad Faisal Khyasudeen Persoalan mengenai keutamaan di antara penyelidikan asas (fundamental research) dan penyelidikan gunaan (applied research) adalah isu yang sering dibangkitkan oleh orang awam, terutamanya apabila melibatkan penggunaan dana awam yang besar di universiti-universiti. Ramai yang bertanya, adakah berbaloi bagi kerajaan untuk melaburkan begitu banyak wang dalam penyelidikan universiti jika hasilnya sukar untuk dilihat secara langsung oleh masyarakat? Apakah manfaat sebenar dari pelaburan ini, dan bagaimana ia memberi pulangan kepada negara? Penyelidikan asas dan gunaan masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri dalam meainkan peranan memajukan negara (National Cancer Institute - Unsplash) Persepsi Orang Awam Terhadap Penyelidikan di Universiti Tidak dapat dinafikan, terdapat pandangan umum yang skeptis terhadap penyelidikan di universiti. Ramai yang menganggap bahawa penyelidikan di universiti lebih kepada memenuhi keperluan akademik dan kenaikan pangkat, berbanding menghasilkan sesuatu yang benar-benar bermanfaat untuk masyarakat. Pandangan ini berasas daripada persepsi bahawa […]

trending_flat

Inisiatif Baitul Mahabbah : Saifuddin alu-alukan penglibatan NGO

KELANTAN, 4 September 2024 - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail telah hadir melancarkan fasiliti Baitul Mahabbah Tanah Merah Kelantan semalam. Menurut Saifuddin, fasiliti tersebut telah mula beroperasi sejak 15 Julai 2024. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail. merasmikan pelancaran fasiliti Baitul Mahabbah Tanah Merah Kelantan semalam. Kredit Foto Pejabat Menteri Dalam Negeri "Inisiatif Baitul Mahabbah ini diperkenalkan oleh Kerajaan Madani sebagai pusat penempatan sementara bagi menampung kanak-kanak warga asing berumur kurang 10 tahun yang ditahan bersama penjaga sehingga proses dokumentasi mereka selesai. Baitul Mahabbah ini bukan sekadar penempatan sahaja, bahkan anak-anak yang berada di sini diberi pembelajaran asas serta pelbagai aktiviti seperti membaca, melukis dan juga menyanyi." katanya. Saifuddin berharap agar inisiatif tersebut akan terus dapat menjaga kebajikan asas anak-anak ini sehingga proses dokumentasi mereka selesai. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution […]

trending_flat

Pengiktirafan 100 Koperasi Terbaik diharap dapat Motivasikan Gerakan Koperasi Negara

MELAKA, 5 September 2024 - Pengiktirafan 100 Koperasi Terbaik diharap dapat memotivasikan gerakan koperasi di seluruh negara dalam usaha kerajaan menjadikan gerakan koperasi sebagai ejen membasmi kemiskinan. Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia Tahun 2024 dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick pada Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi di Melaka, semalam. Ab Rauf dan Ewon menyempurnakan gimik perasmian MAGK'24 Pada majlis itu lima koperasi dalam Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2024 masing-masing menerima anugerah. Penerimanya ialah Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad, Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad, Koperasi Kakitangan Petronas Berhad, Koperasi Tenaga Nasional Berhad dan Koperasi Ladang Berhad. Turut dilancarkan Buku Profil 100 Koperasi Terbaik di Malaysia 2024 Selain itu turut disampaikan lima Anugerah Koperasi premier 2024 iaitu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad, […]

trending_flat

Fadillah tiba di Jakarta

JAKARTA, 4 September 2024 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datoโ€™ Sri Haji Fadillah Haji Yusofย telah selamat tiba di Jakarta. Beliau mengetuai delegasi Malaysia ke Jakarta dalam sesi lawatan kerja rasmi beliau mulai hari ini hingga 6 September 2024. Beliau hadir dan menyampaikan ucaptama di Indonesia International Sustainability Forum 2024 (ISF 2024) di Jakarta, Indonesia pada 5 โ€“ 6 September 2024 atas jemputan Kerajaan Indonesia. Kredit : FB Datoโ€™ Sri Haji Fadillah Haji Yusofย  "Selaku Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), saya akan menyampaikan ucaptama di ISF 2024 bagi menzahirkan pendirian Malaysia dalam menunjukkan komitmen aktif dalam agenda kemampanan dan kelestarian dalam mitigasi iklim melalui perluasan penggunaan tenaga boleh baharu di peringkat nasional dan serantau. Ini termasuk dalam aspek coal phasing-out yang penting untuk diketengahkan di forum antarabangsa seperti ISF 2024. Ia juga […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

โœ–

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

โœ–

Stop following

Unfollow Cancel

โœ–

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation

โœ–