Kerajaan tetap pandang serius akan prestasi nilai ringgit
KUALA LUMPUR, 29 Februari 2024 - Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memaklumkan bahawa Kerajaan tetap memandang serius akan prestasi nilai ringgit. Katanya, pergerakan ringgit dipengaruhi pelbagai faktor dan kejatuhan nilai ringgit yang dialami dalam tempoh terdekat ini sebahagian besarnya didorong oleh pengukuhan dalam dolar Amerika Syarikat (AS) dan ketidaktentuan pertumbuhan ekonomi China. Katanya, faktor itu turut memberi kesan kepada mata wang serantau lain. Menurut beliau lagi, setakat 28 Februari 2024, nilai ringgit telah menyusut -3.5% berbanding dolar AS, sejajar dengan mata wang serantau seperti yen Jepun (-6.3%), baht Thailand (-4.7%) dan won Korea (-3.3%). "Sejak Mac 2022, bank pusat Amerika Syarikat telah menaikkan kadar faedah dengan mendadak dan agresif. Kadar dasar utama Amerika Syarikat yang mulanya berada dalam julat 0-0.25% pada Mac 2022 telah pun dinaikkan sebanyak 525 mata asas kepada julat 5.25-5.50% dalam tempoh 16 […]