Jabatan Imigresen Malaysia tumpaskan sindiket warga Bangladesh
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen dalam satu Operasi Khas yang dijalankan pada 14 Februari 2024. Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Imigresen, Dato’ Ruslin Jusoh berkata operasi bermula pada jam 2.00 petang melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dan Pasukan Taktikal Khas (PASTAK). "Pasukan operasi telah diatur gerak untuk menyerbu sebuah premis di sekitar Petaling Jaya, Selangor dan sebuah premis di Jalan Alor, Kuala Lumpur. Berdasarkan aduan dan risikan yang dijalankan selama dua minggu, pasukan operasi telah berjaya mengesan dan menahan seorang lelaki warganegara India dan seorang lelaki warganegara Bangladesh berusia antara 28 hingga 31 tahun yang disyaki sebagai ‘dalang utama’ sindiket berkenaan. Kesemua yang ditahan tidak memiliki Pas yang sah untuk berada di negara ini." kata Ruslin. Tambah beliau, turut ditahan semasa pemeriksaan […]