trending_flat

Memperkukuhkan hubungan antara ASEAN, Taiwan dan Korea Selatan

Oleh Dr Nurliana Kamaruddin (Gambar ibu pejabat ASEAN di Jakarta, Wikimedia Commons) Tidak dapat dinafikan bahawa dalam dekad kebelakangan ini rantau Asia Tenggara semakin menjadi tumpuan kuasa-kuasa besar untuk membina kerjasama ekonomi, keselamatan dan politik. Ini bukan sahaja kerana kedudukan geografi rantau ini tetapi pembangunan ekonomi dan infrastuktur yang pesat juga membuka banyak peluang pelaburan dan pasaran baru. Bagi anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), dominasi China dan Jepun sebagai kuasa ekonomi kedua dan ketiga terbesar dunia tidak dapat dinafikan. Kedua-dua negara ini juga mempunyai hubungan mendalam serta memainkan peranan yang besar dalam sejarah pembangunan negara-negara Asia Tenggara. Namun demikian, negara-negara ASEAN juga perlu mengambil kesempatan untuk terus memperkukuhkan hubungan dengan ekonomi-ekonomi dan kuasa pertengahan lain di Asia Timur seperti Taiwan dan Korea Selatan. Taiwan dan Korea Selatan telah mengambil langkah proaktif dengan mengetengahkan hubungan diplomatik dengan negara-negara ASEAN sejak […]

trending_flat

Surat Senarai Status Halal beberapa jenama Restoran Terkenal JAKIM Sah

Oleh : JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Tular di media sosial satu surat dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang memaklumkan bahawa beberapa restoran popular tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) iaitu Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi, Ayam Penyet Best dan Bungkus Kaw Kaw. Akibat daripada tularnya surat ini hanya dalam bentuk imej tanpa maklumat terperinci tentang sumber atau penerangan yang jelas, timbul pelbagai persoalan daripada pengguna media sosial tentang kesahihan surat berkenaan dan status halal premis makanan yang disebut. Restoran-restoran terlibat juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara sama. STATUS: BENARPENJELASAN: Surat yang tersebar adalah sahih. Ia dijana melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) apabila diajukan soalan tentang status halal premis yang dinyatakan.

trending_flat

Tiada bantuan berbentuk wang tunai oleh JPN

PUTRAJAYA, 26 September 2024 - Susulan daripada hantaran di TikTok yang tular baru-baru ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan bahawa tiada sebarang bentuk bantuan wang tunai yang dibuat oleh Jabatan tersebut. Menurut JPN di dalam satu kenyataan, hantaran-hantaran yang dibuat oleh pemilik akaun di platform tiktok itu adalah palsu. Tambahnya, sebarang maklumat berhubung bantuan kewangan oleh Kerajaan, ianya boleh disemakdi portal rasmi STR (bantuantunai.hasil.gov.my). "Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan hantaran sebegini. Jangan sesekali menekan pautan yang tidak pasti. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan JPN, orang ramai boleh menghubungi talian 03-8880 7077 atau emel ke pro@jpn.gov.my." kata JPN. Baru-baru ini tular di TikTok daripada akaun @malaysia.madani.2024 yang menyebarkan maklumat palsu mengenai 'Bantuan MyKad RM700 Fasa 3 september 2024'. Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 401,800 tontonan.

trending_flat

Tiada ‘Gua Kosong Dan Besar’ di bawah Bandaraya Kuala Lumpur

Oleh JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Susulan peristiwa kehilangan seorang warga India akibat kejadian tanah jerlus yang berlaku di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, timbul pelbagai spekulasi. Antara yang terkenal adalah artikel yang didakwa hasil tulisan ‘Dr. Sarah Jamal’ yang kononnya seorang ahli geologi di Jabatan Geologi Universiti Malaya. Artikel itu mendakwa bahawa Kuala Lumpur seolah-olah sebuah bandar yang dibina di atas ‘atap’ sebuah gua raksasa yang besar dan kosong. Oleh itu, JomCheck telah menerima pertanyaan dari orang ramai tentang kesahihan perkara ini. Hasil penelitian JomCheck mendapati bahawa Jabatan Geologi Universiti Malaya telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini yang turut dilaporkan rakan JomCheck, Astro Awani: STATUS: TIDAK BENAR PENJELASAN: Ketua, Jabatan Geologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Meor Hakif Amir Hassan mengesahkan berlakunya penyamaran identiti penulis artikel serta menafikan fakta yang […]

trending_flat

EWON TERIMA KUNJUNGAN MENTERI KOPERASI, USAHA KECIL DAN MENENGAH INDONESIA

PUTRAJAYA, 24 September 2024 – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menerima kunjungan hormat daripada rakan sejawat beliau dari Indonesia, Menteri Koperasi dan Usaha Kecil dan Menengah Tenten Masduki di sini, hari ini. Kredit Foto : UKK KUSKOP Pertemuan tersebut merupakan susulan pertemuan kedua-dua menteri di Jakarta pada tahun lalu. Kedua-dua menteri membincangkan kerjasama dua hala dalam pembangunan koperasi dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana. Ewon percaya pertemuan tersebut dapat mengukuhkan lagi hubungan kerjasama dan persahabatan yang sudah sedia lama terjalin di antara Malaysia dan Indonesia. Ewon turut menghargai sokongan Indonesia terhadap usaha Malaysia bagi penubuhan ASEAN MSMEs Centre of Excellence for Green Transition (Green CoE) sepertimana dipersetujui semasa mesyuarat ASEAN Coordinating Committee on Micro, Small and Medium Enterprises (ACCMSME) ke-17 yang lepas.

trending_flat

SAMBUTAN HARI SUNGAI SEDUNIA 2024: “SUNGAI DAN ALUR DALAM KOMUNITI KITA”

Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia dengan panjang melebihi 6,650 kilometer merupakan pusat tamadun Mesir selama ribuan tahun. Sungai Amazon, sungai kedua terpanjang di dunia mengandungi biodiversiti yang kaya, hutan hujan terbesar di dunia dan membekalkan sebahagian besar oksigen bumi. Sungai Yangtze, sungai terpanjang di benua Asia memainkan peranan yang besar kepada ekonomi pertanian dan tenaga hidroelektrik China. Sungai Ganges di India bukan sahaja sumber air utama tetapi dianggap suci dan spiritual bagi jutaan manusia yang datang dari segenap pelosok dunia. Malaysia juga boleh berbangga dengan anugerah sungai yang ada seperti Sungai Rajang yang kaya dengan biodiversiti yang menyokong kehidupan pelbagai spesies ikan dan hidupan liar, dikelilingi oleh hutan hujan tropika yang kaya dengan biodiversiti dan menjadi nadi kehidupan yang berada di sepanjang laluannya. Namun daripada 189 lembangan sungai utama di Malaysia, hanya sekumpulan kecil sahaja yang masih dikekalkan kemurnian dan kesuciannya. Terlalu banyak […]

trending_flat

Tiada Arahan Spesifik Menjerang Air Tapisan Mesin Penapis Air Oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS)

Oleh : JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) JomCheck menerima satu pertanyaan menerusi ‘direct message’ di aplikasi TikTok tentang mesej tular yang memberi peringatan kepada orang ramai untuk kekal berwaspada dengan penyakit Gastroenteritis Akut (AGE) atau cirit-birit berikutan kes tersebut yang berlaku di Sabah. Antara perkara yang ditekankan di dalam mesej tersebut adalah peringatan untuk menjerang air walaupun ia telah ditapis mesin penapis air bagi memastikan air berkenaan lebih selamat untuk diminum sekaligus dapat mengelakkan penyakit AGE. Hasil semakan JomCheck mendapati bahawa hantaran berkenaan telah menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Nasihat dari Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah dicampur aduk dengan nasihat menjerang air tapisan mesin penapis air. Sumber: Harian Metro

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation