Kesantunan berbahasa cermin keperibadian diri di media sosial
Oleh: Dr. Norfaizal Jamain Dalam era digital, media sosial telah menjadi medium penting untuk menunjukkan ekspresi diri, komunikasi, dan pembinaan identiti. Bahasa yang digunakan semasa berinteraksi dalam talian memainkan peranan dalam menyampaikan pemikiran, emosi, dan keperibadian. Fenomena ini amat jelas kepada pengguna semasa memilih perkataan, frasa, dan nada untuk menunjukkan kesantunan berbahasa di alam maya. Dr. Norfaizal Jamain Kesantunan berbahasa yang ditunjukkan adalah melalui pemilihan kata-kata untuk memanifestasikan imej atau pesona tertentu. Pengguna sering berkomunikasi dalam talian sejajar dengan imej diri yang mereka inginkan, sama ada lucu, intelektual, empati, atau berwibawa. Pilihan kosa kata dan gaya komunikasi menjadi alat bagi pengguna untuk menyusun dan menyampaikan ekspresi kepada khalayak yang lebih luas. Kesantunan bertindak sebagai peraturan sosial yang melicinkan interaksi dan meminimumkan konflik. Dengan menggunakan bahasa yang sopan, pengguna menunjukkan bahawa mereka menghargai dan menghormati perasaan dan pendapat orang lain di […]