trending_flat

CRESS sediakan opsyen lebih luas kepada pengguna korporat, penuhi komitmen ESG

PUTRAJAYA, 20 September 2024 - Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengumumkan pelaksanaan inisiatif grid terbuka menerusi pengenalan Skim Pembekalan Tenaga BolehBaharu Korporat atau Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS) pada 26 Julai 2024. Dalam satu kenyataan media hari ini, PETRA berkata bahawa pelaksanaan Program CRESS tersebut akan menyediakan opsyen pembekalan elektrik hijau yang lebih luas kepada pengguna korporat bagi membolehkan syarikat korporat memenuhi komitmen environmental, social and governance (ESG) dalam aspek penggunaan bekalan elektrik hijau melalui konsep akses pihak ketiga. "Suruhanjaya Tenaga akan mengeluarkan garis panduan khusus sebagai panduan regulatori kepada pihak industri dan berkepentingan yang berhasrat menyertai program CRESS. Garis Panduan Corporate Renewable Energy Supply Scheme ini akan berkuatkuasa mulai 20 September 2024 dan mana-mana pihak yang berminat boleh memuat turun dokumen ini melalui laman sesawang Suruhanjaya Tenaga di www.st.gov.my . PETRA yakin pelaksanaan program CRESS […]

trending_flat

Gunakan tanda aras multidimensi ukur kemiskinan asnaf

Oleh: Dr. Muhammad Nooraiman Zailani Pemberian bantuan yang betul memerlukan pengukuran kemiskinan yang lebih holistik menggunakan pendekatan multidimensi (Ander Burdain - Unsplash) Isu kemiskinan amat sukar untuk dihapuskan dan merupakan ancaman besar kepada masyarakat, terutamanya di negara membangun. Definisi dan alat pengukuran kemiskinan boleh mempengaruhi reka bentuk dasar serta program anti-kemiskinan yang dilaksanakan oleh kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan. Ahli-ahli ekonomi bersependapat bahawa aspek kemiskinan tidak boleh dilihat hanya menerusi satu dimensi seperti kewangan semata-mata, kerana pergantungan terhadap pendekatan kewangan dalam pengukuran kemiskinan tidak mampu menggambarkan sepenuhnya sifat kemiskinan yang bersifat multidimensi. Kemiskinan bukan sahaja melibatkan kekurangan pendapatan, tetapi juga ketidakupayaan untuk mengakses perkhidmatan asas seperti pendidikan, kesihatan, dan infrastruktur yang mencukupi. Oleh itu, pendekatan yang lebih menyeluruh diperlukan untuk memahami kemiskinan dalam konteks yang lebih luas. Seiring dengan usaha untuk menganalisis kemiskinan dari perspektif multidimensi, Indeks Kemiskinan Multidimensi (IKM) […]

trending_flat

GAMIFIKASI DALAM PEMBELAJARAN

Oleh: Sharina Mohd Salleh, Pensyarah dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Pada era globalisasi ini, gadget merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian. Gadget seperti telefon pintar, komputer tablet, dan komputer riba telah mengubah cara kita berkomunikasi, bekerja, dan mendapatkan maklumat. Bukan sahaja dewasa, malah kanak-kanak juga sudah mempunyai gadjet milik mereka sendiri sejak dari bangku sekolah. Imej anak-anak bermain dengan gadjet sewaktu makan seringkali dilihat di kedai makan mahupun di rumah. Penggunaan gadjet dengan betul mampu memberikan pelbagai manfaat kepada seseorang individu. Salah satu manfaat terbesar gadget adalah memberikan akses informasi tanpa batas dengan cepat dan mudah hanya dengan menekan butang "Cari". Sewaktu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dijalankan, gadget merupakan watak utama yang memainkan peranan menjadi pengantara bagi meneruskan sesi pembelajaran bersama pengajar. Gadget juga memberi pendekatan pembelajaran yang lebih interaktif dan kreatif. Terdapat pelbagai aplikasi dan platform pembelajaran […]

trending_flat

Perpaduan melalui Seni Budaya perkukuhkan perpaduan masyarakat berbilang kaum

PUTRAJAYA, 18 September 2024 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) akan menganjurkan Festival Budaya Putrajaya 2024 yang bertemakan “Perpaduan melalui Seni Budaya” selama tiga (3) hari bermula 20 hingga 22 September 2024 bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. Menurut MOTAC, program itu akan menampilkan pelbagai aktiviti seni, budaya, warisan serta pelancongan dan ia terbuka kepada orang awam. "Matlamat utama penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum, sambil mengetengahkan seni dan warisan Malaysia kepada pelancong tempatan dan antarabangsa. Program ini dijangka dapat meningkatkan kesedaran umum tentang pentingnya memelihara dan mempromosikan warisan budaya Malaysia yang kaya dan unik." kata MOTAC. Program yang menjadi tumpuan orang ramai setiap tahun tersebut diteruskan atas saranan YAB Perdana Menteri untuk menjadikannya sebuah program tahunan/ signature program kerana berpotensi untuk menarik kemasukan pelancong asing. […]

trending_flat

Usah dipenjarakan jiwa dan mindamu merdeka ini

Oleh: Rusli Abdul Roni Merdekakan jiwamu dengan membebaskan hati dan minda dari belenggu dan penjajahan dari anasir luar yang melemahkan (Putra Mahirudin - Unsplash) Setiap kali bulan Ogos dan September tiba, kita sebagai rakyat Malaysia pastinya terkenang kembali sejarah panjang perjuangan negara untuk mencapai kemerdekaan. Hari Kebangsaan disambut dengan pelbagai aktiviti patriotik yang penuh semangat—dari kibaran Jalur Gemilang di setiap penjuru negara hingga perarakan megah yang dihadiri oleh pemimpin negara, rakyat jelata, bahkan tetamu antarabangsa. Namun, hakikat kemerdekaan itu tentunya lebih mendalam daripada sekadar acara perayaan tahunan. Persoalan utama yang perlu kita renungi ialah, sejauh mana kita benar-benar merdeka dalam erti kata sebenar? Adakah kita hanya merdeka secara fizikal, politik, ekonomi, sosial, dan budaya, atau masih ada ruang di mana jiwa dan minda kita terbelenggu? Sejak Almarhum Tunku Abdul Rahman mengumumkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957, rakyat telah disatukan oleh […]

trending_flat

[Video] Ewon hadir di Pavilion KUSKOP

Menteri KUSKOP, Datuk Ewon Benedick di Pavilion KUSKOP sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Edisi ke-20 hari ini. https://youtube.com/shorts/hpSKbEWz76s?feature=share Beliau turut berkesempatan merasmikan pelancaran produk Rendang Daging Nekna.

trending_flat

Sambutan Maulid Nabi bukti kecintaan, kesyukuran dan kegembiraan

Oleh: Dr. Mahyudin Daud, Dr. Nor Hazrul Mohd. Salleh Pensyariatan sambutan Maulid Nabi SAW itu jelas daripada al-Quran, sunnah dan pandangan ulama (Nahrizul Adib Kadri - Unsplash) Perayaan Maulid Nabi adalah bukti cinta kita kepada junjungan Nabi Muhammad SAW sekaligus memuliakan Baginda dan bergembira dengan kurnian Allah SWT yang paling besar. Sambutan tersebut juga adalah satu cara menzahirkan syukur kepada Allah Yang Maha Esa atas nikmat kelahiran Nabi SAW sebagaimana firman Allah SWT: “Katakanlah wahai Muhammad SAW (kepada umatmu) dengan limpah kurnia Allah dan dengan rahmatNya maka dengan demikian bergembiralah oleh kaum muslimin.” Bagi pencinta Rasulullah SAW, sambutan tersebut adalah wajar secara logik dan disyariatkan berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Umat Islam sejak berkurun lamanya telah mengadakan sambutan tersebut dan para ulama telah bersepakat di atas hukum istihsannya bahkan tidak ada seorang ulama muktabar pun yang mengingkarinya. Merayakan Maulid Nabi hakikatnya […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation