trending_flat

KPWKM jelaskan isu video tular libatkan OKU

Berhubung dengan video tular iaitu seorang warga emas OKU telah ditamatkan bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menjelaskan bahawa penama telah menerima bantuan EPOKU iaitu satu insentif kerajaan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, mampu hidup berdikari dan seterusnya menjadi ahli masyarakat yang produktif. Menurut KPWKM dalam satu kenyataan yang diedarkan pada hari ini, insentif tersebut diberikan kepada golongan OKU yang bekerja dengan pendapatan RM1500 dan ke bawah. Namun apabila pendapatan telah meningkat atau penerima tidak lagi bekerja, maka kelayakan ini akan terbatal. "Penerima telah menerima EPOKU berjumlah RM450.00 bermula pada bulan September tahun 2020 hingga bulan Ogos 2023. JKM telah melakukan penelitian semula pada September 2023 dan mendapati penama tidak lagi bekerja. Sehubungan dengan itu, EPOKU penama telah ditamatkan JKM, mengambil kira penama menerima Bantuan Sara Hidup Tentera, bantuan bakul makanan MAWIP […]

trending_flat

Luluskan Segera RUU Kawalan Produk Merokok 2023

Kumpulan Penyelidik Ketagihan Nikotin (NARCC) di Universiti Malaya (UM) memandang serius kecemasan yang melanda negara ini berhubung penggunaan vape dan rokok elektronik di kalangan remaja dan kanak-kanak. Kami tidak boleh lagi berdiam diri melihat peningkatan drastik dalam penggunaan vape oleh generasi muda yang digembar-gemburkan sebagai sumber pendapatan baru dan cara berhenti merokok. Profesor Madya Dr. Amer Siddiq Amer Nordin, ketua koordinator NARCC dan pakar perunding kanan psikiatri UM, menegaskan bahawa tidak ada bukti kukuh menyokong vape sebagai terapi berhenti merokok sementara banyak lagi cara berhenti merokok yang bertauliah masih belum dimaksimakan. Hasil daripada kajian kohort di Pusat Perubatan Universiti Malaya mengenai “Incidence of E-Cigarette or Vaping Product Use Associated Lung Injury (EVALI) among the Severe Acute Respiratory Infections (SARI) Patients” pada tahun 2021, yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Wong Chee Kuan, Dr Farizah Mohd Hairi, Dr Noraryana Hassan, Dr […]

trending_flat

Task Force Khas OP BPT: Sitaan 180MT Kilang Disyaki Sorok Beras Putih Tempatan (BPT)

ALOR STAR, 10 OKTOBER 2023 – Task Force Khas Bersepadu Operasi Beras Putih Tempatan (OP BPT) yang diketuai oleh Timbalan Menteri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Chan Foong Hin, bersama Kawalselia Padi dan Beras (KPB), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS) telah berjaya membongkar dengan menyita sebuah kilang disyaki menyorok beras putih tempatan dalam gudang simpanan yang tidak dinyatakan dalamlesen. Sitaan yang dilakukan semalam, hasil pemeriksaan lanjut oleh pasukan Task Force khas OP BPT telah mendapati bahawa beras bergred Super Spesial Tempatan 5% (SST5) atau beras putih tempatan (BPT) di dalam kampit jumboberjumlah 180 tan metrik disorok di gudang yang tidak dinyatakan dalam lesen. Mengesyaki kilang tersebut telah melakukan kesalahan menyimpan stok beras tanpa lesen, pasukan Task Force Khas bertindak menyita BPT yang berada di […]

trending_flat

6 Tips sebelum lakukan Aktiviti di laut pada Musim Tengkujuh

PUTRAJAYA, 10 Oktober - Masyarakat terutamanya komuniti maritim di sarankan menjaga keselamatan ketika berada atau melakukan aktiviti di laut terutamanya pada musim tengkujuh. Persediaan rapi adalah perlu bagi menghindarkan diri daripada terlibat dengan sebarang kemungkinan terutamanya insiden kecemasan di laut seperti lemas kecederaan atau hilang di laut. Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Pertama Maritim Hamizan bin Harun berkata, berdasarkan statistik bermula 2020 hingga 2022, insiden kecemasan di laut yang telah direkodkan oleh Maritim Malaysia adalah sebanyak 772 insiden dan majoriti insiden adalah melibatkan komuniti nelayan. Beliau turut berkata, Maritim Malaysia sentiasa menasihatkan kepada mereka yang ingin melakukan aktiviti di laut khususnya komuniti maritim agar memberikan perhatian serius mengenai perkara ini. Melihat perkara ini seringkali diambil mudah dan ada yang tidak mengetahui persiapan yang perlu dilakukan, Maritim Malaysia ingin memberikan beberapa tips keselamatan […]

trending_flat

KPKM akif aksanakan program pembangunan sektor agromakanan di Sarawak

KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2023 - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) terus aktif melaksanakan program pembangunan dalam sektor agromakanan bagi membantu petani, penternak serta pesawah terutamanya di kawasan pedalaman negeri Sarawak. Menurut Menterinya Datuk Seri Haji Mohamad Sabu ketika menjawab soalan lisan dari Dato Henry Sum Agong [Lawas] di Parlimen hari ini, i bawah Rolling Plan Ketiga (RP3), RMKe-12, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM21.5 juta bagi pelaksanaan pelbagai program pertanian di negeri Sarawak di mana ia melibatkan seramai lebih dari 1,000 orang petani yang menerima manfaat hasil pelaksanaan program-program tersebut. Di antara projek yang dilaksanakan adalah seperti berikut: Program Pembangunan Industri Buah-Buahan di pelbagai Daerah di Sarawak, antaranya Bau, Lundu, Samarahan, Serian, Siburan, Saratok, Sibu, Selangau, Daro, Subis, dan Lawas; Program Pembangunan Tanaman Sayuran dan Kontan di pelbagai Daerah di Sarawak, antaranya di Samarahan, Asajaya, Simunjan, Gedong, Sri Aman, […]

trending_flat

Artis BBNU Semarakkan Konsert Gegar Kembara Muzik Tradisional

KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2023 – Konsert Gegar Kembara Muzik Tradisional Malaysia anjuran Istana Budaya bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bakal menampilkan artis-artis baharu atau ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU) dengan mempersembahkan lagu-lagu terkini gubahan genre muzik orkestra tradisional antaranya seperti Kembali Terang, Casablanca dan Kalam. Artis-artis jemputan dan BBNU yang bakal menyerlahkan keunikan persembahan berbentuk muzik tradisional ini antaranya adalah Shiha Zikir, Nadeera Zaini, Putera Muhammad vokalis kumpulan MADAM dan dua orang alumni UKM yang sedang meningkat naik iaitu Hariz Fayahet dan Nurul Syafiqah. Konsert berskala mega ini diterajui oleh Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) dan turut menampilkan persembahan tarian tradisional oleh Artistana Istana Budaya serta dimeriahkan lagi dengan Artisukma UKM, Kumpulan Dikir Barat, Kumpulan Koir dan Ensemble Cak Lempung oleh mahasiswa UKM sendiri. En. Yazid Zakaria selaku Pengarah Muzik/ Konduktor OTM menyatakan “bagi mengangkat muzik tradisional ke tahap cemerlang, […]

trending_flat

Jalinan Industri-Akademia, hasilkan Graduan Relevan Industri

KUANTAN, 7 Oktober 2023 - Keterlibatan pihak industri dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) menjadikan program yang ditawarkan terus relevan seiring dengankeperluan semasa di industri. Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Mohd Zahari Ismail berkata, penglibatan pihak industri adalah sangat tinggi yang mana sehingga kini, lebih 14,000 buah industri terlibat membantu POLYCC dan 2,000 daripadanya adalah berstatus sangat aktif. “Peranan industri dapat dilihat melalui pelantikan Industry Advisory Council (IAC), pembangunan kurikulum, penubuhan Industry on Campus (IOC) dan sebagainya. Hasilnya, para pelajar POLYCC menjadi rebutan majikan”, katanya pada Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Ke-44 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.baru-baru ini. Tambah beliau lagi, ini dibuktikan dengan pencapaian kebolehpasaran graduan POLYCC untuk tempoh tiga (3) tahun berturut-turut adalah melebihi 90%. Malahan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation