Harakah, sidang pengarang dan pucuk pimpinan PAS perlu segera bertaubat – Teo Nie Ching
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching berkata beliau berasa 'kasihan' melihat bagaimana terdesaknya parti PAS yang terus menerus membina naratif palsu demi menyerang ketokohan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kata Nie Ching dalam satu kenyataan hari ini, walaupun PAS begitu bangga mendabik dada dengan ‘Gelombang Hijau’, parti ini masih begitu laparkan publisiti murahan berasaskan fitnah dan kepalsuan, seolah-olah ia tidak akan kenyang dengan politik fitnah dan adu-domba yang diamalkan. "Hanya kerana mahu menang dalam perdebatan atas talian, seolah-olah tidak ada kerja lain yang boleh dilakukan, lidah rasmi parti PAS tiba-tiba mencetuskan fitnah kononnya gambar Anwar Ibrahim mengangkat tangan kepada penyokong dengan mata yang lebam pada tahun 1998 adalah kerja suntingan. Ini tidak lain untuk mengangkat profil Datuk Seri Hj Sanusi Md Nor, yang mengajuk gaya terbabit ketika didakwa di mahkamah tempoh hari. Tindakan Harakah ini adalah sangat kebudak-budakan […]