trending_flat

Pakej 5G RAHMAH dan Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam sempena Bulan Kebangsaan

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) yang terlibat serta dua (2) syarikat pengeluar peranti iaitu Samsung Malaysia dan Honor Malaysia bakal menawarkan Pakej 5G RAHMAH dan Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam. Menurut Menteri Komunikasi dan Digital. Fahmi Fadzil pakej-pakej tersebut ditawarkan sempena Bulan Kebangsaan dan kedua-duanya merupakan pakej perkhidmatan Internet yang lebih murah berbanding pakej sedia ada di pasaran. "Pakej 5G RAHMAH ialah pakej telefon pintar 5G pelan data (device bundle) dengan harga telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G serendah RM240.00 berserta pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60.00 sebulan. Pakej ini terbuka untuk dilanggan oleh seluruh rakyat Malaysia. Bagi golongan B40, sejumlah 100,000 pelanggan terawal akan menikmati Pakej 5G RAHMAH dengan harga telefon pintar serendah RM120.00. Pakej tersebut akan berada di pasaran […]

trending_flat

Fit Malaysia kembali

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim telah merasmikan program Fit Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2023 bertempat di Padang Kota Lama, George Town semalam. Fit Malaysia merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan hasrat untuk membudaya dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup aktif, cergas dan sihat seiring dengan kerangka Malaysia MADANI. Menurut KBS, penganjuran program kali ini berkonsepkan karnival kecergasan dengan pengisian aktiviti seperti fun ride 10km & 30km, fun run 5km & 10km, fun walk 3km, senamrobik, lompat tali, pameran kecergasan dan kesihatan dan banyak lagi. "Setelah dua tahun tidak dilaksanakan berikutan penularan pandemik COVID-19, Fit Malaysia kembali dengan mengekalkan tema “Lets’s Get Fit” dengan objektif seperti meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan mengamalkan gaya hidup aktif, cergas dan sihat, membudayakan sukan dalam kalangan […]

trending_flat

Pilih yang mampu tadbir, bukan pilih yang populis

ALOR STAR, 7 Ogos - Pengerusi Barisan Nasional Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid menggesa rakyat Kedah untuk memilih pemimpin negeri yang mampu menguruskan negeri dengan efektif daripada memilih berdasarkan populariti. Mahdzir, yang juga bekas Menteri Besar Kedah, menekankan keperluan untuk menubuhkan sebuah kerajaan negeri yang mampu menguruskan pembangunan ekonomi negeri dengan baik. "Di Kedah, terdapat majoriti Melayu, tetapi terdapat juga komuniti Cina, India, dan Thai, mereka semua memerlukan ekonomi yang kukuh. "Betul atau tidak? Sebab itu tuan-tuan dan puan-puan kita kena fikir, ini (pemerintahan negeri) bukan untuk watak populis, bukan mahu popular. "kita nak jadi kerajaan, tak penting popular. Yang pentingnya boleh menguruskan negeri ini. Yang paling penting adalah bagaimana mengurus untuk rakyat dapat ekonomi yang baik. Beliau berkata demikian pada program Ceramah Pakatan Harapan-Barisan Nasional di sini semalam. Mahdzir juga menekankan bahawa kemajuan negeri juga bergantung kepada hubungan yang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation