trending_flat

Fadillah lawat Sauna Cacao, santuni pengusaha tanaman koko

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof telah hadir ke sesi santai mesra bersama pengusaha tanaman koko di Tanjung Sepat, Selangor yang merupakan salah satu pengisian Program Trek Komoditi Zon Tengah Semenanjung 2023 anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK). Menurut KPK, program santai bersama pengusaha tanaman koko tersebut diadakan di kebun Lee’s Cocoa,Tanjung Sepat, Selangor, yang dimiliki oleh seorang pengusaha koko tempatan iaitu Encik Lee Soon Cheong. Sesi dialog diadakan bersama petani, usahawan dan komuniti koko dari sekitar negeri Selangor untuk mendengar isu dan permasalahan sektor penanaman koko serta mendapatkan cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakanuntuk mempertingkat pengeluaran biji koko dan pendapatan petani. "YAB Menteri turut melawat tapak pengeringan biji koko atau ’Sauna Cacao’ serta melancarkan produk premium Lee’s Cocoa Tree to Bar. Kebun Lee’s Cocoa juga menyediakan aktiviti agro-pelancongan kepada pengunjung dalam […]

trending_flat

Harakah, sidang pengarang dan pucuk pimpinan PAS perlu segera bertaubat – Teo Nie Ching

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching berkata beliau berasa 'kasihan' melihat bagaimana terdesaknya parti PAS yang terus menerus membina naratif palsu demi menyerang ketokohan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kata Nie Ching dalam satu kenyataan hari ini, walaupun PAS begitu bangga mendabik dada dengan ‘Gelombang Hijau’, parti ini masih begitu laparkan publisiti murahan berasaskan fitnah dan kepalsuan, seolah-olah ia tidak akan kenyang dengan politik fitnah dan adu-domba yang diamalkan. "Hanya kerana mahu menang dalam perdebatan atas talian, seolah-olah tidak ada kerja lain yang boleh dilakukan, lidah rasmi parti PAS tiba-tiba mencetuskan fitnah kononnya gambar Anwar Ibrahim mengangkat tangan kepada penyokong dengan mata yang lebam pada tahun 1998 adalah kerja suntingan. Ini tidak lain untuk mengangkat profil Datuk Seri Hj Sanusi Md Nor, yang mengajuk gaya terbabit ketika didakwa di mahkamah tempoh hari. Tindakan Harakah ini adalah sangat kebudak-budakan […]

trending_flat

Penambahbaikan dan penambahan tempat berteduh Penunggang Motosikal (Motorcycle Shelter) di sepanjang Lebuh Raya Bertol di Malaysia

Hari ini, Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah hadir ke lawatan kerja di salah satu lokasi tambahan di Persimpangan Kota Damansara, Lebuhraya NKVE. Beliau diringi oleh Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Ir. Sazali Harun Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar wakil Syarikat PROLINTAS Sdn. Bhd, Ir. Rostam Sharif Tami, serta pegawai kanan Kementerian Kerja Raya (KKR), LLM, PSKLM dan Syarikat Konsesi lebuh raya. Menurut LLM dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, KKR dan LLM entiasa komited di dalam meningkatkan kualiti, kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat diberi keutamaan. Salah satu inisiatif yang telah dikenalpasti adalah membuat penambahbaikan dan penambahan tempat berteduh penunggang motosikal di lebuh raya bertol di Malaysia. "Pembinaan motorcycle shelter baharu ini telah bermula pada suku ketiga tahun 2023. Syarikat konsesi lebuh raya diminta untuk […]

trending_flat

Wujud Momentum Sokongan Kepada BN di Kedah

PADANG TERAP, 3 Ogos - Barisan Nasional (BN) kini kian mendapat momentum sokongan di Kedah dengan beberapa kawasan yang sebelum ini 'hitam' dan sukar dimasuki, berjaya ditembusi di seluruh negeri ini. Menurut Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, 'aura' keinginan rakyat negeri ini kembali kepada BN dapat dirasakan walaupun pihak lawan sering bercakap mengenai gelombang yang menyebelahi Perikatan Nasional (PN). "Di lima belas kerusi BN bertanding, momentum sokongan itu nampak meningkat, seolah-olah terdapat aura untuk orang datang balik kepada BN. "Kita tahu mereka mengharapkan gelombang seperti yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada November lalu tetapi di sebalik semua itu, kita nampak ada momentum pula kepada sebelah sini (BN). "Semua ini mungkin kerana kita kuat bekerja mendekati rakyat di bawah. Di Kedah kami menganggap diri sendiri sebagai 'underdog' kerana menentang pihak yang sebelum ini menjadi kerajaan negeri." […]

trending_flat

Kembali kepada fitrah untuk elak jadi generasi terkurung

Oleh: Dr Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Perubahan dan perkembangan teknologi telah mengubah corak kehidupan manusia. Martin Heidegger telah merenungkan tentang wujud hubungan timbal balas antara teknologi dengan manusia itu sendiri. Di sini Heidegger berpandangan bagaimana teknologi moden telah menyebabkan wujudnya perasaan terasing (alienation) dalam diri manusia sendiri akibat kebergantungan terhadap teknologi. Contohnya, media sosial mendorong kewujudan pesona diri yang ideal dan tidak mencerminkan identiti diri sebenar pengguna. Ia mewujudkan dua identiti yang kadang kala boleh berbeza sama sekali iaitu antara imej pengguna yang dipaparkan kepada umum di laman digital dan watak diri peribadi yang sebenar. Selain itu, kaedah komunikasi secara digital yang menggantikan interaksi secara bersemuka telah menyebabkan berkurangnya hubungan emosi dan pemahaman dalam berinteraksi. Ia berlaku apabila interaksi secara teks, emotikon dan mesej ringkas menggantikan perbualan secara langsung sehingga suatu yang dinyatakan secara humor boleh disalah fahami […]

trending_flat

GW Group Berhad Buat Penampilan di Pasaran Ace

KUALA LUMPUR, 1 August 2023 – KGW Group Berhad ("KGW" atau "Kumpulan"), penyedia perkhidmatan logistik yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan laut, udara dan perkhidmatan penghantaran barang serta pergudangan serta pengedaran produk dan peranti berkaitan penjagaan kesihatan, memulakan penyenaraian hari ini di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), dibuka pada RM0.23 sesaham yang mewakili premium 9.5% berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak RM0.21 sesaham. KGW disenaraikan di bawah nama stok "KGW" dengan kod stok "0282". KGW adalah penyedia perkhidmatan logistik aset ringan yang memenangi anugerah khusus dalam mengurus dan menyelaraskan pergerakan barangan dalam rantaian bekalan. KGW disokong oleh tiga anak syarikat, iaitu KGW Logistics (M) Sdn Bhd ("KGW Logistics"), Mattroy Logistics (Malaysia) Sdn Bhd ("Mattroy Logistics"), dan KGW Medica Sdn Bhd ("KGW Medica").KGW Logistics memberi tumpuan kepada kargo perkapalan ke dan dari Amerika Syarikat, yang merupakan pasaran terbesar KGW manakala Mattroy Logistics […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation