trending_flat

Kembara Sains Borneo Siri 2 berjaya dekati Komuniti bagi meningkatkan minat dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi

NABAWAN, 30 SEPTEMBER 2023 – Kembara Sains Borneo (KSB) anjuran Pusat Sains Negara (PSN) dan Akademi Sains Malaysia menerima sambutan hangat dari masyarakat Sabah dengan mencatatkan bilangan pengunjung melebihi sasaran yang telah ditetapkan. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Arthur Joseph Kurup menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Penutupan Kembara Sains Borneo 2023 Siri 2 di Pentas Terbuka Majlis Daerah Nabawan, Sabah. Berucap di Majlis Perasmian Penutup KSB Siri Dua Tahun 2023, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, seramai 19,408 komuniti telah terlibat dalam pelbagai aktiviti yang dibawakan dalam KSB di Kimanis dan Kalabakan termasuklah aktiviti-aktiviti sampingan yang telah dilaksanakan di sekolah-sekolah sekitar Parlimen Kimanis, Kalabakan dan Pensiangan sehingga 27 September 2023. Katanya lagi, di KSB Siri 2 Pensiangan yang diadakan bermula semalam, kita telah merekodkan sejumlah 3,000 pengunjung pada hari pertama menjadikan jumlah […]

trending_flat

SPT dilancarkan secara rasmi

KUALA LUMPUR, 29 September 2023 – Sejajar dengan kempen MYJalan yang antara lain dilaksanakan bagi memberi kemudahan kepada pengguna jalan raya, sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, hari ini bertempat di Plaza Tol Loke Yew, Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA). Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR), SPT merupakan inisiatif Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuh Raya ke arah memberi kemudahan kepada pengguna lebuh raya membuat bayaran tol menggunakan kad debit, kad kredit dan kad prabayar yang mempunyai logo MyDebit, Visa atauMastercard, sekaligus memberi alternatif baharu kepada kaedah pembayaran tol sedia ada menggunakan kad Touch ‘n Go, Smart Tag dan Radio Frequency Identification (RFID). "Lorong SPT telah dibuka kepada pengguna semasa Ujian Rintis Awam secara berperingkat di lebuh raya – lebuh raya terpilih […]

trending_flat

Maulidurrasul agenda penyatuan ummah MADANI

Oleh: Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Saban tahun, umat Islam tidak terlepas untuk menyambut kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad SAW apabila tibanya bulan Rabiulawal. Tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun, telah masyhur dalam kalangan hampir keseluruhan umat Islam sebagai tarikh keramat untuk diingati dan dihayati tentang kelahiran junjungan mulia tersebut. Sebagai tanda ingatan, umat Islam akan mengadakan pelbagai bentuk majlis bagi meraikan kelahiran Baginda SAW. Ada dalam bentuk ceramah, kuliah agama, aktiviti dakwah dan sebagainya lagi sebagai salah satu bentuk sambutan dan meraikan maulidurrasul tersebut. Ada pihak masjid yang mengambil peluang ini dengan menjemput penceramah tersohor, ada yang fokus kepada majlis selawat, dan ada juga yang menjalankan aktiviti gotong-royong menyediakan jamuan makanan. Semua itu dilakukan sebagai salah satu bentuk untuk menunjukkan rasa kecintaan kepada Nabi SAW, melalui semangat kerjasama antara penduduk dan masyarakat setempat. Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Walau bagaimanapun, […]

trending_flat

Gaya Rasulullah SAW mengurus kesejahteraan emosi

Oleh: Dr. Aizan Ali@Mat Zin Rasulullah SAW adalah idola umat Islam dalam kerangka hidup yang aman dan sejahtera. Sejahtera fizikal, mental serta spiritual. Hakikat kejadian Rasulullah SAW sebagai manusia sebenarnya sama dengan kita umatnya, namun berbeza kedudukan di sisi Allah SWT; di mana Rasulullah SAW adalah kekasih dan utusan Allah SWT kepada seluruh alam. Dr. Aizan Ali@Mat Zin Allah SWT telah menegaskan bahawa manusia ini dijadikan lemah (Surah al-Nisa:28), bersifat panik dan keluh kesah apabila ditimpa keburukan (Surah al-Ma’arij: ayat 19-20). Walau bagaimanapun, Allah SWT tidak membiarkan kita tertanya-tanya; bagaimana kaedah yang terbaik untuk menguruskan emosi yang panik dan keluh kesah? Justeru dalam ayat 22-23 surah yang sama, dinyatakan dengan jelas penawar yang paling mujarab iaitu solat. Orang yang istiqamah mendirikan solat dalam kehidupan sehari-hari akan terselamat daripada penyakit emosi: panik dan keluh kesah yang menggugat kesejahteraan mental dalam kehidupan […]

trending_flat

‘Festival Kota Selatan’ Himpunan Kepelbagaian Seni Budaya dan Warisan Johor, Negeri Sembilan dan Melaka

PONTIAN, JOHOR,  25 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Negeri Melaka dan Kerajaan Negeri rakan strategik Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor (PEZAPIN) telah berganding bahu menjayakan satu lagi Program Pelancongan Budaya iaitu Festival Kota Selatan (FKS 2023) yang telah diadakan pada 21-24 September 2023 bertempat di Dataran Majlis Perbandaran Pontian, Pontian, Johor.FKS 2023 yang menggabungkan seni, budaya dan warisan tiga (3) negeri zon selatan Malaysia iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan adalah landasan cerminan keutuhan seni dan budaya tradisi negeri-negeri tersebut yang akan menjadi tarikan kepada pelancong tempatan dan antarabangsa. Program ini akan memaparkan gabungan elemen seni, budaya dan warisan yang menjadi lambang indentiti negeri-negeri berkenaan dalam bentuk persembahan, pertandingan, pameran, demonstrasi, gotong royong, kenduri rakyat dan jualan produk seni.Lebih 25 pengisian dan aktiviti menarik […]

trending_flat

Ribut petir, hujan lebat dijangka melanda enam negeri

25 September 2023 - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan Amaran Ribut Petir di mana ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di beberapa negeri iaitu : Kedah (Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar) Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Bentong) Selangor (Hulu Langat) dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol). Amaran tersebut adalah sehingga 2:00 petang hari ini.

trending_flat

Intipati Kenyataan Negara di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-78.

Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah berkongsikan intipati Kenyataan Negara yang disampaikan oleh beliau sewaktu Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-78. 1. Islamofobia 2. Laporan SDG 2023 3. Konflik Rusia-Ukraine 4. Isu Palestin 5. Myanmar dan ASEAN 6. Afghanistan 7. Perubahan Iklim 8. Visi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 9. Persaingan Kuasa Besar 10. Malaysia MADANI

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation