trending_flat

Adik Aqil Bertemu Pakar Prostetik

Adik Muhammad Aqil Naufal Zahiran, 11, yang kisahnya baru-baru ini menjadi tular apabila klip yang memaparkan dia menamatkan perlumbaan 100 meter menggunakan tongkat telah bertemu dengan pakar prostetik Artalive Sdn Bhd untuk penilaian bagi menentukan jenis prostetik yang diperlukan untuk membolehkannya menyertai aktiviti sukan. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata “Ia bukan tentang menjadi yang terpantas tetapi mengenai keinginan dan keazamannya untuk menamatkan perlumbaan yang mengagumkan saya”. Kementerian Belia dan Sukan melalui Institut Sukan Negara (ISN) akan menyelia pemasangan prostetik adik Aqil yang memerlukan kaki palsu paras pinggul (hip disarticulation prosthesis). “Kami membuat susulan untuk memastikan sokongan jangka panjang dan tiada komplikasi,” kata Dr Ahmad Munawwar Helmi, pakar perubatan sukan di ISN. Dalam video tersebut, adik Aqil pelajar SK Felda Lepar Utara 1 telah menyertai kejohanan olahraga pendidikan khas Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Jerantut 2023. Dia dilihat didorong […]

trending_flat

Malaysia bersedia menjadi hub kecemerlangan sukan bagi bidang kejurulatihan sukan di peringkat ASEAN

THAILAND 1 September 2023 - Malaysia melalui Kementerian Belia dan Sukan yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri dan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN Berkaitan ukan dari 28 Ogos hingga 1 September 2023 di Chiang Mai, Thailand. Menurut KBS, terdapat enam (6) mesyuarat telah diadakan iaitu 14th ASEAN Senior Officials Meeting on Sports pada 28 – 29 Ogos 2023, 6 th ASEAN Plus Japan Senior Officials Meeting on Sports dan 2nd ASEAN Plus Japan Senior Officials Meeting on Sports pada 30 Ogos 2023, 7th ASEAN Ministerial Meeting on Sports pada 31 Ogos 2023, 4 th ASEAN Plus Japan and 1st ASEAN Plus China Ministerial Meeting on Sports pada 1 September 2023. "Pelbagai inisiatif dan program pembangunan sukan yang dilaksanakan oleh Negara Anggota ASEAN dan rakan dialog iaitu Republik Rakyat China […]

trending_flat

Muzium Negara simbol keutuhan perpaduan dan semangat patriotik rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 September 2023 – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, telah merasmikan Sambutan 60 Tahun Muzium Negara anjuran Jabatan Muzium Malaysia. Sambutan tersebut dilaksanakan bersempena dengan penubuhan Muzium Negara pada 31 Ogos 1963 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-III, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail. Aaron berkata bahawa penganjuran program tersebut membuktikan kesatuan dan kerjasama utuh di antara muzium serta institusi yang terlibat serta penglibatan masyarakat secara tidak langsung mampu menyumbang kepada pembangunan sosial yang berterusan, khususnya dalam pembentukan dan pengukuhan jati diri kebangsaan. “Ia sejajar dengan matlamat utama Dasar Perpaduan Negara yang memperkasa usaha berterusan untuk memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat,” katanya. Sewaktu berucap di majlis tersebut, Aaron turut mengumumkan pemberian tiket percuma selama tiga (3) hari mulai 1 September hingga 3 September 2023 kepada warganegara Malaysia yang […]

trending_flat

Pencalonan untuk Anugerah Raja Faisal Dibuka

Riyadh, 1 September 2023 - Sekretariat Agung Anugerah Raja Faisal mengumumkan semalam, 1 September 2023, bahawa ia mengalu-alukan pencalonan untuk Anugerah bagi tahun 2025 dalam lima kategorinya (Jasa kepada Islam, Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Kesusasteraan, Perubatan, dan Sains). Setiausaha Agung Rajja Faisal, Dr. Abdulaziz Alsebail menegaskan bahawa ini menandakan kemuncak dalam sejarah panjang Anugerah selama 47 tahun, dalam mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada individu dan entiti terkemuka yang telah memartabatkan kemanusiaan dengan karya serta hasil usaha mereka. Dr. Alsebail menambah, subjek bagi kategori Anugerah bagi tahun 2025 adalah seperti berikut : Pengajian Islam: Kajian Arkeologi di Semenanjung Arab Bahasa dan Kesusasteraan Arab: Kajian Identiti dalam Kesusasteraan Arab Perubatan: Terapi Selular Sains: Fizik Manakala hadiah Jasa kepada Islam adalah anugerah kehormat yang diberikan kepada mereka yang mempunyai prestasi yang sangat banyak dalam berkhidmat kepada Islam, umat Islam, dan kemanusiaan secara […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation