Kesedaran awal ibu bapa bantu optimum potensi anak OKU
Oleh: Dr. Hanira Hanafi Berdasarkan Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008, OKU bermaksud “termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat”. Dr. Hanira Hanafi Berdasarkan data terkini (sehingga 31 Januari 2023) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, golongan OKU yang paling ramai mendaftar adalah dari kategori OKU Masalah Pembelajaran iaitu seramai 235,751 orang. Golongan ini merupakan mereka yang mempunyai masalah berikut samada secara ringan, sederhana atau teruk: Global Developmental Delay (GDD), Sindrom Down, Attention Defisit Hyperactivity Disorder (ADHD), Autisme (Autism Spectrum Disorder), Kurang Upaya Intelektual dan Specific Learning Disability (Specific LD - Dyslexia Dyscalculia Dysgraphia). Golongan OKU Masalah Pembelajaran adalah golongan yang paling berisiko kerana kebanyakan anak-anak dari kategori ini kelihatan normal dari segi rupa paras mereka. Ini menyebabkan ramai ibu-bapa tidak menyedari […]