Anwar tiba di Nanning
Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba di Nanning bagi menghadiri Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2023 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS. Beliau diiring Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Di dalam satu hantaran di halaman X rasmi beliau, Anwar berkata bahawa sewaktu berucap di Majlis Perasmian CAEXPO dan untuk China-ASEAN Business and Investment Summit (CABIS), bersama para pemimpin ASEAN yang lain, beliau menyentuh kepentingan kebersamaan rantau Asean dan China agar terus fokus kepada aspek keamanan, kestabilan selain perdagangan beserta pelaburan yang terkait, kendatipun menopang cabaran pasca-pandemik dan dinamika geopolitik dunia masa kini. Katanya adalah penting usaha sedemikian dipelbagaikan seiring dengan perubahan dunia yang semakin mencabar. "Saya sempat menyentuh mengenai Rundingan Penambahbaikan ACFTA 3.0 yang sedang berjalan dimana ia amat penting bagi pemulihan pasca-pandemik COVID-19, hatta meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara […]