trending_flat

Lawatan Rasmi Timbalan Perdana Menteri ke Berlin, Jerman

31 Oktober 2023 - Selepas lawatan kerja ke United Kingdom (UK), Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengambil peluang untuk melawat Bosch di Berlin, Jerman. Di situ, Zahid yang juga merupakan Pengerusi Majlis TVET Negara telah mengadakan perjumpaan dengan wakil dari Bosch-Haus dan Dewan Perniagaan & Industri Jerman (DIHK). Katanya, bersama GMIMARA, perbincangan adalah berkisar tentang potensi kerjasama dan perkongsian kepakaran, khususnya dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET). "Malaysia sedang membangunkan rangka tindakan komprehensif yang dikenali sebagai Dasar TVET Negara 1.0 - yang akan mecorakkan masa depan pendidikan vokasional di Malaysia. Rangka tindakan ini bertujuan bukan sahaja untuk menyampaikan kemahiran serta pengetahuan praktikal tetapi juga untuk membentuk aspirasi dan peluang bagi anak muda di dalam negara. Saya percaya bahawa bakat belia Malaysia tidak seharusnya dihadkan semata-mata bagi pencapaian akademik sahaja tetapi mereka perlu dipandu oleh […]

trending_flat

YWM dan BSN Jalin Kerjasama Strategik Wakaf Tunai Malaysia

Dalam mendokong hasrat kerajaan untuk menjadikan wakaf sebagai salah satu elemen pemerkasaan ekonomi rakyat, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) terus komited dan proaktif dalam usaha meningkatkan kutipan wakaf tunai Malaysiadan mengembangkan potensinya. https://youtu.be/Gwys0bkHmz8 Selari dengan matlamat ini, YWM telah melaksanakan kerjasama strategik bersama Bank Simpanan Nasional (BSN) dalam mempertingkatkan kutipan wakaf tunai Malaysia serta membuka peluang dan ruang kepada masyarakat untuk turut serta mengimarahkan ibadah wakaf menerusi platform perbankan di BSN. BSN dilihat rakan strategik yang tepat dalam merealisasikan hasrat ini memandangkan BSN merupakan satu institusi kewangan yang telah lama bertapak di Malaysia dan memberikan perkhidmatan kepada lebih sembilan (9) juta rakyat Malaysia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar menerusi ucapan pelancaran Kerjasama Strategik Wakaf Tunai Malaysia antara YWM dan BSN berkata, kerajaan sentiasa cakna dan mengambil berat […]

trending_flat

Istana Budaya Anjur Festival Laman Santai Malaysia Madani Terbesar Tahun 2023

KUALA LUMPUR, 30 Oktober 2023 – Warga kota dan rakyat Malaysia dijemput hadir beramai-ramai memeriahkan lagi Festival Merakyatkan Seni Warisan Akar Umbi, Laman Santai Malaysia Madani 2023 di Laman Beringin, Istana Budaya pada 4 dan 5 November 2023 bermula dari jam 10:00 pagi hingga 11:00 malam. Buat julung kalinya festival ini merupakan acara Laman Santai terbesar buat tahun 2023 yang mana pelbagai aktiviti dan program disediakan seperti pameran, jualan, demonstrasi, food trucks dan persembahan utama oleh artis-artis tempatan. Puan Zubaidah Mukhtar, Ketua Pengarah Istana Budaya Puan Zubaidah Mukhtar, Ketua Pengarah Istana Budaya menyatakan “Istana Budaya sentiasa bersifat terbuka dan komited dalam menyatupadukan masyarakat hingga ke akar umbi dan tidak mengira bangsa terutama sekali dalam memperkasakan seni warisan dan budaya agar dapat dipelihara khususnya dalam festival Laman Santai Malaysia Madani 2023 ini.” Festival ini berkonsepkan santai dan terbuka kepada semua sambil […]

trending_flat

Eksesais Maritim Perkasa Timur Pertingkat Kesiapsiagaan Maritim Malaysia di Perairan Laut China Selatan

KOTA KINABALU, 30 Oktober - Pelaksanaan Eksesais Maritim Perkasa Timur kendalian Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menjadi platform utama bagi menguji kecekapan warga Maritim Malaysia dan kesiapsiagaan agensi ini dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan perairan negara khususnya di Laut China Selatan. Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, eksesais yang bermula pada 28 Oktober sehingga 4 November ini dilaksanakan dengan misi menyediakan pegawai dan anggota Maritim Malaysia agar sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi ancaman maritim.  Beliau menjelaskan, pelaksanaan eksesais ini akan dapat mempertingkatkan keupayaan khusus pelaksanaan evolusi di laut untuk anggota kapal, pesawat dan pasukan mencari dan menyelamat agensi ini. Beliau turut menambah, eksesais ini juga akan dapat meningkatkan keberkesanan koordinasi dan keupayaan aset milik agensi dalam mengendalikan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT). Datuk Hamid berkata […]

trending_flat

Palestin: Rintihan solidariti umat Islam dan masyarakat dunia

Oleh: Rusli Abdul Roni Sehingga artikel ini ditulis, penjajah Zionis Israel masih lagi melancarkan serangan demi serangan yang amat kejam terhadap wilayah Semenanjung Gaza di Palestin. Israel telah mengebom dan menghancurkan bandar Gaza secara konsisten dengan ribuan peluru berpandu dalam serangan udara yang kejam pada setiap hari sejak Ahad, 8 Oktober 2023 yang lepas. Israel telah mengorbankan penduduk awam Gaza tanpa perikemanusiaan, termasuklah kanak-kanak, wanita, warga emas, dan penduduk kurang upaya. Malah, Israel dikatakan telah menggunakan bom fosforus yang diharamkan untuk ‘menghukum’ penduduk Palestin di Gaza. Rusli Abdul Roni Dilaporkan bahawa serangan udara dan penghapusan etnik kejam ini telah mengakibatkan gugurnya lebih daripada 3,000 para syuhada’; manakala lebih 13,000 mangsa telah cedera dan mengalami kecacatan kekal, di kalangan penduduk Gaza. Dikhabarkan juga, bilangan kematian dan kecederaan ini akan terus meningkat secara mendadak, kerana masih ramai yang terperangkap dalam runtuhan bangunan […]

trending_flat

Lebih 2,000 sertai larian Northern Statsrun 2023

NIBONG TEBAL, Pulau Pinang, 30 Okt (Bernama) -- Seramai lebih 2,000 orang telah menyertai Northern StatsRun 2023 yang diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Program ini merupakan StatsRun ke-8 yang dianjurkan seumpanya oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan buat julung kalinya diadakan di wilayah utara.YB Puan Fadhlina Binti Sidek, Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen P047 Nibong Tebal telah menyempurnakan program Northern StatsRun 2023 dengan menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi kategori 10 km. Terdahulu peserta larian telah dilepaskan oleh YB Tuan H’Ng Mooi Lye, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa Negeri Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi. Program ini turut dihadiri YBhg. Datin Seri Rozita binti Talha, Timbalan Ketua Perangkawan Malaysia serta Ketua Jabatan/ Agensi di Daerah Seberang Perai Selatan.Northern StatsRun 2023 merupakan program yang dianjurkan secara […]

trending_flat

Ugut PM dan DIG, dua pengguna media sosial ditangkap

KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2023 - Dua lelaki warga tempatan telah ditangkap oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial yang mengandungi kenyataan berbaur ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay. Dalam satu siaran media hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Dato’ Sri Mohd Suhaily Mohd Zain berkata tangkapan pertama dibuat terhadap pemilik / pengendali akaun Facebook Nekad Hikers Ventures berumur dalam lingkungan 51 tahun pada 27 oktober 2023 di Bandar Baru Bangi, Selangor. Tangkapan kedua pula dibuat ke atas pemilik / pengendali akaun Facebook Jgad Zruu berumur 27 tahun pada 27 oktober 2023 di Bukit Mertajam, P. Pinang. Kata Mohd Suhaily lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation