trending_flat

Pesawat Amfibia bantu padam kebakaran Hutan Belukar kawasan Bypass SEBANA COVE – PUNGGAI

KOTA TINGGI, 17 Oktober 2023 - Sebuah pesawat amfibia jenis Bombardier CL-415 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterbangkan ke lokasi kebakaran hutan belukar di kawasan Bypass Sebana Cove - Punggai bagi membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan operasi memadam kebakaran di sini hari ini. Bantuan diberikan setelah Unit Drone Bomba membuat pemantauan udara selama tiga hari kebakaran hutan terbabit dan mendapati keluasan kebakaran semakin merebak dari anggaran keluasan 2 hektar kepada 30 hektar. Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, setelah menerima permohonan bantuan daripada Pejabat Daerah Kota Tinggi bagi memadamkan kebakaran terbabit, Maritim Malaysia mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 ke lokasi kejadian dan melakukan water bombing untuk memadamkan kebakaran. Nurul Hizam turut berkata, pesawat terbabit mampu membawa sehingga 6 ribu liter air bagi setiap kali water scooping. Bagi operasi pada […]

trending_flat

Taufan Al-Aqsa: Perhatian harus diberi pasca konflik

Oleh: Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor dan Mohamad Fikri Mohd Bakri Konflik Palestin-Israel terkini yang dikenali sebagai Taufan al-Aqsa telah berlaku lebih dari satu minggu sejak Sabtu, 7 Oktober 2023. Jumlah korban yang dicatatkan dalam kalangan rakyat Palestin kini sudah mencecah hampir 2,400 orang manakala yang tercedera pula lebih 10,000 orang. Angka yang terkorban ini merupakan suatu angka yang jauh lebih besar dalam tempoh 7-8 hari jika dibandingkan dengan Perang Al-Asfim Maakul pada 2014 yang berlarutan dalam tempoh 51 hari. Dunia menyaksikan kekejaman Zionis Israel yang terus menekan rakyat Palestin khususnya di Gaza melalui serangan pengeboman dan pencerobohan sama ada dari darat, udara mahu pun laut. Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor Mohamad Fikri Mohd Bakri Lebih parah lagi, negara-negara Barat yang begitu lantang menyuarakan hak asasi manusia, perdamaian dan pematuhan undang-undang antarabangsa seolah-olah membutakan mata dengan jenayah yang […]

trending_flat

Pemeriksaan OPS JAMIN kembalikan keyakinan rakyat kepada Kementerian

SELANGOR 17 Oktober 2023 - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Senator Puan Hajah Fuziah Salleh telah melaksanakan pemeriksaan OPS JAMIN di Pasar Raya Super Seven, Cheras Jaya, Selangor hari ini. Foto-foto kredit UKK KPDN Ia bertujuan bagi melihat sendiri situasi semasa yang berlaku di lapangan berhubung kedudukan bekalan dan harga beras di peringkat runcit serta barangan keperluan harian yang lain termasuk gula, minyak masak dan sebagainya. KPDN dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah melancarkan Kolaborasi Bersepadu OPS JAMIN mulai 7 Julai lepas bagi memastikan keterjaminan bekalan beras dengan harga yang stabil dan terkawal untuk keperluan pengguna. Kata Fuziah, pada masa yang sama, pemeriksaan OPS JAMIN adalah bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Kementerian. "Kerjasama strategik yang melibatkan penguatkuasaan, perkongsian maklumat dan pemantauan di antara KPDN dan KPKM melalui OPS JAMIN ini amat […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation