KPDN tumpaskan aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi di Port Klang
PUTRAJAYA, 20 OKTOBER 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi dalam satu (1) serbuan di sebuah premis tanpa nama di Taman Pandamaran Permai, Port Klang, Selangor pada 19 Oktober 2023. Foto-foto kredit UKK KPDN Dalam satu kenyataan hari ini, Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri Datuk Armizan Mohd Ali berkata serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota Penguat Kuasa KPDN Putrajaya dan Selangor itu bermula kira-kira jam 2.30 petang adalah hasil risikan yang telah dilakukan beberapa hari sebelum operasi dilancarkan. Armizan berkata bahawa hasil pemeriksaan ke atas lokasi serbuan itu mendapati premis tersebut berkunci dan tidak berpenghuni. Pasukan serbuan telah bertindak memecah masuk premis tersebut untuk melakukan pemeriksaan lanjut. "Pemeriksaan lanjut yang dilakukan telah menemukan lapan (8) buah tong jenis IBC (Intermediate Bulk Container) yang mengandungi minyak masak dan 250 kotak […]