trending_flat

Persidangan Malaysia EV Tech 2023 – Membuka Jalan untuk Masa Depan Teknologi Ev di Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 NOVEMBER 2023 – NanoMalaysia Berhad menganjurkan persidangan Kenderaan Elektrik (EV), Malaysia EV Tech 2023, di Hotel Sunway Putra. Persidangan ini telah dirasmikan oleh Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Malaysia EV Tech 2023 mempamerkan komitmen kukuh negara ini dalam memajukan sektor kenderaan elektriknya (EV). Persidangan ini bertujuan menyerlahkan usaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kerajaan Malaysia dalam mempertingkatkan teknologi EV, infrastruktur, dan ekosistem yang menyeluruh bagi meletakkan Malaysia sebagai peneraju utama inovasi dan pembangunan EV. Bertemakan “Kedaulatan Teknologi dalam Pembangunan Teknologi EV”, persidangan ini mengumpulkan pakar, penggubal dasar, peneraju industri, dan para peminat EV, menyediakan pelantar penyatuan idea, pandangan dan inovasi terkini berkenaan EV. Tumpuan persidangan adalah lapan sesi khas yang dipimpin oleh tokoh terkenal industriEV tempatan serta dua forum interaktif membincangkan hala tuju teknologi EV dan mobiliti mampan dalam negara […]

trending_flat

KPDN laksanakan dua komponen khusus Program Penyeragaman Harga

KUALA LUMPUR, 9 November 2023 - Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan bahawa terdapat dua komponen khusus Program Penyeragaman Harga yang dilaksanakan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Dua komponen tersebut adalah : i) Komponen pertama disebutkan sebagai Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan. Jika di dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan disebutkan sebagai butiran 040600. Butiran ini merujuk kepada perbelanjaan yang diperuntukkan oleh Kerajaan untuk menampung kos pengangkutan barangan antara pelabuhan ke pelabuhan (port-to-port). Untuk tahun 2024, peruntukan yang disediakan adalah sebanyak RM40 juta. ii) Satu lagi komponen merujuk kepada Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming – butiran 040500. Untuk tahun 2024, sejumlah RM225 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan. "Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming telah dilaksanakan bermula tahun 2009. Objektif program […]

trending_flat

Solidariti kemanusiaan merentasi sempadan agama dan bangsa

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Serangan Israel ke atas Palestin merupakan tragedi kemanusiaan yang besar bagi abad ke-21M. Motif serangan ini adalah bagi memperluaskan kawasan jajahan di Palestin khususnya daerah Gaza dan memusnahkan penguasaan pihak Hamas di samping bertujuan untuk penguasaan kawasan rizab gas yang besar di lautan jalur Gaza. Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Seolah hilang kewarasan akal, mereka bebas membunuh orang awam, meruntuhkan kemudahan hospital dan rumah ibadat. Tindakan mereka direstui oleh banyak pihak dan sokongan yang tidak berbelah bahagi dinyatakan kepada keganasan yang dilakukan oleh pihak Israel. Ramai pihak menutup mata di atas kekejaman tersebut. Sedangkan serangan Israel ini melibatkan pembunuhan beramai-ramai terbesar sejak kewujudannya pada tahun 1948. Setiap hari, terdapat banyak gambar kemusnahan massal, orang awam dan kanak-kanak terbunuh dan cedera dipaparkan di media massa, t`etapi ia sedikit pun tidak menjentik hati nurani […]

trending_flat

JPPKK Komited Tingkat Peratus Graduan Raih Gaji Premium

ARAU, 7 NOVEMBER 2023 - Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) komited untuk meningkatkan peratus graduan memperolehi gaji premium. Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Mohd Zahari Ismail berkata, perkara tersebut adalah selaras dengan saranan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, baru-baru ini. “Bagi memastikan ianya dapat dicapai, pelbagai usaha telah dilaksana antaranya menyediakan kurikulum berpacukan industri, merancakkan jalinan kolaborasi industri berimpak tinggi, kerjasama merentas kementerian juga agensi serta pemantapan platform yang berupaya memadankan keperluan industri dan bidang graduan,”katanya. Tambah beliau, POLYCC yang kini berdiri dengan kekuatan 36 buah Politeknik dan 105 buah Kolej Komuniti dengan meliputi seramai 10,000 pensyarah dan 100,000 pelajar di seluruh negara juga merupakan penyumbang tenaga kerja teknikal terbesar negara ini iaitu sebanyak 40 peratus di pelbagai sektor.  “Usaha ini adalah selari dengan komitmen melaksanakan Teras Strategik utama JPPKK iaitu […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation