Jiwa suci asas rohani Islami
Oleh: Dr. Khairulnizam Mat Karim Arus kemodenan dunia yang semakin menggila kini memerlukan setiap individu Muslim untuk mempertingkatkan diri mereka dengan bekalan kerohanian yang lebih utuh agar tidak mudah teruja dan tergoda dengan hamparan duniawi melampau. Oleh itu pendedahan ilmu penyucian jiwa sebagai asas kepada pembentukan rohani yang berkualiti dan selaras dengan kehendak Islam perlu diketengahkan kepada masyarakat umum masa kini agar kehidupan setiap individu terpandu sebagaimana dikehendaki oleh Islam. Dr. Khairulnizam Mat Karim Justeru ilmu penyucian jiwa merupakan satu-satunya jalan ataupun metod dalam Islam bagi membolehkan penganutnya mengenali hakikat sebenar tujuan kehidupan di alam maya ini. Lebih tepat lagi, istilah penyucian jiwa ini adalah berkait rapat dengan ilmu kerohanian yang begitu siknifikan dalam Islam sebagai jalan paling utama bagi penganutnya untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mengenali Islam secara total. Boleh dikatakan bahawa kebanyakan umat Islam memahami tentang najis […]