Implikasi peperangan ke atas penyusuan ibu dan kesihatan bayi
Oleh: Dr. Wan Izlina Wan Ibrahim Kita sedia maklum yang konflik bersenjata memberi implikasi buruk yang mendalam kepada sejagat. Selain kehilangan nyawa dan organisasi sosial, kebinasaan dalam pelbagai aspek kehidupan, baik dari segi kesihatan fizikal dan juga mental, tidak dapat dielakkan. Kesan negatif ini tidak berhenti disitu sahaja, kemudahan infrastruktur, warisan sejarah dan ekologi juga terjejas akibat sikap buruk manusia. Di sebalik impak yang ketara ini, sedarkah kita ikatan kasih ibu-anak yang terjalin daripada hubungan penyusuan ibu dan menyumbang kepada kesihatan bayi juga boleh turut terganggu akibat peperangan? Isu ini mungkin dianggap enteng oleh sesetengah pihak, kerana kehilangan nyawa dan sistem kesihatan terjejas adalah kesan-kesan yang lebih jelas dan sering mendapat perhatian. Namun begitu, sifat kemanusian memerlukan kita mengambilkira semua cabaran yang dilalui oleh pelbagai pihak untuk mengharungi saat-saat yang getir ini. Kekurangan privasi dan keselamatan Ibu-ibu yang berada di […]