trending_flat

Laporan Terkini Kejadian Bencana di Seluruh Negara

6 November 2023 - Hujan lebat sejak beberapa hari kebelakangan ini telah menyebabkan beberapa kawasan-kawasan rendah dinaiki air selain paras air sungai utama juga menunjukkan trend menaik. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerusi satu kenyataan, sehingga jam 12.00 tengah hari (06 November 2023) bilangan negeri yang terkesan banjir kekal di tiga (3) buah negeri dimana enam (6) daerah iaitu di negeri Perak, Selangor, dan Pahang masih terjejas. Katanya, seramai 881 orang mangsa daripada 237 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan sedang berada di 12 buah PPS. Tambah Ahmad Zahid yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memaklumkan bahawa sehingga jam 6.00 pagi hari ini terdapat tiga (3) sungai yang bacaan air berada diparas bahaya iaitu : a) Kampung Sri Paya : Sungai Pontian Besar Kulai, Johor Bahrub) Changkat Jong […]

trending_flat

Ini 14 langkah menempatkan golongan OKU di IPT

Oleh: Dr. Azleen Ilias Mengatasi halangan pendidikan tinggi dalam dunia yang semakin inklusif dan akses kepada pendidikan tinggi untuk orang kurang upaya (OKU) kekal sebagai topik penting sejajar dengan konsep Malaysia MADANI. Oleh itu, IPT memainkan peranan penting dalam mengurangkan cabaran dan mewujudkan persekitaran pendidikan yang inklusif. Dr. Azleen Ilias OKU menghadapi pelbagai cabaran semasa mengejar impian mereka. Cabaran pertama yang sering kali didengari adalah prasarana yang tidak mesra OKU, termasuk bangunan yang sukar diakses dan kemudahan pengangkutan yang tidak sesuai. Prasarana ini menyukarkan pergerakan pelajar kurang upaya (PKU) di sekitar kampus. Setiap PKU memerlukan sokongan yang berbeza. Pihak IPT mungkin tidak dapat menyediakan pusat yang mencukupi untuk menguruskan keperluan PKU secara efektif. Cabaran kedua adalah kekurangan aksesibiliti kepada teknologi digital dalam pembelajaran, terutamanya pembelajaran dan komunikasi dalam talian. PKU mungkin menghadapi masalah mencapai platform e-learning atau dokumen tanpa bantuan. […]

trending_flat

Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin Ketua Pengarah Maritim Malaysia Baharu

PUTRAJAYA, 6 November - Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia yang ke enam berkuatkuasa hari ini bagi menggantikan Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som yang telah bersara wajib pada Mac lalu. Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin Dilahirkan di Selangor pada 19 April 1964, Datuk Hamid yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, telah berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama 23 tahun sebelum diserapkan ke Maritim Malaysia sebagai pegawai perintis agensi ini pada 31 Oktober 2005. Simbolik pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail dan isteri Yang Berbahagia Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Hjh Sapiah Binti Dato' Mohd Nor yang juga merupakan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Memiliki pengalaman luas […]

trending_flat

Segera tangani krisis makanan di zon konflik

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Makanan merupakan keperluan asas kepada manusia dalam pelbagai peringkat usia, sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa mahu pun tua. Ia termasuk dalam keperluan daruriyat bagi memelihara nyawa, tubuh badan dan akal manusia. Ketiadaan makanan boleh menyebabkan kebuluran dan kematian, manakala kekurangan makanan akan menyebabkan perkembangan otak terganggu kerana tidak mendapat nutrien yang mencukupi di samping dapat menyebabkan tumbesaran kanak-kanak menjadi bantut. Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Asasnya, keterjaminan makanan merupakan situasi yang mana setiap orang dalam keluarga mempunyai bekalan makanan yang mencukupi, berkhasiat, selamat dan boleh dicapai makanan tersebut. Ia melibatkan empat dimensi utama, iaitu pertama, ketersediaan makanan, iaitu makanan tersebut wujud dan tersedia serta mencukupi pada setiap masa; kedua, akses makanan, iaitu makanan itu boleh dicapai dan dikonsumsi bila diperlukan; ketiga, penggunaan makanan, iaitu makanan itu berkhasiat, bernutrisi, berkualiti dan tidak memudaratkan; […]

trending_flat

Timbalan KPN Dianugerahkan Darjah Seri Panglima Taming Sari

KUALA KANGSAR, 5 November 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S.) yang membawa gelaran 'Dato' Seri Panglima' di Istana Iskandariah, Perak di sini. Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perak itu diadakan bersempena Ulang Tahun Keputeraan Tahun 2023 Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Turut berangkat ke istiadat yang sama pagi tadi, DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim. Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman tidak ketinggalan hadir menyaksikan istiadat tersebut seawal jam 7.45 pagi. Dalam istiadat yang berlangsung, Sultan Nazrin turut berkenan menganugerahkan darjah kebesaran S.P.T.S. kepada Panglima Angkatan […]

trending_flat

KPDN tambah Program Jualan RAHMAH (PJR) di Sabah, Sarawak dan Labuan

BEAUFORT, 5 November 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menambah jumlah pelaksanaan Program Jualan RAHMAH (PJR) di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi bulan November dan Disember 2023. Foto-foto Kredit UKK KPDN Menurut Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, KPDN juga akan memastikan penawaran bekalan ayam ditambah dengan harga jualan RAHMAH pada kadar diskaun di antara 10 hingga 30 peratus. Katanya, pendekatan itu diambil sebagai salah satu strategi intervensi untuk membolehkan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana mendapat akses kepada bekalan jualan ayam pada harga yang berpatutan. Pelaksanaan pendekatan ini akan ditumpukan di kawasan-kawasan yang dilaporkan mempunyai isu penjualan harga yang agak tinggi di pasaran setempat. "Pendekatan ini juga adalah sejajar dengan usaha untuk menangani sebarang isu berbangkit berkaitan kadar harga ayam susulan pengumuman penamatan langkah sementara […]

trending_flat

Tourism Malaysia Lancar Pakej Cuti-Cuti Keluarga

PUTRAJAYA - Tourism Malaysia melancarkan 11 Pakej Cuti-Cuti Keluarga dengan kerjasama Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga (MATFA) di Ekspo Kasih Madani yang berlangsung selama dua hari di Dataran Putrajaya bermula hari ini sempena Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2023. Sebanyak tujuh pengendali taman tema menawarkan tawaran pakej menarik kepada pelancong domestik bermula 4 November sehingga 30 November 2023. Tawaran pakej adalah serendah RM23 seorang untuk pembelian tiket masuk dengan tempahan minimum 10 orang sehingga ke Pakej 3 Hari 2 Malam (3H2M) bermula RM1,088 merangkumi 2 dewasa dan 2 kanak-kanak beserta bilik penginapan, sarapan pagi, tiga aktiviti dan tiket masuk ke taman tema. Tempoh sah pakej adalah sehingga 30 Jun 2024. Antara pengendali taman tema yang mengambil bahagian termasuklah Sunway Lagoon (Camp Out!), SplashMania Water Park Gamuda Cove, THE TOP Penang Theme Park, Ripley’s Adventureland dan Jungle Gym Genting […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation