trending_flat

Tourism Malaysia lancar Pakej ArkeoPelancongan & GeoPelancongan Pulau Pinang dan Kedah

KEPALA BATAS, 14 Disember 2023 - Tourism Malaysia hari ini melancarkan Pakej Arkeopelancongan & Geopelancongan bagi negeri Pulau Pinang dan Kedah untuk mempromosikan produk pelancongan arkeologi, geologi dan tapak warisan dunia UNESCO. Sebanyak 52 pakej pelancongan telah dibangunkan dengan kerjasama 14 operator pelancongan di Wilayah Utara dan Wilayah Tengah yang antara lain menawarkan lawatan ke tapak arkeologi Lembah Bujang dan Sungai Batu, tapak warisan dunia UNESCO George Town, Jerai Geopark serta Sungai Merbok. Antara pakej-pakej yang ditawarkan termasuklah Jerai Geopark Heritage Trail, The Lost Ancient City - Kedah Tua, Archaeology Eco Cycling Experience, Penang Heritage Tour, Merbok River Historical & Mangrove River Cruise, Mount Jerai Guided Tour dan Iron of Ancient Kedah to the World- The Untold Story 788 BC. Encik Mohd Roslan Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej Tourism Malaysia berkata, penawaran pakej tersebut diharap mampu mempromosikan keunikan warisan arkeologi, […]

trending_flat

MAMPU di bawah Kementerian Digital

PUTRAJAYA, 14 Disember 2023- Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan ditempatkan di bawah Kementerian Digital. Sebelum ini MAMPU berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). "MAMPU pastinya di bawah kementerian saya," kata Menteri Digital, Gobind Singh Deo yang baru dilantik menerajui kementerian itu kepada Bernama, selepas mengadakan lawatan ke pejabat MAMPU di Kompleks Setia Perdana di sini hari ini. Gobind diiringi Timbalan Menterinya Datuk Ugak Anak Kumbong dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. Mereka juga diberi taklimat mengenai struktur dan operasi MAMPU oleh Ketua Pengarahnya Datuk Rodzi Md Saad. Tambah Gobind, masih ada aspek tertentu yang perlu dijelaskan dan diperhalusi dari segi skop kerja yang berada di bawah Kementerian Digital. "Memandangkan kementerian ini baharu, bidang yang ditugaskan dan agensi mana yang berada di bawah kita perlu diperhalusi," katanya dan menambah beliau mungkin akan mengadakan […]

trending_flat

Kerajaan setuju teruskan PKKP bagi tahun hadapan

PUTRAJAYA, 14 Disember 2023 - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato’ Seri Dr. Zulkapli Mohamed mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju supaya pemberian bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) diteruskan untuk tempoh Januari 2024 hingga Disember 2024. Dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, Dr. Zulkapli memaklumkan bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju supaya pemberian bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) diteruskan untuk tempoh Januari 2024 hingga Disember 2024 kepada pesara dan penerima pencen terbitan yang terkesan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun 2023. "Sebelum ini, Kerajaan telahpun memutuskan supaya bayaran PKKP dilaksanakan bagi tempoh Julai 2023 hingga Disember 2023 kepada pesara dan penerima pencen terbitan yang terkesan susulan Mahkamah Persekutuanmemutuskan Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 [Akta A1447] adalah tidak sah dan undang-undang sebelum pindaan adalah terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen." katanya. Tambah beliau, keputusan Kerajaan […]

trending_flat

Sejumlah RM2.65 juta peruntukan bantuan kewangan telah diluluskan bagi dua puluh (20) buah RIBI di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 14 Disember 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (YB KM) telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan bagi Inisiatif Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) Seluruh Negara bertempat di St Mary’s Cathedral Kuala Lumpur pada pagi ini. Menurut Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), sejumlah RM2.65 juta peruntukan bantuan kewangan telah diluluskan bagi dua puluh (20) buah RIBI di Kuala Lumpur daripada keseluruhan 370 permohonan yang telah diluluskan. Pada hari ini, menyaksikan penyerahan bantuan sebanyak RM294,029.00 kepada enam (6) buah RIBI manakala penyaluran bagi permohonan yang berbaki akan diteruskan pada tahun 2024. Di bawah Inisiatif Belanjawan 2023, KPKT telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan Inisiatif Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) Seluruh Negara. Sejumlah RM50 juta bantuan kewangan diperuntukkan oleh Kerajaan Perpaduan kepada organisasi RIBI di seluruh negara bagi tujuan menyelenggara dan membaik pulih rumah ibadat masing-masing dan […]

trending_flat

Kelantan sumbang 0.4% pelaburan E&E di Malaysia setakat September 2023

KUALA LUMPUR, 14 Disember 2023 - Berdasarkan kepada pelaburan yang telah diluluskan sehingga September 2023, negeri Kelantan telah menyumbang pelaburan sebanyak 0.4% dalam sektor E&E di Malaysia melalui syarikat Rohm Wako Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd. dengan nilai pelaburan sebanyak RM1.7 billion dan telah mewujudkan lebih 2,000 peluang pekerjaan. Menurut Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong ketika menjawab soalan dari Senator Dr. Wan Martina Wan Yusoff di Dewan Negara hari ini, Kerajaan melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sentiasa mengambil langkah-langkah yang proaktif dalam usaha menarik pelaburan asing dan tempatan dalam pelbagai sektor ke semua negeri di Malaysia. Katanya, strategi promosi pembangunan pelaburan yang MIDA laksanakan adalah berdasarkan kepada kekuatan dan kesesuaian ekosistem sesebuah negeri. "MIDA sentiasa bekerjasama secara strategik dengan pihak kerajaan negeri dan agensi-agensi berkaitan bagi melipat gandakan usaha-usaha promosi pelaburan seperti Bahagian Pelaburan Kelantan (Invest […]

trending_flat

Melayu dan Islam tak perlu tersinggung kenyataan Lim Kit Siang, sebaliknya…

Oleh Sheikh Umar Bagharib bin Ali Pandangan Tan Sri Lim Kit Siang (LKS) tidak salah. Bahkan pandangan LKS bagi saya adalah pandangan yang 'berperlembagaan'. Orang Melayu dan Islam tidak perlu risau. Kerana perlembagaan juga telah menetapkan garis-garis jelas berkaitan soal 'Melayu', 'Islam' serta hak keadilan yang mesti diberikan kepada semua kaum di negara kita. Sheikh Umar Bagharib bin Ali Untuk orang Melayu, isu paling utama bagi saya ialah mencari jalan bagaimana melahirkan para pemimpin Melayu yang jujur, adil, berintegriti serta mampu melonjakkan ekonomi negara. Malaysia harus bangkit lebih tinggi dan menjadi negara yang disegani. Bukan bertelagah tentang kenyataan LKS! Untuk orang Islam, kepimpinan terkait rapat soal kompetensi dan intergriti. Sarjana Islam Ibnu Taimiyyah menyebutnya sebagai 'Al-Quwwah' dan 'Al-Amanah'. Al-Quwwah bermaksud kepakaran dan kemampuan dalam mengendalikan bidang kuasa yg diberikan. Al-Amanah pula menurut Al-Mawardi ialah taqwa kepada Allah dan tidak menjual […]

trending_flat

Seruan Tindakan Malaysia seterusnya: Mencari Keadilan untuk Rakyat Palestin di ICJ di samping menyokong usaha lain di ICC

Saya menyeru kepimpinan Kerajaan Malaysia yang arif ini untuk bertindak sekarang memulakan prosiding mengheret Israel ke hadapan ICJ, pada masa yang sama menyokong usaha-usaha rakan kongsi kita berurusan dengan ICC, bukan hanya untuk orang-orang Palestin, tetapi juga atas nama integriti PBB dan nama kemanusiaan. Howard Lee ________________ Setakat 13 Disember, lebih 18,400 orang Palestin telah dibunuh secara kejam, dengan lebih 8,000 antaranya terdiri daripada kanak-kanak; 10,000 lagi (45 peratusnya wanita dan kanak-kanak) masih lagi hilang tanpa jejak; 1.9 juta dipindahkan secara paksa; dan 306, 500 kediaman habis ranap: begitulah angka korban dan kerugian yang semakin meningkat setiap detik berlalu di Gaza. Tidak kurang daripada 800 kilang-kilang dan lebih daripada 126 kemudahan kerajaan, 277 sekolah, 306 masjid, 7 gereja, 22 hospital, 110 klinik, dan 102 ambulans telah menjadi sasaran pemusnahan yang dikemudi oleh Rejim Zionis Israel. Ini adalah pembunuhan beramai-ramai - […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation