trending_flat

Susu ibu: Keajaiban alam yang tidak terbanding

Oleh: Dr. Wan Izlina Wan Ibrahim Ibu-ibu berkerjaya sudah pasti mempunyai kekangan untuk menyusukan bayi secara langsung, atau ‘direct latching’, dan terpaksa memerah susu ketika di tempat kerja. Susu ini selalunya akan disejukbeku dan diberikan kepada bayi saat diperlukan. Ekoran ini, akan timbul situasi dimana ada kemungkinan susu yang diperah pada waktu siang, akan diberikan kepada bayi pada waktu petang atau malam, dan juga sebaliknya. Tahukah anda bahawa, sama seperti tubuh manusia, susu ibu juga mempamerkan sifat ritma sirkadian atau jam biologi? Dr. Wan Izlina Wan Ibrahim Ritma sirkadian ialah jam biologi atau satu aturan masa dalam tubuh manusia yang berjalan mengikut rutin kitaran siang dan malam selama 24 jam. Pengaturan secara dalaman ini melibatkan pelbagai peringkat biologi, termasuk molekular, selular, sistem dan juga tingkah laku manusia. Penetapan ritma sirkadian ini penting untuk fungsi optimum tubuh manusia. Perkembangan bayi dari […]

trending_flat

Keuntungan PT Resources naik 125 peratus suku kedua 2024

KUALA LUMPUR, 21 DISEMBER 2023 – PT Resources Holdings Berhad ("PT Resources" atau "Syarikat"), pemproses dan peniaga produk makanan laut sejuk beku, dan peniaga produk makanan lain, hari ini mengumumkan keputusan kewangan bagi suku kedua berakhir 31 Oktober 2023 ("2QFY2024"). Keuntungan Sebelum Cukai (“PBT”) Syarikat untuk 2QFY2024 mencatatkan RM18.85 juta yang kukuh, peningkatan ketara daripada RM8.42 juta pada 2QFY2023, mencerminkan pertumbuhan tahun ke tahun yang luar biasa sebanyak 125%, yang membuktikan peningkatan dalam global permintaan dalam industri makanan laut beku. Bagi 2QFY2024, Syarikat mencatatkan PBT sebanyak RM18.85 juta, peningkatan yang ketara berbanding RM8.4 juta pada 2QFY2023, menandakan pertumbuhan tahun ke tahun yang luar biasa sebanyak 125%. Peningkatan ketara dalam PBT ini, walaupun penurunan keseluruhan dalam hasil, menggariskan keberkesanan Syarikat dalam menguruskan kos operasi dan mencapai kecekapan dalam operasi perniagaan Syarikat. Pada 2QFY2024, PT Resources mencapai jumlah hasil sebanyak RM111.69 juta. […]

trending_flat

Tol percuma sempena Krismas 2023

KUALA LUMPUR 21 Sisember 2023 - Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan tol percuma selama dua hari kepada para pengguna lebuh raya bagi semua jenis kenderaan bersempena dengan sambutan perayaan Hari Krismas yang akan disambut pada 25 Disember 2023. Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui mesyuarat bersama – sama dengan syarikat konsesi juga telah bersetuju dengan pelaksanaan pemberian tol percuma ini pada 23 Disember 2023 (Sabtu) dan 26 Disember 2023 (Selasa). Menurut KKR, pengecualian tol akan diberikan kepada semua jenis kenderaan di semua plaza tol KECUALI di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim. "Pemberian tol percuma ini diharapkan dapat meringankan beban perjalanan semua rakyat Malaysia yang merancang pulang ke kampung halaman untuk melawat ahli keluarga dan sambutan Hari Krismas atau bercuti bersama-sama keluarga sempena musim cuti sekolah. Ini juga […]

trending_flat

14 jenis barangan akan diwartakan bagi pelaksanaan SHMMP Krismas 2023 – Armizan

KOTA KINABALU, 21 DISEMBER 2023 – Menjelang sambutan perayaan Krismas pada 25 Disember 2023, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2023 yang akan berkuat kuasa dari 23 Disember hingga 27 Disember 2023. Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali tempoh pelaksanaan adalah selama 5 hari iaitu 2 hari sebelum perayaan, 1 hari semasa perayaan dan 2 hari selepas perayaan. Sebanyak 14 jenis barangan akan diwartakan bagi pelaksanaan SHMMP Krismas 2023 dan senarai barangan adalahseperti berikut: (i) Daging Kambing Biri-Biri Bertulang Import;(ii) Tomato;(iii) Lada Benggala Hijau;(iv) Kubis Bulat Import (China dan Indonesia);(v) Lobak Merah;(vi) Cili Merah;(vii) Ubi Kentang Import (China);(viii) Bawang Merah Besar Import;(ix) Bawang Kuning Besar;(x) Ayam Tua Hidup (dikawal di Sarawak);(xi) Kepak Ayam ; (dikawal di Sabah, Sarawak dan WP Labuan)(xii) Babi Hidup (dikawal peringkat ladang, di Sabah, […]

trending_flat

Malaysia larang kapal Israel, ZIM berlabuh di Malaysia

Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia. Menurut satu keyataan dari Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini, Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat tersebut berkuatkuasa empat minggu dari sekarang. "Sekatan ini adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin. Untuk rekod, Kabinet pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat ini berlabuh di Malaysia. Pada 2005, Kabinet ketika itu memberi kebenaran kepada kapal tersebut untuk mendarat di Malaysia. Namun, Kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet lalu." tegas Anwar. Tabah beliau, erajaan Malaysia turut memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini. "Selain itu, Malaysia […]

trending_flat

Melihat Ke Hadapan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan Bukan Dari Sisi Perkauman

Oleh Muhammad Faisal Bin Abdul Aziz, Pengerusi BERSIH Isu Pilihan Raya Kerajaan Tempatan sering dilihat panas apabila ia sering dilihat dari sisi perkauman. Mana tidaknya, secara sejarah ia dikaitkan dengan insiden-insiden yang dianggap mengganggu kestabilan politik negara khususnya pada era 1960-an yang akhirnya membawa kepada pergantungan pilihan raya kerajaan tempatan pada tahun 1965 seterusnya dihentikan pada tahun 1976 apabila kerajaan menggubal Akta Kerajaan Tempatan menyebabkan pilihan raya kerajaan tempatan dimansuhkan. Kekhuatiran ini timbul bila mana kawasan bandar sering dikaitkan dengan kawasan yang didominasi secara besar oleh kaum Cina seolah kaum Melayu akan hilang kuasa mentadbir bandar. Saya fikir dalam konteks semasa, demografi bandar sudah tidak sama dengan tahun 1960-an memandangkang pada zaman tersebut kita mewarisi barah pecah dan perintah yang ditinggalkan penjajah Inggeris yang sengaja membiarkan kaum Cina berada di Bandar, Melayu di Kampung dan India di ladang getah. Melihat […]

trending_flat

Cukai LVG beri kesaksamaan persaingan bagi perusahaan tempatan

Secara umum, cukai jualan dikenakan ke atas barang-barang yang dijual di Malaysia dan cukai jualan dibayar oleh pengimport, pemborong atau peruncit sebelum dijual kepada pengguna akhir di Malaysia. Namun demikian, terdapat loophole dalam sistem cukai jualan sedia ada yang menyebabkan amalan pengelakan cukai jualan berlaku dalam kalangan penjual. "Di peringkat global, telah menjadi kelaziman untuk tidak mengenakan cukai jualan dan duti import ke atas barang import di bawah nilai ‘De Minimis’ (minimum). Di Malaysia, nilai ‘De Minimis’ ditetapkan pada RM500 seunit barang bagi memudahkan urusan pelepasan kastam serta penghantaran melalui pos dan kurier. Kepesatan transaksi jualan dalam talian yang menjadi pilihan pengguna pada masa ini, telah mewujudkan layanan cukai yang tidak sama rata antara perniagaan dalam talian yang mengimport barang dari luar negara dan perniagaan yang beroperasi secara fizikal (brick and mortar) di Malaysia." kata Kementerian Kewangan (MOF) di dalam […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation