trending_flat

Maritim Malaysia terima kapal OPV 1 secara rasmi

PULAU INDAH, 2 Januari 2024 - Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) secara rasminya diserahkan oleh pihak TH Heavy Engineering Berhad (THHE) kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam majlis yang diadakan semalam. Dalam majlis berkenaan, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi telah hadir untuk menerima OPV1 secara rasmi bagi membolehkan ianya diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia untuk melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan dan carilamat. Penyerahan OPV1 ini adalah satu lagi detik bersejarah kepada kementerian ini khususnya Kerajaan MADANI kerana telah berjaya memastikan kapal peronda buatan tempatan ini siap dibina setelah beberapa kali berlaku penangguhan akibat ancaman Covid-19 selain proses membawa masuk peralatan teknikal terkini kapal yang diimport dari negara luar. OPV1 ini dibina menggunakan rekabentuk Damen 1800 berukuran 83 meter panjang dengan lebar 13.7 meter dan berkeupayaan melakukan operasi di laut dalam jangka waktu 21 hari tanpa ulang […]

trending_flat

Gobind sambut baik pelancaran PADU

PUTRAJAYA, 2 Januari 2024 - Menteri Digital, Gobind Singh Deo menyambut baik pelancaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU) semalam. Kata Gobind dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau, PADU adalah salah satu usaha teknologi digital untuk menambah baik khidmat kerajaan kepada rakyat." "Inisiatif menerusi Kementerian Ekonomi ini amat dihargai supaya kerajaan dapat menambah baik usaha yang perlu untuk meningkatkan kebajikan rakyat. Data serta sistem pengenalan diri dalam talian merupakan asas penting dalam usaha transformasi digital negara. Melaluinya kerajaan mampu memberikan perkhidmatan yang lebih bersasar dan berkesan kepada rakyat." katanya. Tambah Gobind, Kementerian Digital yang diterajuinya akan terus menyokong dan membantu menambah baik segala usaha kerajaan dalam mendepani kelangsungan dan cabaran ekonomi, khususnya dalam bidang digital yang akan datang. Objektif PADU yang dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam adalah menyediakan  pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi […]

trending_flat

Personaliti, sikap dan kemahiran adalah kunci kejayaan alam pekerjaan

Oleh: Prof. Madya Dr. Ilhaamie Abdul Ghani Azmi Dewasa ini, pengangguran merupakan isu besar bagi mana-mana graduan. Harapan besar ibu bapa mereka menghantar anak mereka ke menara gading agar anak mereka dapat merubah nasib mereka kepada keadaan yang lebih baik. Menurut Jabatan Perangkaan, kadar pengangguran di Malaysia adalah sebanyak 3.5 peratus. Justeru, personaliti dan sikap serta kemahiran merupakan kunci kepada alam pekerjaan. Ini kerana majikan akan memilih pekerja berdasarkan kepada personaliti mereka yang terserlah dan sikap yang baik serta memiliki kemahiran di samping keputusan pengajian yang memberangsangkan. Prof. Madya Dr. Ilhaamie Abdul Ghani Azmi Ramai yang tersilap antara sikap dan personaliti. Bagi mereka itu adalah dua perkara yang sama. Mengikut model personaliti kesepadanan pekerjaan Holland, personaliti seseorang perlu memadani sesuatu pekerjaan. Barulah seseorang pekerja boleh bertahan dalam pekerjaannya. Justeru, seseorang perlu memilih pekerjaan yang sesuai dengan personalitinya. Menurut model ini, […]

trending_flat

PM ‘tabik’ PDRM berani benteras sindiket dadah

PUTRAJAYA, 2 Januari 2024 - Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim pada hari ini memuji tindakan tegas Polis DIraja Malaysia (PDRM) di atas keberanian memerangi sindiket dadah di Sabah pada bulan lalu. Katanya ketika berucap di Majlis Peluncuran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di sini, rakyat negara ini selalu berbicara tentang dadah namun yang ditangkap oleh pihak berkuasa ramai adalah pengedar-pengedar kecil. "PDRM bulan lalu mencatat satu lagi tindakan dan kejayaan kerana kita semua bicara tentang dadah. Ratusan ribu anak-anak kita terlibat dengan dadah dan terpaksa belanja ratusan juta ringgit setahun untuk menangani masalah ini. Yang ditangkap juga puluhan ribu di kalangan pengaih dan (hanya) pengedar1pengedar pringkat bawah. Sukar diambil tindakan terhadap pengedar-pengedar besar, tokey tokey besar terlibah dalam dadah. Maka saya salut PDRM yang telah jelajah ke Sabah dan ambil tindakan yang tegas." ucap Anwar. Tambahnya sekarang sudah tidak […]

trending_flat

PADU pastikan hanya yang berhak terima kemudahan dari Kerajaan

PUTRAJAYA, 2 Januari 2024 - Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata pengenalan Pangkalan Data Utama (PADU) adalah selaras dengan pendekatan transformasi digital negara dengan jaminan bahawa setiap kemudahan kerajaan akan dinikmati penerima yang berhak. Ketika berucap di Majlis Peluncuran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata melalui sistem berkenaan, setiap ketirisan dalam penyaluran bantuan dan subsidi kerajaan dapat dielakkan. “Kita bangunkan sistem negara yang lebih canggih, yang mampu bersaing. Perlu tekad baharu dan jangan tolak ansur kerana tanpa PADU terlalu banyak ketirisan, banyak kebocoran dan penipuan. Kalau tidak, tidak ada sebab masih ada kelompok miskin dalam negara,” katanya. Anwar juga menegaskan penyaluran subsidi tanpa pendekatan digital hanya menyebabkan golongan 'maha kaya' dan warga asing akan turut mendapat manfaatnya. “Subsidi diberi kerajaan dikira dengan nilai ringgit sekarang cecah RM80 bilion […]

trending_flat

PADU bantu Kerajaan sediakan ukuran kedudukan sosioekonomi lebih tepat

PUTRAJAYA, 2 Januari 2024 - Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan bahawa sistem Pangkalan Data Utama (PADU) akand apat membantu Kerajaan untuk menyediakan pengukuran kedudukan sosioekonomi rakyat yang lebih tepat dan mengelakkan keciciran berdasarkan pendapatan boleh guna bersih. Ketika berucap di Majlis Peluncuran PADU di sini hari ini, Rafizi berkata bahawa kaedah tersebut mengambil kira jumlah tanggungan dan bilangan isi rumah, kos sara hidup mengikut lokasi, jarak ke tempat kerja serta pemilikan aset seperti rumah, kenderaan dan tanah. "Pendekatan ini juga membolehkan Kerajaan beralih daripada konsep B40, M40 dan T20 tetapi lebih melihat kepada kewajaran pemberian bantuan berdasarkan kriteria yang ditetapkan." kata Rafizi. Berhubung dengan isu keselamatan siber, Rafizi berkata bagi memastikan pengendalian data yang selamat, prosedur operasi standard (SOP) yang komprehensif telah diwujudkan. Katanya, kerjasama strategik turut diadakan antara Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO), […]

trending_flat

Pembaharuan lesen memandu dan kenderaan motor boleh dibuat melalui MyJPJ mulai Februari ini

Bagi memudahkan orang awam untuk mendapatkan perkhidmatan JPJ secara digital, pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) boleh dilaksanakan melalui aplikasi MyJPJ bermula 1 Februari 2024. Menurut Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook pelaksanaan urus niaga pembaharuan LKM melalui aplikasi MyJPJ tersebut akan dilaksanakan secara berfasa di mana pada peringkat permulaan hanya melibatkan kenderaan persendirian individu (warganegara). "Pertambahan fungsi baharu ini akan memudahkan orang awam untuk memperbaharui LKM dan LMM secara digital, menjimatkan masa dan kos serta dapat mengurangkan kesesakan urus niaga secara fizikal di kaunter-kaunter JPJ." katanya. Dalam pada iatu, bermula hari ini orang awam boleh membuat perkongsian Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) atau digital roadtax menggunakan fungsi baharu iaitu ‘Kongsi LKM’ di Aplikasi MyJPJ. Kata Siew Fook, melalui fungsi baharu itu, pemilik kenderaan boleh berkongsi e-LKM sesama ahli keluarga, rakan-rakan atau individu lain yang dibenarkan oleh […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation