trending_flat

Isu video tular beberapa individu menari di KL Base

Berhubung video tular di media sosial berkaitan aksi beberapa individu menari di permis milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru baru ini, PDRM menjelaskan bahawa kejadian tersebut berlaku di KL Base, Jalan Lapangan Terbang Lama, Pengkalan Pasukan Gerakan Udara (PPGU), Kuala Lumpur ketika berlangsungnya konsert ‘Rock The World 2023 pada 16 Disember lepas. Memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Hj. Abdul Shukor, PDRM berkata ihak polis juga telah menerima pemakluman dan lesen telah dikeluarkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Katanya, tapak konsert ini merupakan PPGU, PDRM yang lama. Ia juga telah ditutup serta telah diserahkan sepenuhnya kepada pihak pemaju.

trending_flat

PADU akan dilancarkan esok

KUALA LUMPUR, 1 Januari 2024 - Pendaftaran dan pengemaskinian maklumat individu dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) akan bermula esok. Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim dijangka akan melancarkan PADU dalam satu majlis yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada pagi esok. Majlis itu akan melibatkan perbentangan mengenai PADU oleh Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir dan forum bertajuk 'Memcu Peralihan Melalui PADU', sebemum Anwar dijadual merasmikan sistem berkenaan pada 12.15 tengah hari. Objektif PADU adalah menyediakan  pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala, penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data dan membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal. Manakala matlamat PADU adalah meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan, mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad, memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat […]

trending_flat

Kajian persempadan semula selepas tamat lat lapan tahun – SPR

Berhubung dengan isu persempadanan semula bahagian-bahagian pilihanraya, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan bahawa Urusan kajian semula persempadanan terhadap bahagianbahagian pilihan raya sedia ada, hanya boleh dilaksanakan selepas tamat lat tempoh lapan (8) tahun dari tarikh siapnya kajian terdahulu, atau apabila terdapat pindaan ke atas komposisi bilangan keanggotaan Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam satu kenyataan hari ini, bagi maksud tersebut, urusan kajian semula persempadanan terdahulu bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu telah selesai dijalankan pada tahun 2018. Manakala bagi Negeri Sarawak dan Negeri Sabah pula adalah masing-masing pada tahun 2015 dan tahun 2017. "Sesuatu syor kajian semula persempadanan hanya akan dimulakan apabila terdapat pemberitahuan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan YAB Perdana Menteri oleh SPR serta disiarkan suatu notis sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Bahagian II, Seksyen 4, Jadual Ketiga Belas, […]

trending_flat

2024 Tahun Mengasak Ekonomi Negara

Oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin, Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Kestabilan politik adalah perkara yang penting untuk perkembangan ekonomi sesebuah negara. Sejak peristiwa Langkah Sheraton yang menjatuhkan kerajaan, kemudian pergolakan politik ditambah dengan pandemik COVID-19, menyebabkan perkembangan ekonomi Malaysia tergendala. Selepas tertubuhnya kerajaan perpaduan dengan dua pertiga majoriti dalam Parlimen, kerajaan hari ini dapat distabilkan. Walaupun ada pihak yang masih lagi terus mencuba menangguk di air yang keroh namun hakikatnya ibarat mencurah air di daun keladi. Justeru, tumpuan PM kepada memperkasa ekonomi sudah barang tentu dapat memperkukuh serta mengembangkan pendapatan negara dan rakyat. Kita tidak boleh lagi terus ketinggalan di dalam keadaan jiran-jiran tetangga sedang mengorak langkah memikat para pelabur asing yang dilihat sedang memberikan tumpu di rantau ASEAN ini. Kalau kita lihat debat Pemilihan Umum (Pemilu) calon calon naib presiden di Indonesia baru-baru ini, salah seorang calon muda […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation