trending_flat

Kapal OPV1 mulakan Rondaan Sulung di Perairan Sarawak

KUCHING, 18 Januari 2024- Selepas diserahkan kepada Agensi Pengkuatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada 2 Januari yang lalu, Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) secara rasmi memulakan pengoperasian pertamanya dengan melakukan pemantauan di kawasan perairan Sarawak. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi memaklumkan, pengoperasian sulung Kapal OPV1 ini dijangka akan memperkukuhkan keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) khususnya di kawasan Laut China Selatan yang menjadi tumpuan aktiviti ekonomi dan laluan kapal-kapal dagang yang menghubungkan dari bahagian selatan ke bahagian utara laut berkenaan. Jelasnya, keberadaan Kapal OPV1 ini mampu memenuhi matlamat operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia iaitu konsep deterrent bagi mengekang pencerobohan kapal-kapal asing. Kapal OPV1 akan menjadi kapal induk kepadabot-bot peronda Maritim Malaysia yang akan melakukan rondaan penguatkuasaan di kawasan yang menjadi tumpuan nelayan asing menceroboh masuk ke laut negara bagi melakukan aktiviti penangkapan ikan. Ujar […]

trending_flat

SPRM Serah Perintah Notis Kepada Mirzan Mahathir

PUTRAJAYA 18 Januari 2024 - SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah memanggil ahli perniagaan, Mirzan bin Mahathir semalam ke Ibu Pejabatnya di Putrajaya untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan. Mirzan hadir ke Ibu pejabat SPRM pada pukul 9.30 pagi semalam dan satu perintah notis telah disampaikan kepada beliau di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 yang mengkehendaki beliau mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada di dalam pegangannya sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis tersebut. Perintah ini adalah tindakan lanjutan daripada siasatan SPRM berhubung maklumat dalam laporan Kertas Panama serta aktiviti perniagaannya yang membabitkan penjualan dan pembelian syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Siasatan dijalankan di bawah Akta SPRM 2009 juga Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA). SPRM telah memulakan siasatan […]

trending_flat

Timbalan KPN Santuni, Sampaikan Sumbangan kepada Anak-Anak Yatim Kontinjen Melaka dan Negeri Sembilan

Melaka, 18 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin menyantuni serta menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka dan Negeri Sembilan, semalam. Dalam program berkenaan, Timbalan KPN bersama Voucher MyKasih Foundation menyampaikan sumbangan kepada 18 waris anak-anak yatim di dua kontinjen berkenaan. Terdahulu ketibaan Timbalan KPN dan isteri di Kontinjen Melaka telah disambut Timbalan Ketua Polis (KP) negeri, SAC Md Nazri Zawawi bersama isteri merangkap Naib Pengerusi PERKEP Melaka, Puan Shahida Salleh manakala di Kontinjen Negeri Sembilan ketibaan mereka telah disambut oleh Timbalan KP negeri, SAC Abd Khalid Othman bersama isteri merangkap Naib Pengerusi PERKEP kontinjen, Puan Norizan Othman. Hadir sama, Penolong Pengarah Pengurusan (Kebajikan) Bukit Aman, ACP Abdul Halid […]

trending_flat

Inspirasi Inovasi, Jam Tangan Pintar Kieslect Kr2 dan Ks2, Kini Tersedia di Malaysia

KUALA LUMPUR, 17 JANUARI 2024 - Kieslect (atau “Syarikat”) ialah jenama penetapan arah aliran bagi produk pintar dan boleh pakai, berkembang pesat di seluruh dunia, dan kini boleh didapati di Malaysia. Jenama itu secara rasminya memperkenalkan dua jam tangan pintar yang bergaya dan cemerlang, Kieslect Kr2 dan Ks2. Model yang memenangi anugerah menerima Anugerah Reka Bentuk Muse 2023, Kr2 dan Anugerah Reka Bentuk Produk New York 2023, Ks2. Pertandingan antarabangsa bertujuan untuk menolak sempadan apa yang mungkin, untuk memberi inspirasi kepada orang lain dengan reka bentuk yang tinggi. Kieslect Kr2-Muse Design Award Kieslect Ks2-New York Product Design Award Cik Wei Lee, Pengurus Besar Kieslect Malaysia, berkata, “Pengenalan Kr2 dan Ks2 oleh Kieslect, di mana inovasi memenuhi keanggunan, kami sangat teruja untuk membawa teknologi termaju dan reka bentuk abadi kami ke Malaysia. Bersedia untuk mentakrifkan semula sambungan anda kepada masa, kesihatan dan gaya. Selamat datang ke […]

trending_flat

SPRM meneruskan tugasan dengan cemerlang dalam usaha membebaskan negara daripada rasuah

PUTRAJAYA 15 Januari 2024 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Amanat Ketua Pesuruhjaya & Perhimpunan Bulanan SPRM Bil.1/2024 untuk kali pertama bagi tahun 2024. Penyampaian amanat telah disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki. Menerusi ucapan yang disampaikan, Azam menyatakan warga SPRM telah membuktikan bahawa Suruhanjaya itu kompeten dalam memacu kecemerlangan sehingga berjaya mendapat pengiktirafan kerajaan. "Kerajaan telah mengiktiraf dan memandang tinggi prestasi cemerlang SPRM, hasil kerjasama semua pihak membabitkan pelbagai sektor di Suruhanjaya ini membabitkan sektor operasi, pencegahan, pendakwaan, pentadbiran dan akademi secara kolektif." kata Azam. Beliau turut berkata, rasuah dan salah guna kuasa tidak boleh dibiarkan berleluasa dan tugas SPRM adalah untuk menghapuskannya sehingga menjadikan negara ini bebas rasuah. Justeru warga SPRM perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran diri bagi membanteras penjenayah ini sekali gus melumpuhkan kegiatanmereka. […]

trending_flat

Penjualan arak: kesejahteraan rakyat atau manfaat ekonomi?

Oleh: Dr. Mohd. Shahid Mohd. Noh Kesejahteraan rakyat adalah salah satu matlamat utama bagi sesebuah kerajaan yang baik dan stabil. Kesejahteraan itu pula memiliki kepelbagaian spektrum dan sisi yang perlu dilengkapkan nagi merelisasikan kesejahteraan rakyat yang holistik dan bukanlah hanya secara retorik atau dakwaan. Dunia pula di kala ini menuju kepada Matlamat Pembangunan Mampan atau lebih dikenali dengan SDGs yang meletakkan kesihatan yang baik dan kesejahteraan sebagai salah satu perkara yang perlu dijadikan agenda besar bagi sesebuah kerajaan yang stabil. Agenda Kerajaan Madani juga meletakkan fokus utama kerajaan adalah untuk membangunkan masyarakat sejahtera menerusi beberapa anjakan besar yang berkaitan seperti pembudayaan masyarakat Madani dan pengukuhan perkhidmatan kesihatan. Dr. Mohd. Shahid Mohd. Noh Dalam usaha negara ini untuk mengembalikan pertumbuhan ekonomi negara ke trek yang lebih positif dan mampan, pelbagai inisiatif yang telah dibuat oleh kerajaan kini mahupun yang lepas. Sememangnya […]

trending_flat

Dr Zaliha sarankan LabuanFSA peruntukkan Tabung CSR bagi menyumbang semula kepada rakyat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dr Zaliha Mustafa mencadangkan agar Labuan Financial Service Authority (LabuanFSA) menubuhkan yayasan atau memperuntukkan Tabung Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi menyumbang semula kepada rakyat dan ekonomi Labuan. Menurut Dr. Zaliha menerusi satu hantaran di Halaman X rasmi beliau, sejak tahun 1990, Labuan diisytihar sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC), kini dikenali sebagai Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC). "LabuanFSA yang merupakan badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan telah berpengalaman selama 30 tahun sebagai Pusat Jewangan Antarabangsa. Labuan kini diiktiraf antara 3 pusat kewangan antarabangsa terpenting di Asia Pasifik dalam konteks perbankan, insurans dan kaptif. Kini, Labuan IBFC merupakan pusat kewangan yang dikawal selia dan bereputasi tinggi dengan disokong oleh 7 Undang-undang Khas Labuan yang menarik perhatian global." kata Dr. Zaliha. Tambahnya, selama lebih 30 tahun, LabuanIBFC menyumbang 53% kepada KDNK Labuan. "Atas dasar […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation