trending_flat

Tuduhan Limau Mandarin disuntik Minyak Babi adalah Isu Berulang

Oleh JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Sampai ke talian JomCheck satu tangkap layar kononnya, limau mandarin yang popular pada sambutan Tahun Baru Cina telah disuntik dengan minyak babi. Ia turut menuduh masyarakat berbangsa Cina sendiri tidak memakan limau mandarin berkenaan namun masyarakat Melayu memakannya kerana ia diedar secara percuma. Sampai ke talian JomCheck satu tangkap layar kononnya, limau mandarin yang popular pada sambutan Tahun Baru Cina telah disuntik dengan minyak babi. Ia turut menuduh masyarakat berbangsa Cina sendiri tidak memakan limau mandarin berkenaan namun masyarakat Melayu memakannya kerana ia diedar secara percuma. Rakan JOMCHECK iaitu MyCheck Malaysia telah melakukan semakan berkenaan dakwaan ini dan mendapati bahawa isu adalah tuduhan berulang dan pernah tular sebelum ini melalui sebaran video. Rakan JOMCHECK iaitu MyCheck Malaysia telah melakukan semakan berkenaan dakwaan ini dan mendapati bahawa isu […]

trending_flat

Struktur semula dasar keterjaminan makanan kita

Oleh: Dr. Adilah A. Wahab Di sebalik pengukuhan dan kerjasama strategik yang giat dijalankan oleh kerajaan dalam mempromosikan minyak kelapa sawit secara global, isu keterjaminan makanan yang berkait dengan bahan makanan utama rakyat Malaysia seperti beras, buah-buahan, sayur-sayuran, ternakan dan hasil laut masih kurang diberi perhatian. Kita perlu sedar bahawa isu keterjaminan makanan wujud apabila rakyat tidak mempunyai akses fizikal dan ekonomi kepada makanan selamat dan berkhasiat yang mencukupi dan memenuhi keperluan diet untuk kehidupan yang aktif dan sihat. Kini didapati harga sayur-sayuran dan buah-buahan di pasar meningkat antara 50 sen hingga RM4 sekilogram (kg). Para penjual menyatakan kenaikkan harga ini adalah berikutan kekurangan pengeluaran yang tidak dapat menampung permintaan yang tinggi. Dr. Adilah A. Wahab Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menggunakan indikator nisbah sara diri (SSR) untuk melihat keupayaan sesuatu pengeluaran bahan makanan bagi sesebuah negara mencukupi untuk memenuhi keperluan […]

trending_flat

Kenaikan harga produk komoditi perlu ditangani segera

Oleh: Dr. Nor Salwati Othman Sektor komoditi memainkan peranan yang penting di dalam ekonomi negara melalui sumbangannya kepada pendapatan negara dan perolehan eksport dan mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak. Sektor ini adalah pembekal utama makanan dan juga bahan mentah untuk industri berasaskan sumber. Secara puratannya, sektor ini menyumbangkan sebanyak RM18.1-RM24.4 bilion setiap suku tahunan dari suku tahun pertama 2019 sehingga suku tahun ketiga 2023. Dr. Nor Salwati Othman Selari dengan peranan utamanya, kerajaan terus menerus mengambil langkah pelarasan bagi mempercepatkan daya saing sektor ini agar dapat membolehkannya menghadapi cabaran baru pada tahap domestik dan antarabangsa. Antaranya adalah melalui Dasar Agromakanan Negara (2011-2020) yang bermatlamat untuk menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan selamat dimakan; meningkatkan tahap pendapatan usahawan tani, dan menjadikan industri agromakanan sebagai industri yang berdaya saing dan mampan. Di samping itu, Dasar Komoditi Negara (2011-2020) yang bermatlamat untuk meningkatkan […]

trending_flat

Pelajar Sekolah Tinggi Negara Jepun alami Budaya Malaysia di Kolej Komuniti Selayang

BATU CAVES, 20 Februari 2024 – 188 orang pelajar sekolah tinggi Meishu Gakuen Hitachi daripada negara Jepun teruja untuk mengalami sendiri budaya-budaya Malaysia melalui permainan tradisional, pembuatan kuih tradisional, tarian tradisional dan pelbagai lagi aktiviti budaya Malaysia yang dijalankan di Kolej Komuniti Selayang (KKSY), hari ini. Pelajar sekolah tinggi ini digandingkan bersama pelajar KKSY dikenali sebagai “buddies” (rakan) bagi memudahkan mereka mendapatkan pengalaman daripada aktiviti-aktiviti yang disediakan ini dengan lebih optimum dan mendalami lebih erat lagi budaya Malaysia yang diketengahkan melalui aktiviti ini dengan “buddies” daripada Malaysia. Pelajar diperkenalkan dengan permainan tradisional seperti Batu Seremban, Congkak, Ceper dan Dam Haji yang merupakan permainan setiap rakyat Malaysia. Selain itu, Buddies daripada KKSY turut diperkenalkan dengan permainan dan kuiz tradisional daripada Jepun. Kursus-kursus pendek mengenai budaya Malaysia turut disediakan bagi memperkenalkan makanan, pakaian, dan budaya-budaya Malaysia kepada para pelajar daripada Jepun ini. […]

trending_flat

Kita dan Baitulmaqdis

Oleh: Rusli Abdul Roni Firman Allah yang bermaksud: Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikit pun (Surah al-Ahzab: 23). Rusli Abdul Roni Kita baru saja meninggalkan bulan Rejab, bulan yang amat sinonim dengan bumi barakah Palestin, khususnya Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa, tapak mikraj Baginda Nabi SAW. Tanah pendaratan kefarduan solat lima waktu di bumi. Kefarduan yang dijemput khusus dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj mukjizat agung Baginda Nabi SAW. Memasuki tahun 2024, sehingga ke hari ini, kita masih disajikan berita dan perkhabaran derita saudara kita di Palestin. Baik melalui televisyen, radio, akhbar atau pun tontonan […]

trending_flat

FOMO, topik pertama program “Ini Kopi Kita: Sembang Anak Malaysia”

PUTRAJAYA, 18 Februari 2024 - Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) bakal muncul dengan program bual bicara “Ini Kopi Kita: Sembang Anak Malaysia” yang disiarkan di laman media sosial rasmi JaPen. Menurut Japen, episod pertama akan bersiaran pada 19 Februari 2024, pukul 10.30 pagi yang menampilkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil serta pelakon, penyanyi, dan usahawan, Nur Fazura sebagai panel. Kata Japen lagi, “Fear of Missing Out (FOMO)” merupakan topik yang diketengahkan menyentuh kebimbangan sosial daripada impak digitalisasi dalam kalangan rakyat terutamanya generasi muda serta meneroka pengalaman panel bagi menguruskan perasaan takut ketinggalan terhadap sesuatu perkara baharu. "Menyasarkan penglibatan generasi muda khususnya pelajar institusi pengajian tinggi melalui program bual bicara santai, “Ini Kopi Kita: Sembang Anak Malaysia” membincangkan topik berkaitan dasar, inisiatif Kerajaan MADANI, di samping memupuk semangat patriotik, keharmonian dan integrasi nasional. Program bual bicara enam episod berdurasi antara 30 hingga 45 […]

trending_flat

Hari Paus Sedunia : Kesedaran dan Perlindungan

Oleh : Jabatan Perikanan Malaysia Ikan Paus salah satu mamalia terbesar di dunia dalam ekosistem laut kini berdepan ancaman pemburuan haram, pencemaran laut, perubahan iklim serta kehilangan habitat. Di Malaysia, paus merupakan haiwan spesies marin terancam dan dilindungi di bawah Seksyen 27 Akta Perikanan 1985 iaitu “tiada seorang pun boleh memancing,menganggu, mengusik, menangkap, membunuh, mengambil atau mengambil apa-apa mamalia akuaktik atau penyu yang dijumpai” dan mana-mana orang yang melanggar boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000. Kehadiran paus adalah berdasarkan corak migrasi dan laluan mamalia ini adalah berbeza-beza bergantung pada spesies serta habitat masing-masing. Beberapa siri penampakan spesies paus pernah direkodkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) antaranya ialah Paus Bryde (Balaenoptera edeni) yang pernah dilihat di perairan Langkawi pada Jun 2022. Paus ini masuk ke Malaysia secara bermusim iaitu ketika musim bilis untuk mencari makanan. Penemuan lain yang direkodkan ialah di […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation