trending_flat

Raya Bersama Shopee: Platform Membeli-belah Sehenti untuk Keperluan Raya Anda!

KUALA LUMPUR, 19 Mac 2024 - Mari meraikan semangat kebersamaan, kegembiraan, dan tradisi yang dihargai dengan kempen Raya Bersama Shopee yang berlangsung sehingga 11 April 2024. Kempen ini bermula dengan Jualan Hebat Raya yang mengetengahkan tawaran eksklusif untuk memenuhi keperluan Ramadan dan Raya anda. Dari Baju Raya bergaya ke barangan keperluan untuk balik kampung, Shopee ada barang nya untuk anda. Kemudian, beralih ke Jualan Akhir Raya, yang memenuhi keperluan pembeli-belah ‘last-minute’. Terokai pelbagai pilihan untuk keperluan Raya saat terakhir agar anda sentiasa bersedia untuk beraya bersama mereka yang tersayang. Jangan lupa untuk tetapkan ‘reminder’ buat tarikh-tarikh utama kempen: 25 - 27 Mac untuk Jualan Hebat Raya dan 4 April untuk Jualan Akhir Raya untuk mendapatkan tawaran dan diskaun ekstra, supaya anda boleh mendapatkan barangan kegemaran pada harga yang tiada bandingan. Nikmati kemudahan Penghantaran Percuma, Tanpa Perbelanjaan Minimum Keutamaan kempen Raya […]

trending_flat

Tiong mahu Akmal henti main isu perkauman

KUALA LUMPUR 19 Mac 2024 - Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato' Seri Tiong King Sing menggesa supaya Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berhenti memanipulasi Isu stokin yang tertera perkataan "Allah" di KK Super Mart yang tular baru-baru ini. "Isu stokin yang tertera perkataan "Allah" di KK Super Mart terus diperkatakan, walaupun pihak pengurusan KK Super Mart telah memohon maaf setelah menyedari insiden itu berlaku tanpa disengajakan; berjanji untuk memastikan kejadian sama tidak berulang; dan bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa. Apabila pengamal media meminta komen saya berhubung isu ini, saya mengatakan bahawa Akmal Saleh tidak sepatutnya menunggang isu ini utk meraih modal politik peribadi, yang akhirnya berupaya merosakkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini. Bukan sahaja segera tampil memohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan, malah pihak KK Super Mart juga bertindak pantas mengeluarkan produk tersebut daripada rak […]

trending_flat

KPDN akan kaji Kebolehlaksanaan Lemon Law

KUALA LUMPUR, 19 Mac 2024 - Pada tahun ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan satu Kajian Kebolehlaksanaan Lemon Law bagi memperkasakan hak pengguna untuk menuntut tebus rugi sekiranya mereka menerima kenderaan bermotor yang rosak atau gagal mematuhi standard kualiti atau prestasi seperti yang dijanjikan oleh pembekal dan tidak dapat dibaiki/dibetulkan. Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali ketika menjawab soalan lisan dari Ahli Parlimen Kepong di Dewan Rakyat hari ini, setelah kajian selesai, satu keputusan dasar di peringkat Kementerian akan dibuat sebelum penambahbaikan rangka kerja perundangan dilaksanakan. "Di Malaysia, peruntukan perundangan berkaitan hak tebus rugi pengguna terhadap pembekal atau pengilang sekiranya barangan yang dibekalkan gagal mematuhi gerenti yang ditetapkan telah termaktub dalam Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599] di bawah kawal selia KPDN." kata Armizan. Peruntukan di bawah Akta 599 yang berkaitan perkara tersebut adalah:- […]

trending_flat

MCMC dalam proses lengkapkan kerangka perlesenan ke atas penyedia perkhidmatan dalam talian

KUALA LUMPUR, 19 Mac 2024 - Cadangan penguatkuasaan pelesenan ke atas penyedia perkhidmatan dalam talian sedang diperhalusi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang dalam proses melengkapkan kerangka perlesenan tersebut. Menurut Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching ketika menjawab soalan lisan dari Ahli Parlimen Jempol di Dewan Rakyat hari ini, cadangan penguatkuasaan pelesenan ini disasarkan kepada penyedia perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pemesejan internet (Internet Messaging Services) yang boleh diakses oleh penggunadalam Malaysia mengikut kriteria penilaian yang akan ditetapkan. "Cadangan penguatkuasaan pelesenan yang bersasar ini juga dianggap sepadan (proportionate) memandangkan ketersediaan kandungan mudarat yang tinggi di dalam platform media sosial dan pemesejan internet. Langkah cadangan kawal selia ini adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan dalam talian (online safety) serta menangani kandungan yang bertentangan dengan perundangan negara. Ia juga seiring dengan pendekatan dan perkembangan global semasa dan bukan bertujuan untuk menyekat […]

trending_flat

Dewan Rakyat Lulus Pindaan AUKU 2023

PUTRAYA, 19 Mac 2024 - Dewan Rakyat pada Isnin sebulat suara telah meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2023 setelah dibacakan buat kali kedua dan ketiga oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir. Seramai 23 ahli telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyaksikan antara topik paling banyak disentuh dan dibangkitkan adalah mengenai jawatankuasa tatatertib pelajar, pengurusan kewangan persatuan, tempoh pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar dan lain-lain. "Pindaan ini adalah hasil daripada beberapa siri libat urus yang dilaksana Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kepimpinan pelajar Universiti Awam (UA) semenjak tahun 2021 sehingga kini. Ia merupakan antara langkah progresif yang dilaksanakan Kerajaan untuk membugar budaya berorganisasi dan menyegarkan gerakan pelajar sesuai dengan keupayaan mereka untuk mengurus kedewasaan dan kematangan diri." kata KPT dalam satu kenyataan hari ini. Secara keseluruhan, RUU tersebut mengandungi lima (5) fasal yang melibatkan […]

trending_flat

Ramadan platform bina kesedaran diri, sosial 

Oleh: Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Bulan Ramadan bukan sahaja bulan di mana umat Islam menunaikan ibadah puasa iaitu mengerjakan Rukun Islam ketiga, tetapi bulan Ramadan juga merupakan masa di mana umat Islam melakukan refleksi diri melalui ibadah solat, menunaikan sunnah yang dituntut, melakukan amal kebaikan, meluangkan masa dan merapatkan silaturrahim keluarga serta banyak lagi perkara yang bermanfaat. Apabila menjalankan ibadah puasa, ia membantu memperkuat dan memperkukuhkan lagi kawalan diri serta kesabaran seseorang individu. Justeru, di antara aspek penting yang ditekankan dalam bulan Ramadan adalah kesedaran diri dan kesedaran sosial. Dr. Azmawaty Mohamad Nor Siti Nurmaliya Zakaria Kesedaran diri dipertajam melalui amalan-amalan seperti puasa, solat dan zikir. Puasa bukan sekadar perbuatan menahan diri dari makan, minum dan perbuatan yang membatalkan puasa tetapi juga memerlukan kesedaran diri yang tinggi dalam memenuhi kewajipan. Ia membantu seseorang individu menyedari kekuatan dirinya […]

trending_flat

Deklarasi Pemimpin Agama & NGO Agama Menyokong Tuntutan Reformasi 100% Bersih

Kami pemimpin pertubuhan pelbagai agama memerhati perkembangan semasa politik negara dengan dekat. Kami ingin melahirkan kekuathiran tentang kesediaan pihak kerajaan untuk melaksanakan janji pilihan raya khususnya dalam melunaskan agenda Reformasi yang baik untuk negara. Kami menegaskan, negara kita kini memerlukan pelaksanaan agenda Reformasi agar isu penting seperti tatakelola yang baik, agenda menghapuskan rasuah, serta kerajaan yang bersih dapat ditangani sebaiknya. Maka, hari ini kami sebulat suara mewakili organisasi Perikatan Gabungan Badan-badan Bukan Kerajaan Islam Malaysia (ACCIN), Malaysia Gurdwara Council (MGC), Young Buddhist Association of Malaysia (YBAM) dan lain-lain mendukung tuntutan Reformasi 100% yang selari dengan Deklarasi Pemimpin Agama dan NGO Agama sempena PRU15 kami, bagi memastikan negara kita menuju ke haluan yang tepat untuk membina sebuah sistem tatakelola yang baik. Kami melihat apa yang diperjuangkan ini adalah tepat pada masanya dan perlu. Ia tidak hanya untuk masyarakat kita kita tetapi […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation