trending_flat

Malaysia tolak tawaran penganjuran Sukan Komanwel 2026

KUALA LUMPUR, 22 Mac 2024 - Kerajaan memutuskan untuk tidak menerima tawaran daripada Persekutuan SukanKomanwel (CGF) sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026. Keputusan itu diputuskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang hari ini setelah meneliti semua aspek penganjuran dan implikasi. Menurit Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui satu kenyataan yang diedarkan hari ini, delegasi daripada CGF telah bertemu Menteri Belia dan Sukan dan mengadakan sesi penerangan mengenai tawaran selaku tuan rumah itu yang turut dihadiri oleh Menteri Kewangan Kedua pada 5 Februari 2024. "Hasil pertemuan itu dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan antara lain mengutarakan tawaran CGF berjumlah 100 juta pound (RM603 juta) dijangka tidak mampu menampung kos keseluruhan penganjuran temasya sukan berskala besar. Selain itu, impak ekonomi tidak dapat dikenalpasti dalam jangka masa singkat ini." kata KBS. Justeru, Kerajaan mengucapkan terima kasih kepada CGF atas penawaran tuan rumah […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Laut Jawa, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Laut Jawa pada jam 4:53 petang tadi. Bagaimanapun Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 4:53 petang, 22 Mac 2024Koordinat: 6.0° Selatan 112.4° TimurLokasi: Laut JawaMagnitud: 6.4Jarak: 141km Utara dari Surabaya,IndonesiaKedalaman: 14 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

SPX Express Mengoptimumkan Rangkaian Logistik, Mempercepatkan Penghantaran E-Dagang kepada 30%

KUALA LUMPUR, 22 Mac 2024 – SPX Express (SPX), rakan logistik dipercayai Shopee meraikan kenaikan prestasi kecekapan e-dagang seluruh negara dengan pembukaan Pusat Pengagihan Bukit Raja baharu di Klang, Selangor. Sejak Januari 2024, SPX telah mencapai penambahbaikan 30% dalam waktu penghantaran terhadap bungkusan yang dihantar dari kawasan Lembah Klang ke luar Lembah Klang. SPX berterusan menambah baik keseluruhan rangkaian logistik di seluruh Malaysia; 50% pelanggan kini boleh menerima pesanan mereka dalam masa tidak lebih tiga hari. Pada 2024, SPX berazam untuk berterusan meningkatkan kapasiti dan kawasan penghantaran, menambahbaik pengalaman menyeluruh pengguna, dan mengurangkan kos untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik buat rakyat Malaysia. Rangkaian meluas SPX yang merangkumi lebih 140 hab dan gudang dan lebih 1,200 pusat perkhidmatan yang menyokong penghantaran barangan dari penjual (seller drop-offs) dan kutipan barangan oleh pembeli (buyer self-collection) dari seluruh Malaysia meletakkan SPX sebagai peneraju […]

trending_flat

Adaptasi AI dalam kurikulum mengikut keperluan semasa

Oleh: Prof. Madya Ts. Dr. Siti Hajar Halili Kecerdasan Buatan atau Kepintaran Buatan (AI) dalam pendidikan perlu disesuaikan dengan kandungan pendidikan semasa, memberi pengalaman pembelajaran bagi memenuhi keperluan pelajar dan membolehkan pembelajaran personal dilaksanakan bagi menyesuaikan pelbagai gaya pembelajaran. Dengan perkembangan teknologi AI pada masa kini, adalah penting untuk mengadaptasi kurikulum AI seiring dengan trend dan pembangunan pendidikan bagi memenuhi permintaan industri. Prof. Madya Ts. Dr. Siti Hajar Halili Untuk membangunkan kurikulum dalam bidang AI, beberapa fasa perlu dilaksanakan seperti reka bentuk, pelaksanaan dan penilaian program pendidikan yang merangkumi konsep, prinsip dan aplikasi AI untuk memberikan pemahaman mendalam kepada pendidik dan pelajar berkaitan asas berkaitan teknologi AI. Kurikulum AI yang direka bentuk dengan baik perlu meliputi dari aspek multidisiplin dan keselarasan dengan piawaian industri serta objektif pendidikan. Walau bagaimanapun, mengembangkan dan mengadaptasi kurikulum AI mempunyai pelbagai cabaran dan kekangan. Salah […]

trending_flat

Video Promosi Skim Pelaburan daripada Petronas adalah Palsu

Oleh JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Baru-baru ini JomCheck menemui beberapa video meragukan yang disiar sebagai iklan di aplikasi Youtube. Iklan yang memaparkan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Tan Sri Tengku Muhammad Taufik sedang mempromosikan satu platform pelaburan yang kononnya dijalankan oleh PETRONAS. Salah satu video kelihatan meyakinkan dengan gerak bibir yang selari dan adanya tera air (watermark) portal MalaysiaKini. Ia cuba meyakinkan penonton dengan memberi gambaran seolah-olah PETRONAS menjanjikan pulangan pelaburan stabil sebanyak RM 4,000 sebulan dan jaminan pulangan wang kepada pelabur yang gagal. Hasil semakan mandiri JOMCHECK mendapati pihak PETRONAS sedia maklum tentang isu ini dan sudah mengambil tindakan secara undang-undang. PETRONAS turut menasihatkan orang ramai agar berjaga-jaga dan tidak terpedaya dengan video ini. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Melalui siaran media PETRONAS, video tersebut telah disahkan palsu […]

trending_flat

Pertandingan DIY Made Simple 2024 Wonder Waste Creations: Paper & Plastic Edition

KUALA LUMPUR, 15 Mac 2024 – Pendaftaran bagi pertandingan tahunan DIY Made Simple 2024 kini dibuka kepada semua murid dan guru sekolah menengah seluruh Malaysia mulai 10 Mac sehingga 9 Mei 2024. ‘Wonder Waste Creations: Paper & Plastic Edition’ dipilih sebagai tema pertandingan bagi edisi 2024 bagi menyeru murid-murid untuk meneroka penggunaan semula bahan kertas dan plastik, masing-masing sebagai sumber buangan terbesar dan kedua terbesar yang dibazirkan di tapak pelupusan sampah di negara ini secara kreatif dan inovatif dalam menghasilkan produk baharu pelbagai fungsi yang mempunyai nilai tambah. Selain membantu menangani masalah pencemaran alam sekitar, penekanan penggunaan semula bahan buangan melalui pertandingan ini juga secara tidak langsung memperkukuh inisiatif kerajaan dalam meningkatkan kadar kitar semula menjelang tahun 2025. Pertandingan ini dianjurkan oleh Universiti Malaya, khususnya Pusat Jalinan Masyarakat Universiti Malaya (UMCares) dan peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, Kumpulan MR […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation