trending_flat

Program Jualan Rahmah (PJR) Aidilfitri dilancarkan seluruh negara, bantu persiapan rakyat sambut hari lebaran

PUTRAJAYA, 5 APRIL 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluaskan Agenda Payung RAHMAH MADANI melalui pelaksanaan Program Jualan RAHMAH (PJR) Aidilfitri sempena sambutan lebaran kali ini bermula pada 4 hingga 9 April 2024. Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali dalam satu kenyataan media hari ini, PJR Aildilfitri akan melibatkan jualan produk barangan keperluan asas pada kadar potongan harga antara 10 hingga 30 peratus berbanding harga jualan asal. "Selain penjualan barang-barang keperluan kering sebagaimana kebiasaan, PJR Aidilfitri akan melibatkan penawaran jualan barangan keperluan harian lain khusus bagi persiapan menyambut Aildilfitri seperti ayam, daging lembu, beras, rempah-ratus dan sebagainya. Pelaksanaan PJR Aidilfitri ini akan melibatkan sebanyak 302 lokasi berjadual di seluruh negara. Maklumat pelaksanaan PJR Aidilfitri boleh diakses melalui portal KPDN di pautan https://www.kpdn.gov.my/ms/jualan-rahmah." kata Armizan. Tambah Armizan, sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini, KPDN telah melaksanakan […]

trending_flat

Menteri KUSKOP umum dividen Bank Rakyat 15% bagi tahun kewangan 2023

KUALA LUMPUR, 5 APRIL 2024 – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick, hari ini mengumumkan pembayaran dividen Bank Rakyat bagi tahun kewangan 2023 sebanyak 15% dengan jumlah pembayaran sebanyak RM424.62 juta. Menurut Ewon Benedick, pembayaran dividen kepada anggota akan dilakukan mulai 5 April 2024. "Prestasi kewangan memberangsangkan ini telah membolehkan Bank Rakyat untuk mengoptimumkan modal dan mengekalkan pembayaran dividen yang tinggi sebagai ganjaran kepada semua anggota dan pihak berkepentingan Bank Rakyat untuk sokongan berterusan mereka. Bersempena dengan Ulang Tahun Bank Rakyat ke-70, Bank Rakyat juga mengumumkan dividen istimewa sebanyak 2% dengan jumlah pembayaran sebanyak RM56.62 juta dan akan diagihkan berdasarkan pegangan saham yang layak pada 31 Disember 2023. Pembayaran dividen istimewa ini akan dilakukan pada bulan September 2024 bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Bank Rakyat ke-70." kata KUSKOP dan Bank Rakyat dalam satu kenyataan bersama hari ini. […]

trending_flat

Ramadan masa terbaik contohi nilai perpaduan Rasulullah

Oleh: Dr. Nurul Husna Mansor Hakikatnya, perpaduan masyarakat adalah agenda utama yang telah diberikan tumpuan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW sebaik sahaja tiba di Madinah dalam peristiwa Hijrah. Hal ini kerana, perpaduan adalah asas yang akan membentuk kesejahteraan dan kestabilan hidup bermasyarakat dalam sesebuah negara. Sekiranya matlamat perpaduan dapat dicapai maka ia secara tidak langsung akan dapat menghapuskan nilai-nilai tidak baik seperti sikap suka berprasangka, prejudis, skeptikal, rasis, pentingkan diri dan seumpamanya yang boleh merosakkan atau mengeruhkan hubungan antara masyarakat. Dr. Nurul Husna Mansor Umum mengetahui, umat Islam yang mencukupi syarat yang ditetapkan wajib menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan. Namun, pemahaman kepada falsafah puasa yang sebenar yang akan menjadikan puasa lebih sempurna. Matlamat puasa di dalam Islam bukan sekadar melafazkan niat dan menahan mulut dari makan dan minum, tetapi juga menahan seluruh anggota zahir dan batin dari melakukan perbuatan […]

trending_flat

Minyak Masak Nice Day Tiada Tanda Halal kerana sedang perbaharui Sijil, elak langgar Undang-Undang

Oleh : JomCheck Kecoh di media sosial apabila imej sepaket minyak masak berjenama Nice Day yang diconteng dengan tulisan ‘non halal’ disebarkan dengan kapsyen yang mendakwa bahawa minyak berkenaan bersumberkan babi. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Rakan JomCheck, MyCheck Malaysia kemudiannya menjalankan semakan dan menerbitkan laporan penuh di laman sesawang mereka: STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Logo halal tidak dicetak pada bungkusan produk kerana mematuhi undang-undang sementara mereka dalam proses memperbaharui sijil halal sedia ada. Sumber: http://www.mycheck.my/more.php?id=2280932 Semakan berkenaan isu ini menemui: a. Tulisan ‘Minyak Masak Sawit Bertapis’ pada paket jelas menidakkan tuduhan ia adalah minyak khinzir.b. Eksekutif Halal syarikat syarikat Sin Hock Soon Edible Oil Sdn.Bhd yang mengeluarkan jenama Nice Day, Izyan Irdawany tampil menjelaskan isu ini melalui Facebook.c. Beliau menjelaskan ketika isu ini tular, pihak syarikat sedang dalam proses pembaharuan sijil halal yang mengambil […]

trending_flat

Menuai barakah Ramadan melalui anugerah nikmat sahur

Oleh: Rusli Abdul Roni Sememangnya Ramadan adalah bulan barakah, bulan kebajikan, bulan kasih sayang Allah SWT kepada seluruh insan. Sehingga tidak satu pun masa ketika dan momen kebaikan yang ada di dalamnya tanpa nilai keberkatan. Malah sesuatu perkara yang dikategorikan sebagai adat kebiasaan pun menjadi ibadah dan keberkatan bernilai pahala dan kebajikan buat orang yang berpuasa di dalamnya. Termasuk makan sahur di penghujung sepertiga malam setiap malam-malam Ramadan yang Allah SWT sediakan. Sesungguhnya benarlah firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah lagi yang kamu dustakan?” (Surah Ar-Rahman). Berkaitan dengan anugerah syariat sahur di bulan Ramadan ini, terdapat banyak isyarat daripada Baginda Nabi SAW. Antaranya adalah seperti hadis hasan yang diriwayatkan daripada Abi Said al-Khudri, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Makan sahur itu barakah, maka janganlah kalian tinggalkan meski pun salah seorang dari kalian hanya minum seteguk air, kerana […]

trending_flat

UM santuni komuniti muallaf dan asnaf di pedalaman Sabah

Program khidmat bakti yang diadakan oleh mahasiswa Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) ke komuniti pedalaman di Pitas, dan Ranau, Sabah, merupakan sebuah inisiatif yang bertujuan membentuk insan berperikemanusiaan dan peduli dengan masyarakat sekeliling. Seramai 24 orang mahasiswa dari Jabatan Syariah dan Pengurusan telah menjadi sukarelawan untuk program ini yang dinamai ‘Mahabbah Care4Ummah 5.0’ dan melibatkan hampir 300 orang penduduk muallaf dari etnik Bajau dan Dusun. “Idea untuk menganjurkan program ini muncul setelah mendengar taklimat dari pertubuhan Care4Asnaf yang dijemput oleh pensyarah subjek Keusahawanan Islam, Dr. Mohd Abd Wahab Fatoni Mohd Balwi. Dan apabila diberi peluang untuk bekerjasama bersama Care4Asnaf dalam menjayakan misi kemanusiaan di Sabah, kami tidak melepaskannya kerana melihatnya sebagai satu peluang baik dalam pembinaan jati diri kami sebagai graduan yang akan menyertai masyarakat kelak,” kata Amir Haidar Abdul Samad, yang juga merupakan pengarah program. Selain pihak Care4Asnaf […]

trending_flat

Kajian ‘Masa Hadapan Membeli-belah’ Shopee Dedah Tabiat Beli-Belah Gen Z

KUALA LUMPUR, 4 April 2024 - Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, secara rasminya mendedahkan kajian ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan Pembeli-belah Generasi Z di Era Digital’. Kajian ini mendapati 7 dalam 10 pengguna Gen Z berumur 18 ke 24 tahun menggunakan platform e-dagang sebagai titik sentuhan utama dalam perjalanan membeli-belah. Ini menunjukkan perubahan kritikal, dengan Gen Z secara aktif menggunakan platform ini untuk mengumpul maklumat dan menyelidik secara mendalam sebelum komited melakukan pembelian. Hasil kajian mendedahkan Gen Z selalu memilih platform e-dagang untuk menyelidik dan menemui produk walaupun ada meneroka saluran alternatif yang lain. Kajian juga mendapati kadar melengkapkan pembelian di platform e-dagang lebih tinggi dalam kalangan Gen Z (68%). 18% Gen Z memilih untuk meneroka produk di platform dagangan sosial, sementara 14% memilih untuk melengkapkan transaksi lain melalui saluran lain. Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan untuk Gen Z […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation