trending_flat

Jalani ibadah korban yang lestari menurut sunnah

Oleh: Dzulfaidhi Hakimie Dzulraidi, Dr. Mohd Istajib Mokhtar Ibadah korban yang dilaksanakan pada Hari Raya Aidiladha merupakan satu ibadat penting dalam agama Islam di mana haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan unta disembelih dsebagai tanda ketaatan dan penghormatan kepada Allah SWT. Bahkan ibadah ini merupakan antara amalan paling dicintai oleh Allah SWT. Dzulfaidhi Hakimie Dzulraidi Dr. Mohd Istajib Mokhtar Hal ini dapat dilihat pada hadith Nabi SAW bermaksud: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” (Riwayat al-Tirmizi) Namun begitu, amalan yang baik ini boleh juga mendatangkan keburukan dan dosa sekiranya […]

trending_flat

Go Hub Capital Berhad Meterai Perjanjian Taja Jamin dengan UOB Kay Hian Securities

KUALA LUMPUR, 07 JUN 2024 – Go Hub Capital Berhad (“Go Hub” atau “Syarikat”), penyedia penyelesaian teknologi maklumat (IT) pengangkutan utama, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah memeterai perjanjian taja jamin dengan UOB Kay Hian Securities (M) Sdn Bhd (“UOBKH”) sebagai persediaan untuk Tawaran Awam Permulaannya (“IPO”) di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”). Orang awam Malaysia 20,000,000 saham IPO disediakan untuk permohonan oleh orang ramai Malaysia. Orang yang layak 12,000,000 saham IPO dikhaskan untuk permohonan oleh pengarah dan pekerja yang layak serta orang yang telah menyumbang kepada kejayaan Kumpulan. Penempatan persendirian kepada pelabur terpilih 75,180,000 saham IPO disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur institusi dan/atau terpilih yang dikenal pasti. UOBKH akan menaja jamin 32,000,000 saham IPO yang disediakan kepada orang awam Malaysia dan orang yang layak sebagai sebahagian daripada perjanjian taja jamin. IPO ini tidak melibatkan tawaran jualan dan penempatan kepada pelabur Bumiputera yang […]

trending_flat

MGRC Therapeutics dan Dx&Vx Co. Ltd. Jalin Kerjasama Strategik untuk Perkhidmatan Pengujian Genomik

PETALING JAYA, 7 JUN 2024 – Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (“MGRC” atau “Kumpulan”), pakar genomik dan biofarmaseutikal terkemuka, mengumumkan anak syarikat milik penuh Kumpulan MGRC Therapeutics Sdn. Bhd. (“MGRC Therapeutics”) telah memeterai Perjanjian Kerjasama Strategik (“SCA”) dengan Dx&Vx Co. Ltd. (“DXVX”), penyedia penyelesaian penjagaan kesihatan terkemuka yang berpangkalan di Republik Korea dan disenaraikan di KOSDAQ dengan pasaran permodalan 81.44 bilion Won Korea (“KWR”). SCA ini bertujuan untuk memacu pembangunan dan pembekalan perkhidmatan ujian genomik termaju, menetapkan penanda aras baharu dalam bidang analisis genomik dan penjagaan kesihatan digital. Di bawah pakatan strategik ini, MGRC Therapeutics akan memanfaatkan kepakarannya yang luas dalam genomik dan biofarmaseutikal untuk menyokong aspek operasi dan teknikal perkhidmatan ujian genomik. Pada masa yang sama, DXVX akan menyediakan penyelesaian "GenomeCheck" termaju dan perundingan teknikalnya untuk meningkatkan penawaran perkhidmatan. Kerjasama ini merupakan langkah penting ke arah memasuki pasaran global dengan perkhidmatan analisis genomik, sejajar dengan matlamat strategik […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Barat Papua, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah melanda Barat Papua, Indonesia pada jam 12:31 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian berikut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 12:31 pagi, 8 Jun 2024Koordinat: 3.2° Selatan 139.3° TimurLokasi: Barat Papua, IndonesiaMagnitud: 5.6Jarak: 178km Barat Daya dari Jayapura,IndonesiaKedalaman: 43 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

Lawatan MCMC ke Kemabong, Sabah

SABAH, 7 Jun 2024 (Bernama) -- Susulan daripada masalah gangguan telekomunikasi yang berlaku diseluruh daerah kecil Kemabong, Sabah pada 4 Jun 2024, MCMC telah membuat lawatan ke kawasan yang terkesan pada 6 Jun 2024. Hasil lawatan tersebut mendapati gangguan disebabkan oleh punca kuasa CPS SESB yang mengalami kerosakan sehingga menyebabkan hampir 40 buah kampung di daerah tersebut terputus hubungan telekomunikasi secara total. MCMC telah mengarahkan pihak penyedia perkhidmatan untuk menghantar Genset dengan kadar segera bagi memulihkan perkhidmatan telekomunikasi dan berkerjasama dengan pihak Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat agar CPS SESB dapat dibaiki dengan kadar segera untuk bekalan kuasa ke menara telekomunikasi utama. Perkhidmatan telekomunikasi di kawasan tersebut berjaya dipulihkan selepas hampir 20 jam.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation