trending_flat

TMC Fertility Menyemai Benih Harapan dalam Menangani Masalah Ketidaksuburan Yang Semakin Meningkat

KUALA LUMPUR, 21 JUN 2024 – Sempena Bulan Ketidaksuburan Sedunia pada bulan Jun, TMC Fertility @ Thomson Hospital Kota Damansara menarik perhatian orang ramai terhadap usaha berterusan negara bagi menangani masalah ketidaksuburan dan kemajuan penting dalam usaha memelihara kesuburan. Pakar-pakar dari TMC Fertility berkongsi pandangan tentang perkembangan terkini dalam bidang ini pada satu acara media eksklusif, dan menyatakan iltizam mereka untuk menyokong individu dan pasangan yang memerlukan bantuan menerusi teknologi terkini, kepakaran dan penjagaan kesihatan berteraskan pesakit. Masalah ketidaksuburan menjejaskan kira-kira 10 hingga 15 peratus pasangan di Malaysia, dan kedua-dua lelaki dan wanita menghadapi pelbagai halangan dalam usaha mereka untuk menjadi ibu bapa. Pengarah Perubatan merangkap Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dan Pakar Kesuburan, Dr Aldrin Lie Tze Min menjelaskan, "Kebimbangan tentang masalah ketidaksuburan sememangnya semakin meningkat di Malaysia, dan ia semakin dirasai ramai pasangan pada setiap tahun. Justeru, pemahaman […]

trending_flat

Benar Wujudnya Aplikasi Kesan Panggilan daripada ‘Scammer’ yang disahkan PDRM

Oleh JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang pegawai polis sedang mempromosikan aplikasi bernama Whoscall yang dapat mengesan panggilan daripada ‘scammer’. Oleh yang demikian, wujud pertanyaan dalam kalangan orang awam tentang keabsahan video yang berlegar serta aplikasi yang dipromosikan. STATUS: BENARPENJELASAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan kolaborasi dengan pembangun aplikasi Whoscall iaitu Syarikat My Gogo and Look Sdn. Bhd. sejak Januari 2023. Sumber: https://www.rmp.gov.my/news-detail/2023/01/05/besmartstayalert-letsfightscammertogether-video-pilihan-whoscall-bantu-kekang-jenayah-scam Isi tambahan kepada penjelasan di atas adalah: a. Pegawai polis di dalam video berkenaan merupakan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Sentul, ASP Rahmat Fitri Abdullah.b. Nombor telefon yang pernah membuat jenayah ‘scam’ dan tersenarai di dalam pangkalan data Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), PDRM akan terus dipalang sebagai ‘scammer verified by PDRM’.c. Namun begitu, orang ramai masih dinasihatkan untuk tidak […]

trending_flat

AGAPE ATP Corporation Teroka Penyelesaian Penjimatan Tenaga dengan Penyelesaian B&H Intec

KUALA LUMPUR, 21 Jun 2024 – AGAPE ATP Corporation ("ATPC") yang tersenarai di NASDAQ, berbesar hati untuk mengumumkan pelancaran semula anak syarikatnya, yang kini dinamakan ATPC Green Energy Sdn. Bhd. (“ATPC Green Energy”). ATPC telah memeterai perjanjian kerjasama semalam, dengan B&H Intec Solution Sdn Bhd (“B&H”), penyedia menyeluruhb penyelesaian bangunan, dengan tumpuan untuk menyampaikan penyelesaian penjimatan tenaga yang komprehensif, sejajar dengan komitmen ATPC untuk memacu inisiatif tenaga hijau. B&H membawa lebih 14 tahun pengalaman dalam perkhidmatan mekanikal dan elektrikal (M&E), yang mengkhusus dalam membina pengubahsuaian hijau yang disesuaikan dan penyelenggaraan bangunan. Syarikat itu mempunyai portfolio lebih daripada 1,000 pelanggan di Malaysia, termasuk hotel mewah, bank utama, hab pengangkutan, bangunan kerajaan, menara pejabat, pusat beli-belah mega dan pusat penjagaan kesihatan. Dikenali kerana menyepadukan teknologi mampan terkini ke dalam penyelesaian pengurusan bangunan, kepakaran B&H dalam sistem pemantauan, pengubahsuaian dan peningkatan penjimatan tenaga, perkhidmatan penyelenggaraan pencegahan, perundingan penjimatan […]

trending_flat

Kawal selia penilaian saham untuk ECF

Oleh: Dr Mohamed Hisham Hanifa, Prof Madya Dr Anna Azriati Che Azmi Pendanaan awam berasaskan ekuiti (ECF) adalah pasaran berbentuk dua hala yang bertujuan untuk menghubungkan usahawan dengan pelabur. Platform ini membolehkan usahawan mengiklankan perniagaan permulaan mereka di laman web. Ahli platform ini boleh melihat peluang pelaburan tersebut dan kemudian memutuskan sama ada untuk melabur berdasarkan syarat yang dicadangkan dalam dokumen pelaburan. Bergantung kepada struktur platform, pelaburan memberi hak kepada pelabur dari ahli platform tersebut untuk membeli saham secara langsung dari perniagaan usahawan ini. Di Malaysia ECF dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). ECF harus menjadi pilihan pembiayaan alternatif yang berdaya maju untuk meningkatkan pemulihan PKS. Dr Mohamed Hisham Hanifa Prof Madya Dr Anna Azriati Che Azmi Berdasarkan Laporan Tahunan 2022, Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF), jumlah dana yang diperoleh daripada ECF telah berjaya membuat sebanyak 241 kempen dan mendapatkan […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Barat Papua, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Barat Papua, Indonesia pada jam 8:11 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 8:11 pagi, 21 Jun 2024Koordinat: 3.8° Selatan 139.9° TimurLokasi: Barat Papua, IndonesiaMagnitud: 5.5Jarak: 163km Barat Daya dari Jayapura,IndonesiaKedalaman: 50 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation